click! click! click!

Wednesday, August 18, 2010

~ Check up 30 weeks ~

Salam...

Semalam aku g check up tuk 30 minggu. Sekarang ni bukan lg sebulan sekali. Every 2 weeks ada check up. Alhamdulillah, semuanya baik. Aku paling cuak tentang kedudukan baby. Yelah, ms 28 mgg hari tu doc ckp bb melintang & semalam masa scan, kepala dah kat bawah. Cumanya dia dalam keadaan meniarap. Doc cakap bb tengah bersujud. Alhamdulillah, dari dalam rahim baby dah sujud padaNya. Maybe sebab pagi td ibu perdengarkan selawat + doa pagi yer... So, muka bb x nampak la lagi. Everything ok, air ketuban ok, fizikal bb ok. Aku bersyukur sangat2. Heart beat bb pun aktif semalam. Sejak bulan pose ni mmg bb aktif bergerak. Senget benget dah perut aku. Ahnaf suka rasa time bb gerak.. Hihi... Due date aku still sama, 21 Oct 2010.

Keadaan fizikal aku pun dah makin membesar tang perut & ke bawah.. Jalan pun dah rupa peguin aku rasa.. Sebabnya kadang2 tu kat area tut sakit sangat.. Yela, baby makin besar n dah ke bawah kan... & yang pasti semalam aku mintk doc confirmkan gender. memang SAH bb BOY.. hihi.. aku dah ada nama dah.. tp x leh heboh lg..

Ok, ni lak record aku kali ni :

Berat : 59 kg (maintain dr last 2 weeks, maybe sebb pose kot)
BP : 110/80
berat bb : +- 1.8 kg..

Aku berharap semoga semuanya selamat hingga ke akhir, Amin... Ahnaf pun dah x sabar2 nak tgk bb.. Asyik mintak nak bb je.. & aku ada tugasan baru, start semalam dah kena rec carta gerakan bayi..


~ Hari ke-8 ~

Salam ollls

Hari ke-8 :

Errrmmm.... hari ni tiba2 mood nak g opis malas la plak.. Kebetulan lak aku ada check up klinik. Aku pun terus decide amik MC je.. hihi.. Jahat x? Ala, sekali sekala kan. Dah alang2 aku MC, aku hasut abang sekali cuti. Siap ajak g soping baju raya tue. Abang on je.. Kul 10 lbh hantar Ahnaf ke umah bbstr, sebabnya ktorg naik motor je.. Malas nk bawak keta la. First place yg ktorg tuju semestinya SOGO. Memang every year, aku akan soping baju2 raya kat SOGO. Berbaloi-baloi. Cumanya thn ni aku tak rasa besh sangat lak. Maybe sebb dah lama start, so x de pilihan sangat la.

Before naik ke dept budak2, kat bawah tu as usual ada la baju2 tuk men kan. Dah terstuck kat situ. Oh ya, before tu, dah beli baju Ahnaf kat Reject Shop. Biasala, tu je yg ktorg mampu.. huhu.. Bila dah tgk baju tu, abg la paling excited. Sementara dia pilih baju2, aku g apply sogo card. baru nak wat.. selama ni x heran pun. Hihi.. Tunggu punya tunggu dia pilih baju, aku usha2 handbag. Lama tau nak tunggu dia pilih tue.. Siap pilih, bayar la pe lg.

Siap kat bawah, naik ke dept budak2 lak. Ha, time ni turn aku la plak. Abg awal2 dah duk kat tepi. Aku amik bakul satu, terus memilih. Walau x byk pilihan, tp pening gak nak pilih wooo.. Sume nampak berkenan. Aku lak jenis amik je dulu. Pastu br tapis.. Hajat hati nak beli baju2 tuk bb sekali, tp sekali tgk harga, x byk sales la plak. Just amik romper, 1 set mitten n booties n lapik getah, sebabnya Ahnafnyer dah koyak. Yang lain sume Ahnafnyer baju. Yela, baju2 dia sekarang pun dah byk yg kecik2. Lepas wat raya, leh wat pakai harian la plak. Aku just pilih tshirt2 sebb kemeja dia still ada lg yg tak terpakai. Siap semua, panggil abg tuk tapis mana yg x perlu.

Dah settle sogo, kuar2 hujan lebat yg amat. Lepak je la kat luar tu jap sementara tunggu hujan reda before sambung jelajah ke jalan TAR. Tujuan ke sana sebabnya nak cari kain pasang tuk family aku lak. Sambil2 tu mencari jubah sekali. Tahun ni aku kan x leh pakai baju kurung, terpaksa pakai jubah jela jawabnya.. Hujan lak on & off.. Abg dah plan, lepas soping, nak g beli nasi arab kat cyberjaya.

Dalam keadaaan rintik2 hujan, ktorg redah ke cyberjaya. On da way ke sana, 2,3 kali gak la berhenti sebb hujan makin lebat. Sampai2 sana, nasib baik org x ramai lagi, tp menunggu gakla. Ktorg tapau je coz x bawak budak kecik kan.. On da way balik, hujan lebat giler. Memang lencun + sejuk giler la kitaorg. Baru ku tau, dugaan yg naik moto selama ni.. Terpercik air di jalanan lg. Huhu..

Sampai2 umah, terus mandi. Nasib baik awal lagi, sementara tunggu waktu berbuka, sempat la layan epilog syurga cinta, yela, x yah masak kan? just panaskan dalam microwave je.. hihi.. Malam tu apa lg.. terus pengsan la..

~ Hari ke-6 & ke-7 ~

Salam olls..

