click! click! click!

Friday, October 30, 2009

~ Baby beso! ~

Ni lak keletah anak bujangku tu. Semalam lepas aku lipat kain, mula la dia amik besen tue wat main.. pastu masa kitaorg tgk tv. Leh lak dia duk dalam besen tu sambil minum susu.. konon2 tu la sofa paling besh kot.. Adeh la.. Ahnaf2..





~ Kereta Hilang! ~

Petang semalam, masa aku sibuk lipat kain, opismate aku cal, tnykan Balai Polis Damansara Damai. Aku lak dengan confidentnye cakap yang Damansara Damai x de balai, ada pondok polis je, siap bagi direction kat mana2 lagi tue.. hahaha... sebenarnya balai polis dia cantik & baru lagi.. wakakakaka

Ok, berbalik pada topic post ni, opismate aku hilang kereta.. Dia park keta tu depan opis je. Memang pencuri sekarang ni berani la.. Siang2 hari tu.. Tapi biasanya pencuri yg camni, mmg dia dah ada spare key. Lagipun opismate aku cakap, last week dia ada g car wash centre. Sebenarnya nak kata berpunca dari situ, tak leh gak. Tapi kebanyakan kes2 keta hilang disebabkan tu la. So, sapa2 lepas ni berhati2 la ye klu g cuci keta @ service keta. Tambah2 lagi yg park kat luar rumah.

Dahla keta yg hilang tu keta idaman kalbu aku. Honda CRV.. Ades.. Pakai keta mahal2 pun susah gak ek.. Ada je yang berkenan. Kat area Sri Damansara ni sebenarnya dah banyak kes keta mewah hilang. Keta Estima la, Kompressor la, siap yg hijact pun ada. Huhu..



Kalau la keta aku yang hilang, mau aku melalak dah ni.. Huhu.. Apa2 pun aku tumpang sedih kat opismate aku ni.. kesian dia.. dah susah nk g jumpa client, ulang alik keje.. huhu..

Thursday, October 29, 2009

~ Rahsia di sebalik Hand Phone ~

Ni aku dapat email dari org..

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1) Nombor Kecemasan

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) Kereta Terkunci

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja.

Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki )
dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.

Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) Kuasa Bateri Tersembunyi

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu
melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia
didatangkan dengan bateri simpanan.

Untuk mengatifkannya, tekan kekunci '*3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri
sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .



4) Tepon kena curi

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.

Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

~ Merajuk ~

Semalam aku merajuk ngan hubby aku.. Yela, aku tengah sibuk nak siapkan test. Dah la idea tengah mencurah-curah waktu tu. Tiba2 lak Ahnaf wat projek. Aku suh la hubby aku g basuh. Tapi hubby aku lak dah terbongkan, hangin la aku.. Yang Ahnaf ni dah wat muka tak selesa. Nak tak nak terpaksa la aku berhenti jap, g basuh u'uk dia dulu. Huhu.. Pastu time tdo, satu hal lak. Nak aku tdo sekl. Mana boleh. Aku ni nama je tdokan anak, sekl aku dulu yang lelap. So, aku terus pass kat hubby aku and terus kuar. Siap test, aku study ctu lak, exam ahad ni. Huhu.. every sem mesti time nk exam kelam kabut.. huhu..

Dalam duk study tu, aku tertdo rupanya. Ades.. study sejarah la katakan.. Tengok2 jam dah kul 2 lebih.. masuk bilik, terus terbongkang. Subuh tadi hubby aku kejut pun, rasanya aku jalan sambil tutup mata. Memang x larat giler. Lepas tu sambung tdo balik. Tetap tak cakpa ngan hubby okey.. Aku merajuk! Sedar2 alarm bunyik kul 8. Terkocoh2 aku bangun mandi, iron baju n siap2 g keje.. Si kecik tu tdo lagi coz td time aku bgn solat, dia pun bangun gak. Terkejut badak aku tiba2 dia dah berdiri kat pintu toilet. Huhu..

Before g keje pun salam je hubby.. Wajib taw..mintak restu nak drive. Tetap x tegur, hubby tny aku jawab ok, erm.. tengok la.. hihi.. Hubby lak jenis dia, klu bini dia ni merajuk, dia biar cool dulu, baru dia pujuk. kadang2 tu kena pujuk diri sendiri.. Huhu.. sejak zaman bercinta taw camni..Tapi dulu lagi besh.. siap membe2 jadi org tgh.. Hihihi.. Tadi tengah duk melayan keje2 ni, tuttttt.. mesej masuk..

