click! click! click!

Monday, May 31, 2010

~ Anakandaku Ahnaf ~

Buat Anakandaku Ahnaf ,
Ibu sangat2 menyayangimu. Seluruh jiwa dan raga ibu serahkan hanya padamu. Tidak akan ibu persiakan dirimu sedikit pun. Walau nanti dirimu akan bergelar abang, kasih sayang ibu padamu tetap sama. Akan ibu cuba untuk terus berlaku adil padamu sayang. Kaula nyawa ibu, buah hati ibu. 
Ibu sedar akhir-akhir ini, kau sering menjadi mangsa kemarahan ibu. Tidak terniat sekali pun dihati ibu untuk menyakiti hati dan badanmu sayang. Maafkan ibu.. Kadang-kadang ibu tak boleh mengawal emosi dan perasaan ibu dengan keadaan sekeliling yang sering mendesak... Maafkan ibu kerana membuatkan kau menangis... Ibu benar-benar menyesal kerana membiarkan air mata mu menitis disebabkan kemarahan ibu... 

Ahnaf sayang,
ibu berjanji tidak akan ada sesiapa yg bisa memisahkan kita melainkan Allah Yang Maha Esa. Ibu akan berusaha untuk memberikan kehidupan yang baik. Biar tidak mewah, sekadar cukup keperluan hidupmu ibu dah berpuas hati. Ibu sanggup berkorban demi keselesaan mu sayang. Walau ibu terpaksa mengikat perut sekalipun, ibu sanggup dari melihatmu kelaparan. Sedarlah anakku, kasih sayang ibu tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Biarpun org lain menhujani mu dengan wang ringgit, tetapi ibu hanya mampu menghujanimu dengan doa, perlindungan dan kasih sayang yang tiada sempadan.. 

Sayangku Ahnaf,
Sekali lagi maafkan ibu menyakitimu sayang...  Sesungguhnya ibu sangat2 menyayangimu sayang.. Tidak terlintas sedikit pun di hati ibu sejak hari kau lahir ke dunia ini untuk disakiti. Ibu serahkan segala-galanya untuk dirimu sayang. Segalanya ibu korbankan demi tanda cinta ibu... 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kuatkanlah semangat dan tingkatkanla keimanan serta kesabaran hambaMu ini Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah dan berdoa. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah. Dan berikan aku ketabahan dalam menghadapi apa jua rintangan dan dugaanMu.  


~ Cuti2 3 hr ~

Salam olls...
Cuti 3 hr lepas ktorg 3 beranak lepak2 di rumah je..Kuar pun kejap2 jer. Plan awal nk blk umah PIL coz dh dekat sebulan x blk sn. Tapi last minute terpaksa dibtlkn coz adik ipar nk exam. Nasib baik x sempat wat kek coklat lg. Tp disebabkan mulut ni makan sumthing yg bercoklat, godek2 lak almari, jumpa biskut marie, terus aku wat kek batik malam tu gak. hahaha.. cam dah kebulur beno.. 

28/5/2010 :

Hari wesak... erm.. apa program hr ni yer? jalan2 kat kl sure jem coz dulu aku pernah kena kuar time wesak, pastu dia adala cam perarakan.. jem x hengat. Lepas subuh aku sambung la tdo. Tiba2 Ahnaf kejut "ibu..ibu, u'uk..u'uk.." Adoila anakku. Dalam keterpaksaan, aku bangun cuci n mandikan dia sekali. Siap pakai baju, aku siapkan break1st dia, roti bakar + cheese je. Aku lak melahap kek batik semlm. Yummy, sejuk2.. (Masuk bakul angkat sendiri). Sementara tunggu kain siap, aku clearkan dapur ckit. Tgk peti sejuk lauk x byk mn. Abg bgn je trs ajak g Tesco (pdhal nk kuar jalan2... hihi) Org punya la ramai. Nak cari parking pun berejam. Tu pun nasib baik tunggu area bb, so, x ramai sgt q. Tp frust la gak, sayur n ikan x fresh sgt. So, beli ckit2 jela, hr ahad nnt beli lg kat pasar tani.. Sampai umah, masak, golek2 layan2 budak kecik tue..Sedar2 dah malam, tamatla hari Jumaat.

