click! click! click!

Thursday, August 12, 2010

~ Keistimewaan Wanita ~

Sama2 kita renungkan....

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGANLAH... WAHAI WANITA Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai anak, isteri dan ibu yang solehah


~ Alhamdulillah... ~

Salam Ramadhan buat semua...

Alhamdulillah, semalam, selamat sudah sehari kita berpuasa. Semoga puasa kita diterima disisiNya. Aku bersyukur sangat2 dapat melepasi seharian tanpa makan & minum walaupun si kecik kat dalam ni duk protes je.. Sabar ye sayang. Maybe dia terkejut, selama ni ibu asyik menyumbat je makanan.. Tiba2 semalam, sehari suntuk dia x makan.. Cuma belah2 petang tu, aku dah sedikit kiok.. Nasib baik abg tlg msk sama coz aku tak larat nak berdiri lama2 dah..bb lak asyik mengeras..

Sahur :
Aku bangun kul 4.30 pg tuk panaskan bubur yg aku masak dari malam lg. Yela, nak masak bubur pagi tu bila lak nk siap kan. Act, abg br lepas cabut gigi, so, dia request nak sahur ngan bubur je. Untuk aku tetap masak nasi, goreng ayam, goreng telo + kicap + milo susu.. tu pun dah sodap..

Berbuka :
Aku balik keje kul 5, so sempat la nak masak. Sampai umah, masak nasik n siapkan bahan2 tuk masak. Lepas tu kena temankan anak teruna tu jap, klu x asyik duk tarik je tangan ni ha.. Abg balik br la g dapo. Sementara aku ptg2 sayur, abg goreng ayam tuk wat masak kicap.. Tq cyg... Masa berbuka pun ada drama air mata berlaku. Ntah apa tak kena, Ahnaf melalak. x mo duduk atas kusi lgsg. Nak beriba je.. Bygkan la camne aku nak makan. Sambil pujuk dia sambil makan. & semalam, murah rezeki coz bbstr Ahnaf bagi bihun goreng. Alhamdulillah.. Lepas ni kena fkr apa yg nak dibalas ngan pinggan tue.. Tak kan nak bg pinggan kosong je kan?

Terawih:
Kami just wat kat umah je. Nak g masjid bawak anak kecik tu cam x caya lak. Bukan apa.. Kang diikutnyer budak2 beso berlari sana sini. Tak tenang lak kita nk semayang.

***persiapan raya aku lum wat satu pun lg, tuk Ahnaf baru beli suor.. Adoi, tunggu gaji la baru g soping. Brg2 adik pun aku lum basuh n prepare msk bag lg.. kuikuikui...