Hubby : lunch makan pe?
Aku : Tak tau
Hubby : Malam ni makan pe?
Aku : Ntah
Hubby : Nak nasi beriani x?
Aku : Tak nak ( dalam hati.. beshnyer nasi beriani )
Hubby : Cyg mrh kt abg lg ke?
Aku : ( diam.. x balas pun mesej ni.. )
Hubby : Smlm abg skt kpl, abg dh bli nasi beriani marsala
Aku : ( diam gak.. x balas.. )

Byk taw mesej2 hubby aku yg aku tak reply...Konon2 merajuk la.. hihi.. Padahal aku saja nak usik dia.. Ala, gaduh laki bini, biasalah..hihi

Tiba2 ada opismate aku bagi catalog avon.. Aku berkenan sgt kat satu perfume ni..Lagipun ada antara koleksi perfume aku dah nk habis..

Aku : Cyg, nak beli perfume avon leh tak? Rm 20 jer..
Hubby : Perfume cyg dah hbs ke?
Aku : Aah.. ( Padahal satu je yg dah habis )
Hubby : Ok, belilah..

Yahoo! terus aku order..
motipnyer: besh gak sesekali kena pujuk.. biasanya kita duk pujuk anak je kan.. hihi ;)

~ Telatah ibu & anak ~

Salam.. Kelmarin aku balik umah awal sikit. Sakit kepala + perut aku cramp. Huhu. So, non ada mood nk buek koje.. Ala, selama ni pun non ada mood jugak.. Hihihi.. Ngam2 kul 5 aku cabut. Sampai umah, amik Ahnaf, mula2 ingt nk tdo je, nak tunggu hubby balik br suh dia amik.. Tapi cam kesian lak kat anakku itew.. Sekarang ni dengar je aku bagi salam, dah menjerit dari dalam umah.. Suka beno la tue, amik je petang, mulut dia mesti tgh makan, x kira la kerepek ke, roti ke, biskut je.. Banyak makan anakku itew tp badannyer x mo naik2...Bab ni ikut ibu yer.. Sampaikan sedih taw ada org tegur aku x kasi anak aku makan.. SOb sob sob..

Dah amik dia, aku terus ajak dia baring. Cam tau2 lak dia.. Behave je, tapi nampak je aku pegang handphone, trs sengih. Dia sek ni dah tau camne nak amik gambo. Iye2 je dia pegang.. Hahaha.cam pro la kononnyer..











~ Ni lak, gaya tdo Ahnaf.. ~




Tuesday, October 27, 2009

~ Mempunyai Masalah Rambut ? ~

Salam.. hope u all jgn terkejut ye bila tengok title tue.. Bukan nak jual shampoo pun.. just nk share pengalaman jek.. Sebenarnya, hr tu ada janji ngan k.ziela, pasal minyak ni bagus tuk sapa2 yg ada masalah rambut, cam rambut cepat gugur la, rambut nipis, @ juga rambut bb yg malu2 nk kuar tue... Nak cakap mujarab sangat ke tak pun x tau la. Sebab depends pada si pemakai gak kan.. Apa2 pun kalau nak mencuba tak salah. Lagipun ada jual kat mana2 toko jamu. Sebenarnya dah try cari kat tenet gambo dia tp x de la.. Coz gambo dalam hp ni x brp clear sgt..

Ha, ni la minyak nyer..



Detail sikit :

- Minyak Buah Keras
- Warna Hitam minyak dia
- Keluaran : Kimipack Medical Industries Sdn Bhd
- Color tulisan : gold


Monday, October 26, 2009

~ Pening ~

Ades.. aku rasa mmg dah sah aku x leh minum nescafe.. Sebenarnya dah lama aku x minum, tp hr ni aku saja gatal nk mencuba.. Siap tambah susu lg, konon2 x nak kuat sgt. Tapi terasa hanyut gak.. huhu.. Dulu aku mmg hantu nescafe. Kalau beli air tin pun yg nescafenyer.. Tapi sekarang.. Minum sikit pun dah x terasa pening.. Aku perasan masalah ni sejak aku peknen ler. Masa peknen mmg aku x minum nescafe. Aku byk minum milo, horlicks n susu. Pastu, balik keje, opismate aku kasi white coffee. Minum je, aku dah surrender.. Terus aku g baring n rest jap. Aku ingatkan white coffee je x leh, so, aku try lak 3 in 1 nescafe. Pun same.. Hari ni ingatkan dah lama x minum ok la.. Tapi tetap rs jugak. So, aku rasa aku nk kena bye bye la kat nescafe.. huhu.. no more my favourite drink.. sob sob sob...