29/5/2010

Walaupun hari cuti, tp kena bangun cam biasa, sebab budak kecik tu bangun awal. Aku cam mls lak nk wat break1st hr tu. Abg amik alih gorengkan ayam. Tgh hr br aku masak. Dah la hujan, so, x tau nk wat apa, nk kuar sah2 la x blh. Dalam kul 6 tu, hujan stop, abg lak nak makan Teppanyaki, ktorg kuar g Jusco. Alang2 tu aku amik sekali beg yg aku order. Punya la byk Ahnaf makan ns. Pdhal kat umah dah makan. Suka aku tgk dia  makan byk. Adakah kerana keberkesanan vitamin ? Oh ya, abg dh belikan vitamin Pharmaton tuk Ahnaf tp bukan yg kunyah, ni dalam bentuk cecair. Alang2 dah sampai JJ, aku g bhgn bb, sebb nk beli puting br Ahnaf, dia ni jenis suka mengigit, beli la tebal mn pun, mesti digigitnya puting tue. Bila dah besar, mula la mrh, susu laju kuar.. Sambil2 tu aku usha la baju yg aku berkenan hr tu. Ada TAPIIIIIIIIIIII tgl selai je, sz dah ngam walaupun lengan pjg, bkn lengan pendek, cumanya dah ada kesan dakwat pen kat leher baju tu. Tambah sakit hati ngan salesgirl tue. Aku siap tny elok2.
Aku : Kak, yg lengan pendeknyer x de ke?
SG : Tgk kat situ jela, klu x de tu, x de la
Aku : Satu ni je ke kak yg tinggal ? Yang ni dah kotor la 
SG : Ala, kotor tu leh tanggal, klu nk amik jela yg tu, dah x de stok.

Senang2 je suh aku amik yg tu, dah la kesan pen, x kan org lain yg bwk pen, mesti la dorang nyer kecuaian. Kalau dia layan elok2 leh tahan lg, ni ngan muka nak tak nak je. Huhu, aku terus blah ngan sakit hati giler.

30/05/2010 :
Hari ni ada sambutan hari susu sedunia kat Pavilion. Aku cam nk g tapi bila fkr2 balik, sure ramai giler org kan, sah2 la abg x mo g, ngan Ahnaf lg. terpaksa la lupakan je. Hari ni aku leh tdo lama ckit. Sebabnya budak kecik tu pndai tdo blk lepas dah bgn pg2.. Aku ingt dia main sorang2, rupa2nya dia tertdo kat bwh kaki ktorg, nasib baik ibu n ayah tak tertendang Ahnaf. Ngan tv pun still on.. Ahnaf.. Ahnaf... Sedar2 je kul 10 lbh.. ha, amik ko! nak sangat tdo lambat. Bgn msg2 dah kebulur. Siap mandi, break1st simple2 jela. Hari ni operasi kemas bilik tdo. Amik ko, hr terakhir baru nk kemas. nak buek camno, br sampai seru. Petang lak g pasar tani n bawak Ahnaf main2 kat taman. Punya la awal dia tdo mlm ni coz letih sgt + x tdo siang. Seng ckit keje aku nk siapkan tempahan cheese tart. Sambil2 layan mentor, aku iron baju. Alhamdulillah, hajat aku nk wat stok selama 2 mgg tercapai.. Hahaha.. gigih melawan nafsu malas.. 

Berakhirlah 3 hari cuti. Tapi cam x cukup lg la. Nak cuti lagi.. Ok2.. 2 mgg akan datang merupakan mgg travel.. Kemana ?? tungggguuuuuuuu