Salam all.. hari ni aku nk cite bab weekend lak.. Hari ni dah terubat lara sebab yahoo dah ok! Sukenyer... Hmm... Suka la sebab keje x banyak. Ada tenet, x dela cam tunggul kayu je kat sini.. ekekekeke.. cam semalam, aku sampai baca paper lama untuk hilangkan boring.. Parah ke tak camtue... Hahahha...
Uppsss.. kata nak cite bab weekend kan? Firstly, hari sabtu tue.. Seperti yang aku janjikan ngan abg, lepas solat subuh, aku tak sambung tdo dah. Sepatutnya kan, abg kena g Kuala Selangor tanam pokok bakau. Tu program bank dia la. Tapi dia cakap cam malas la. Better rest kat umah. Aku lagi sukak! Leh la aku wat keje umah. Aku lipat kain sambil layan filem Selamat Pagi Cinta yang aku donlod kat You Tube. Erm.. cite tu okla, tp x de la besh sgt pun.. Untuk hilangkan boring je.. Pas dah siap 2 bakul kain lipat, aku kemas terus masuk dalam almari. Klu tak kemas, mmg sampai ke mgg ni la plak baru masukkan dalm almari. Hihihi.. Nasib baik Ahnaf tdo lagi. So, leh la aku wat keje dengan aman. Kalau tak, berebut ngan dia jela kain tue. Anakku itu sangat rajin tau.. Actually, memang sepjg minggu lepas, aku dah janji ngan abg bila dia complaint sal umah berselerak. Hari sabtu tu memang aku pulun habis-habis la. Ubah kedudukan kusi, rak tv, vacuum, mop, bersih dapo.. Nak patah pinggang aku rasanya. Ahnaf lak sporting betul la. Kul 11 baru dorang bukak mata. Masing2 bukak mata dengan perut lapo. Hahahaa.. Aku dah la tak masak apa2. Nasib baik abg cakap, as a reward, dia belanja makan nasi beriani. Tapi kitaorg bungkus jela. Sanggup g kl tau nk beli nasi tue. On da way balik, abg cakap nk beli air lak kat tesco. Tapi aku ngan Ahnaf duk dalm keta jela... Nak tau satu rahsia tak? Sebenarnya aku g KL ngan x mandi lagi taw.. ekekeke.. Sssssyyyhh... sebab tu aku malas nk turun g tesco. Bila dah balik, rest jap sambil layan hindustan. Act, cite tu dah tgk pun sbnrnya.. Tapi layan gak la. Petang tu plak, abg ajak g pasar malam gombak sekl ngan g umah nenek dia coz malam tu nenek dia suh dtg umh.
Hari Ahad lak, hari yang paling mengembirakan... jeng jeng jeng.. Apakah aktiviti kitaorg? Pagi2 lagi, abg ajak g mandi laut kat MORIB.. Mak oi.. aku sungguh teruja coz leh aku borong kerepek kat Banting.. Dah lama tak makan kerepek. Cet! Macam la kt cni x de kan? Hahahaa.. Tapi bila fikir2... Jauh la.. Act, sebelum tu abg ajak g PD.. lg jauh.. Klu bermalam, nak la aku sebab sambil2 g bercuti, leh aku terjah umah K.liza n K.Muni.. ekekeke... Disebabkan kitaorg x de plan nak g mana2.. Tiba2 terlintas dalam kepala aku ULU YAM. Aku tak pernah sampai tau. Yang tak disangka-sangka, husband aku terus setuju. YAHOOOOO!!!! Leh mandi sungai.. On da spot, kitaorg siap2 n bertolak. Yang haru birunyer kan, dah la salah jalan, kat bulatan batu caves tu, abg g amik simpang Selayang. Tapi ada hikmahnyer jugak, coz barula teringat yang road tax dah tamat 25/7. Abg decide patah balik sebab dia cakp kat ulu yam tu selalu ada polis. So, patah balik la amik road tax n tukar yg baru. Bila dah sampai ulu yam, betul2 ada road block dekat simpang masuk tue.. Nasib baik la.. Ya Allah, cantiknyer pemandangan kat sini. Kitaorg pilih la tempat yang tak ramai sangat. Yela, kalau ramai, x besh la nak mandi manda.. Sampai2 je, aku tukarkan ankku dengan swimming suit dia. Mula2 letak dia dalam air, merengek gak. Memang sejuk giler la air dia, padahal dah tengah hari waktu tue.. Kitaorg ni pun menggigil.. Bila dah lama2 tu, seronok la plak dia.. Walaupun bibir dah terketar-ketar, tapi tetap nak main air.. Adala dalam sejam kitaorg berendam... Sebab perut dah lapo. Yela, plan yang mengejut, mana nak prepare makanan.. Hihi.. Next time kita datang lagi ye sayng.. Ahnaf lak bila naik tue.. Muka sedih je.. kejap2 panggil ayah dia.. "Aaayyyyaaaaahhhhhhhh......" konon2 nak turun dalam air lagi la tue.. On da way balik, terus cari makanan, perut dah lapo giler.. Klu g ramai2 lagi syok rasanya.. So, gang! Sapa mau join???
p/s: Sebenarnyer kan, Ahnaf sebelum tu dah selsema.. Tapi ibu n ayah ni bawak gak dia berendam.. Kejamkah kami? Hihihi