Friday, October 23, 2009

~ Apa yang aku rasa sekarang? ~

Sekarang ni kan, aku rasa NAK :-

1) meet my parents
2) pergi spa
3) bercuti
4) golek2 ngan Ahnaf
5) makan baskin robbins
6) makan tiramisu
7) makan strawberry
8) mandi air terjun
9) soping...
10)& last want... aku nak tdo sepuas-puasnya.. huhu

Hmmmmm.. leh ke aku dapat semua tu dengan keadaan aku sek ni? Uwaaaaaa...Apa yg pasti..

1) selagi audit tak settle, selagi tula keje x berhenti
2) selagi exam tak habis, selagi tula hati ku tak senang
3) selagi semua2 tu tak settle, masa ku ngan family kurang kualitinye..sob sob sob..

Duit umah pun tak dapat2 lagi.. bila nak dapat pun x tau la.. Byk dlm list nk wat ni.. First sekl, aku nak g massage.. Dah berselirat urat2 dalam badan aku ni. Kena betulkan balik..

Tapi yang paling aku rindui, masa aku bersama2 keluarga..

Thursday, October 22, 2009

~SMILEYKIDZ online Contest - Senyuman Si Comel~

Gambar2 untuk diadili..Maaf la klu ada yg kurang kualiti gambarnyer tu..

NAMA ANAK : AHNAF BIN MOHD KHAIRIL ANUAR
UMUR : 1 TAHUN 3 BULAN














Salam.. Bismillahirrahmanirrahim...Firsttime aku nak masuk contest ni.
hihihi.. Tetiba teringin lak bila bc blog k.eyna & nae..
contest ni dianjurkan oleh Smileykids Photography. So, apa lagi, jom kita join ramai2 contest ni..

Mcm mn nak masuk contest ni? Jom tengok sini :-

Cara2 penyertaan?

* Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda - DONE
* Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - DONE
* Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog
anda - DONE
* Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. - DONE
* Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. - DONE
* Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .- DONE
* AMARAN: no link back will be disqualified
* Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. - DONE
* Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

* Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
* Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
* Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
* Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
* Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
* Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
* Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
* SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
* SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
* Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira


So, seng je kan syarat2 penyertaan nyer.. Gud luck!


~ My Parents datang! ~

Sukernye dalam hatiku.. My mum & dad ada kat KL sekarang ni. Kat umah my bro coz my SIL nk g outstation.. After a week , br dia dtg umh kitaorg.. Walaubagaimanapun, suka bangat, coz aku dah rindu kat mak ayah ni.. Hihihi.. Diaorg sampai pagi tadi. So, 4 a.m td, kitaorg g la kat Hentian Putra tuk amik barang yg mak bawak tuk anak dia yg sorang ni. Sampai2 je Hentian Putra, Along pun baru je sampai. Satu kotak yang penuh dengan makanan! Aku suker!..

Mak dah siap pesan kat aku, sampai umah mesti simpan terus makanan2 tu dalam peti ais. Penuh satu peti ais comel aku tue.. Mak aku cam tau2 lak, peti ais aku dah kosong. Sampai je umah, aku terus bukak kotak tu sambil ditemani anak teruna ku. Sibuk dia nak tengok gak barang2 kat dalam tue. Hubby ku lak, terus masuk bilik sambung tido. Bukak2 je kotak, ada kopok, ketupat palas, serunding, mangga tlo, ayam kampung yg dah siap masak rempah, kuih akok, sayur yg mak tanam kat umah dan 2 set keronsang comel.. Mekasih mak!

Pagi td terus goreng ketupat tu, bawak bekal.. Ahnaf pun sama, bawak bekal ketupat coz aku x sempat nk masak bubur dia..