Hari ke-6 :

Alhamdulillah, masih ada rezeki tuk kami sekeluarga. Bbstr Ahnaf bekalkan ikan pari masak asam pedas... So, x yah la aku masak banyak2 jenis.. Hihi.. Beshkan dapat jiran yg pemurah. Cuma aku la plak pening, fikir apa nak dibalasnya.. Tak kan pinggan kosong je. Adoi la.. Aku bukan pandai masak sangat... Tak berapa confident nak kasi org rasa. Dah la bulan pose.. Kita sendiri pun x leh rasa..


Hari ke-7 :

Menu yg simple2 je.. Biasala, klu dah balik umah dah letih.. Mana nk wat menu yg gempak2.. cumanye, sempat la wat masak lemak pucuk ubi. Hihi... Tapi yang paling membanggakan aku sendiri, setelah seminggu kita pose, aku masih belum jejakkan kaki ke PARAM. Hihi.. walaupun aku tak g PARAM, dah 2 kali aku makan kuih kesukaan aku tau.. kuih pelg kalau bukan Tepung Pelita.. Hihihi... Bangga woo.. klu tak, dulu, tiap2 hari aku g PARAM, sudahnya time buka pose tak sentuh semua pun. Air gak dilayannya...


~ Hari ke 3,4 & 5 ~

Salam olls..

Dah 2,3 hari x jenguk blog ni.. Alhamdulillah, dalam diam, dah masuk hari ke-9 kita di bulan Ramadhan yang mulia ni... Aku bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah wajib ni. Walaupun ibadah sunat cam solat sunat terawih aku kepingin sangat nk wat tiap2 malam. Keadaan diri x begitu mengizinkan. Kadang2 badan lemah giler2.. Huhu.. sedih memang la sedih tp apakan dayaku...

Okeyla.. meh kita recall balik kejadian pose hari ke-3, 4 & 5 aku..

Hari ke-3 :

Seperti sedia maklum, mak & ayah aku datang dr kampung. Sebenarnya dorang nak ke rumah along aku coz dorang laki bini kena g HK. Alang2 umah aku paling dekat ngan Hentian Putra. Mak & Ayah singgah la umah aku dulu. Petang tu aku mintak kuar awal, dlm kul 4.30 gitu. Hujan dah turun rintik2.. Amik je mak & ayah, terus aku pecut balik umah. Dah pesan kat abg suh masak nasi dulu. Hujan lak makin lebat, dengan beberapa kejadian sepanjang jalan seperti keta rosak, excident, jem makin teruk r. Sampai2 bawah umah aku, hujan lebat giler.

Masuk2 umah, aku tengok abg tgh goreng udang masak sambal sambil dibantu chef kecik. Aku terus basuh rambut n badan. Lepas tu terus siapkan bahan2 tuk wat ikan siakap stim n goreng sayur. Disebabkan aku dah x larat. Abg amik alih tukang memasak petang tue.. Tq cayang! Alhamdulillah, semua juadah sempat disiapkan before berbuka. Seronok giler dapat buka pose sama2 ngan mak ayah sendiri... Dak kecik tu pun asyik je pgl atuk, nenek. Sampaikan basuh u'uk pun suh atuk basuhkan.

Sahur :

Oleh kerana nasi yg abg masak semalam byk lagi. Abang suh wat nasi goreng je. Seperti biasa, kul 4.30 pg aku bangun masak. Pagi2 buta, aku tumbuk bawang tuk wat nasi goreng. 2 in 1 la, sekali ngan gerak org suh bangun sahur.. hihi.. Siap masak, aku kejut abg, mak & ayah. Tengah2 menikmati nasi goreng, si kecik tu bangun. Siap mengigau lg.. Wat susu, diam la duk sebelah atuk dia. Mak cakap cam x percaya lak, aku yg dulunya paling liat nak bangun sahur, sekarang siap bangun paling awal tuk masak sahur.. Hihi.. well.. keadaan mendewasakan kita... Tul x?


Hari ke-4 :

Pagi2 lagi along dah datang jemput mak. Tinggal la kami bertiga balik.. Huhu.. Hari Sabtu tu habiskan misi melipat baju, gosok baju n basuh baju. Dari kul 9 lbh sampai kul 12 lebih br siap iron baju tuk stok 2 mgg sekali.. Dari duk bawah sampai terpaksa duk atas kusi.. Almaklumlah, keadaan diri x mengizinkan berdiri lama2.. huhu. Menu tuk berbuka lak, disebabkan aku teringin nak try wat nasi tomato. Maka, aku jalankan misi aku. Abg lak tb2 teringin nk makan satay. So, dia g beli satay. Punya la byk giler juadah, ngan bbstr Ahnaf pun ada bg gak. Alhamdulillah, boleh katakan, ada je rezeki yg org kasi tuk berbuka.. Amin...

Jangan tanya aku mana gambo yer..Sekarang ni memang malas giler nk snap2... klu snap pun malas nk transfer dr camera ke comp.. tunggula time aku rajin nnt yer.. Time sahur, makan nasi tomato ngan satay gak ler.. Jimat.. sekali masak makan tuk berbuka n sahur..

Hari ke-5 :

Plan awal cam nak berbuka umah Maktok tp bila fikir2 balik, cancel jela. Lagipun, aku letih teramat sangat.. Bagi aku, weekend la time nak rest puas2.. Kalau dah ke rumah org, faham2 jela.. Before buka pose, kena dtg awal. tlg apa yg patut, lepas buka pose lak, nak kena basuh pinggan. Kat umah sendiri, before tdo pun leh basuh pinggan. Lepas solat, leh baring2 dulu.. So, menunyer adalah simple2 je...

Bab sahur aku jenis x kisah. Cumanya tahun ni aku berbadan 2, so, mesti nak kena masak nasi gak. Abang jenis simple je.. Mujur aku dapat laki jenis x cerewet..