Wednesday, October 21, 2009

~ Bosan!!.. ~

Hari ni mood boring aku datang. Tak de mood langsung nak wat apa2pun. Keje pun wat dalam terpaksa. Dah la ngantuk giler2 hari ni. Nak cakap tdo lambat, kul 11 dah tdo. Masih tak cukup ke tdo ek? ke terlebih tdo? Dalam ngantuk @ blur pun aku habiskan gak keje. Rindu sangat2 kat Ahnaf. Macam dah lama tak gelak2 n luangkan masa betul2 ngan dia. Cepatla kul 5, nak balik peluk, cium anakku itu.. Huhu..

NUR KASIH trailer

love this drama so much.. especially Nur Amina..

~ EXAM VS H1N1 ~

my exam just around the corner.. tatotnyer.. huhu.. harap2 dapat la jawab dengan senang. sem ni mcm sedikit mencabar, apatah lagi ngan bermacam-macam dugaan. Tapi aku harus yakin. Chayok! Chayok! Salam satu dugaannyer, lec aku tiba2 lak sakit, 2 kelas cancel. Walaupun dah ganti ahad lepas, tapi cam kureng gak ler. Dah la subjek OB tu menakutkan aku. Byk benda nak kena cover.. adoi yai! help meeeee!!!!!

Yang lebih bimbangkan aku, kes H1N1 ni. walaupun dah reda ckit, tapi still kena jaga2. Pekeliling pun dah kuar, sapa2 yg ada ILI, kena duk dalam bilik pengasingan. Harap2 kesihatan aku ok sepanjang musim exam nnt. Tak mo la duk dalam bilik asing tue. Kawan2 aku pun ada yang peknen, harap2 dorang pakaila mask. Yelah, dah klu duk 3 jam dalam dewan tu, mcm2 leh dapat. Walaupun aku mengaku yg sebenar-benarnya, pakai mask ni idokler besh mana.. Rasa lemas ada ler.. Tapi demi kesihatan, pakai ler jugok.. Kita sebagai ibu ni nk kena jaga woo kesihatan. Kalau kita sakit, sapa nak uruskan anak, somi, rumahtangga?

Aku harap, virus ni tak bertandang ler kat dewan exam aku tu nnt.. Naya weh..sekali exam, bukan sorang dua, tapi beratus-ratus.. So, sapa2 yg sakit tekak, demam, batuk tue, sila2 la yer sediakn mask. Hope semuanya akn ok nnt.. Amin..

Tuesday, October 20, 2009

~ Kesian Anakku ~

Akhir-akhir ni aku bz sesangat. Bukat setakat kat opis bz ngan keje. Tapi kat umah pun bz ngan assigment & jugak preparation for final exam. Sampaikan masa untuk Ahnaf kurang. Hubby ku pun bz ngan assignment opis dia gak. Tu pun, aku wat keje sikit, layan dia sikit..

Semalam, macam2 cara dia buat nak tarik perhatian kitaorg. Memang dia boleh main sorang2. Kejap2 dia datang lentuk kepala kat paha aku. Kejap2 g kat ayah dia.. Sampaikan dia masuk kat celah kerusi n dinding, kepala dia terlekat kat situ. Adoi yai, anakku.. Sampai merah dahi dia.. Aku menyesal sangat2 sebab tak de masa tuk dia. Maafkan ibu sayang.. Apa yang ibu sekarang ni untuk masa depan kita jugak..

Ibu janji, habis je exam ibu. Ibu akan luangkan masa tuk Ahnaf k.. Buat suamiku juga, terima kasih kerana menjadi 'ibu' buat Ahnaf bila aku sibuk mentelaah pelajaran... I Love Both Of You...


Lots Of Love:

Ibu @ Cayang

~ Jalan2 lagi ~

salam.. dah hampir seminggu rasanya x update.. senang cite, sekali harung jela..
anyway last weekend my sis datang. so, duk layan diaorg je la anak beranak. My sis klu datang kl x sah kalau x soping. Macam ler kat Trg tu x de tempat soping. Sampaikan plan nk g beraya umah k.muni n g kenduri adik ipar k.eyna pun x jadi. Sory ek K.Muni & K.Eyna..

Ahad lak aku ada kelas ganti OB. Sebabnya lec lama aku sakit. So, bila dah ganti ngan lec baru, mesti la lain. Dah la OB tu byk topic, lec ganti pun x leh nak ajar semua dalam masa 4 jam tue. Nak tak nak terpaksa survive sendiri. Test pun kena wat balik. Paling kesian kat Ahnaf n my hubby, terpaksa tunggu dalam keta. Apa lagi keje dorang, membuta jela selama 4 jam aku dalam kelas. Yela, pagi2 dah kena kuar umah. Nasib baik Ahnaf terbangun awal. Kalau tak, mau aku angkut masa tdo.. huhu...

Habis je kelas, kitaorg g umah k.faridah kat klang. Dah satu kes lak, kertas direction ada dlm handbag satu lg. So, aku sms k.faridah ckit2, yg lain main redah je.. Hahaha.. Sedar2 cal k.faridah sebab dah x tau hala tuju, rupa2nya dah nak sampai pun.. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kat umah k.faridah..

Buat k.faridah sekeluarga, terima kasih banyak2 coz sudi jamu kitaorg makan tengah hari. Ahnaf lak, siap mandi n u'uk lg kat sana. Menan irfan lak, habis dia main. Sory ek kak.. Sampai irfan menangis tengok menan dia Ahnaf main. hihihihi.. Tapi bila nak balik, Irfan menangis lak nk ikut. Hahaha...

Balik tu ada gak la berpusing2 dalam bandar Klang tu. At last, jumpa gak Shah Alam.. Aku & Ahnaf mmg dah membuta.. Hubby lak sepatutnya kuar kat Kota Damansara, terlajak sampai ke Sungai Buloh.. Huhu


Thursday, October 15, 2009

~ Hujung Minggu Yang ceria ~

Salam all.. dekat seminggu blog tak berupdate.. bz sangat2.. cerita ni pun dah basi kot..tp nak letak gak.. blog aku kan.. lantak ler.. hihi.. act cerita ni berlaku sabtu lepas, 10/10/09 bersamaan 21 Syawal 1430..

Sabtu :

Pagi2 aku dah bangun, seperti biasa, kemas umah + lipat baju + vacum n mop.. Lagipun hari ni aku akan terima kunjungan dari k.faridah sekeluarga.. Sebelum tue, aku sempat masakkan bubur nasi tuk Ahnaf, untuk kitaorg, makan roti je coz lauk dalam peti ais licin. Adeh.. Fikirkan jadual hari ni, ada 3 undangan open house. Tak tau la mana satu nak pergi dulu, discus punya discus, mula2 pergi umah noy kat subang bestari, n pergi umah k.ida (jiran lama) kat saujana utama, lepas tue baru g umah membe abang kat kelana jaya. Dalam kul 1,k.faridah sampai.. Sory kak, x hidang apa2 pun kat akak, just ada segera2 je.. hihi.. terima kasih ek sebab sudi datang umh ain. Dah 2 kali k.faridah sampai..Kesian dia, terpaksa panjat tangga umah aku. Almaklumlah, duk umah orang2 atasan.. hihi.. Suka tengok keletah Irfan & Ahnaf.. Mula2 malu, konon jela.. pastu berebut menan.. Aku & k.faridah sibuk borak. Ahnaf & Irfan layan menan. My hubby n hubby k.faridah layan hindustan. Aduh.. terlopong dorang tgk hindustan.. Huhu.. Lepas solat zohor n makan2 makanan ala kadar, kitaorg pun konvoi terjah umah Noy lak. Jalan yang selalunya lenggang leh jam lak hari tue..

Sampai umah Noy, kitaorg la budak2 forum yang paling awal. So, rilex2 dulu dalam umah baru noy tue.. Irfan dah lentok tdo sejak dari umah aku lagi. Ahnaf lak layan blues sorang2. Suka betul dia golek2 atas carpet salji noy tue.. Mesej kakak2 forum yang lain, ada yang nk dtg lambat, ada yg on da way, ada yg kat umah lg. So, kitaorg makan la dulu. Tahun ni aku makan nasi tomato lak, eh, ye ke nasi tomato tu ek? Tahun lepas dah rasa mee bandung noy.. Lepas kitaorg makan, baru la K.ejja, Shima, K.ziela sampai. Paling besh, aku leh jumpa k.simfoni, aku tak pernah borak ngan dia, tapi kenal la gak melalui forum. Hihi.. K.ziela n Shima pun firsttime jumpa face to face. Tapi masing2 cam dah bertahun kenal.. Hihihi..

Hubby aku layan je bini dia jumpa membe2..Sory cayang.. Ala, lagipun dia dah kenal sangat perangai aku klu dah jumpa membe.. Bukan kejap.. Hahaha..Lepas tu barula ramai datang, k.t, k.yatie, k.lyn, iela, nura, sempat la jumpa kejap. Sebab aku n k.faridah dah nk balik. Yelah, dekat 3 jam kitaorg lepak umah noy.. Aku tak sempat jumpa k.ieda & Arissa.. huhu.. Sory ek, nnt bila2 kita jumpa..

Dalam keta, hubby cakap x jadi la g 2 umah lagi.. Hihi..aku pun setuju je, coz aku dah letih la.. Ahnaf pun dah tertdo, penat dia tawaf umah noy.. Lengang lak tue.. So, kitaorg terus gerak g Giant coz nak beli lauk. Masa kat Giant, k.t cal tny kat mana, coz dia nk dtg umah. So, kitaorg pun gerak balik. Kesian k.t, terpaksa tunggu lama.. Naik2 umah, sempat la goreng makanan segera.. Sory ye kak, makanan segera je yang ada.. Pastu layan lak karenah Upin & Ipin tu ( Imtiyaz & Ahnaf ). Kejap rebut bola, kejap rebut remote. hahaha..last2 lawan jerit. Masing2 nak test sore tuk masuk AF kot..

Lepas k.t balik, aku pun basuh badan jap & prepare buku2 tuk g kelas esok. Ahnaf memang dah pengsan ngan ayah dia.. & then aku pun zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Ahad :

Hubby aku kejut kul 6.45.. tapi x larat giler nk bangun, nasib baik aku mc. So, aku terus kan jugak sampai kul 7.15. Bangun, mandi n siap2 nk g kelas. Aku kena kuar awal coz klu lambat x de parking. Sampai Shah Alam ngam2 kul 8.15.. Nasib baik kelas ADS just wat keje berkumpulan, tak de la ngantuk sangat. Sampai kelas OB, sekali lg aku bengang, lecturer x datang! Dah 2 kali kelas cancel. Dah la 1 sem ada 5 kali je kelas. OB lak topic banyak giler.. camne nak exam? Huhu..
Habis kelas petang tu lagi sekali bengang, jalan jem giler.. Tak pernah aku sampai umah dah maghrib. Sampai umah, ada lak membe abang datang. Perut lak lapo giler. Nasib baik abg suh siap2, ajak g makan sup Dorai. Malam tu sampai umah terus pengsan.....


Amik ko.. kata bz.. tapi klu bab cerita.. ada je idea nk kuar..Jom layan gambo lak..















Tuesday, October 6, 2009

~ Hepi 15 Month Bufday Ahnaf ~

Semalam, genap 15 bulan usia Ahnaf. Dah makin besar anak ibu. Tak puas ibu bermanja dengan mu sayang. walaupun ibu selalu suruh Ahnaf cepat besar tapi hakikatnya, ibu rindu saat2 yang berlalu.. Yang paling ibu rindukan, saat menyusukan Ahnaf.. huhu..
Apa2pun, ibu n ayah doakan yang terbaik buatmu anakku..

Milestone Ahnaf;

- Makin banyak cakap, walaupun dalam bahasa dia, tapi kita kena layan jugak
- dah boleh ajak bersembang, syok sangat. Ala2 ayam borak ngan itik.. hehe
- Cukup suka ngan handphone, masih mencari 'handphone' yang sesuai untuk dia.
- dari pandangan ibu, dia bahasakan diri dia 'me'.. klu dia nk sesuatu, dia akan cakap, 'me'.. bagus2..
- makin menguji kesabaran ibu n ayah. ada je yang dia nak buat.

Ahnaf, ibu n ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buatmu sayang. Semoga Ahnaf menjadi anak yang soleh, bijak, dan bertanggungjawab.

we luv u :

Ibu & Ayah

Thursday, October 1, 2009

~ Entry gambo la plak.. ~

Salam.. kisah raya dah tau..so, meh layan gambo2 lak..tapi gambo ni yg kat kl n johor je, trg x de gambo coz kelam kabut ngan ahnaf x sihat.. huhuhu..


~ Wajah2 kesayangan hamba di pagi raya ~


~ Ahnaf & Ibu ~






And lastly.. Kami sekuarga ingin mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk memohon maaf andai ada silap dan salah yang kami lakukan sepanjang usia perkenalan kita semua..