click! click! click!

Wednesday, December 16, 2009

~Anak Itu Kupu-Kupu Syurga~

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."


~ Aku merinduinya ~

Saat dan tika ni, aku rindu sangat2 pada seseorang. Dialah teman, sandaran aku, pautan aku tika aku lemah. Tapi sekarang semuanya seakan berubah.. Walaupun dekat, tapi aku rasakan kami makin jauh. Aku rindu saat2 dulu.. Ya, aku faham, masa yang berlalu tak akan berulang lagi.. Masing2 sibuk dgn urusan sendiri... Aku rindukan gelak tawa, senyuman, saat bersamamu..

~ Kenapa ngan aku sekarang???? ~

Sekarang ni aku cepat beno terasa. Air mata ni murah sangat2. Ada je yg aku nak terasa, nak sedih.. Aku sendiri x faham ngan diri aku.. Apatah lagi org lain kan? Maybe sebab byk sgt benda dalam kepala otak aku ni. Tapi apapun, aku harap sangat ada keajaiban yang Tuhan akan beri pada aku. Apa2pun, aku terpaksa tunggu 8/1/10 ni untuk tau segala keputusan.. Keputusan antara hidup & mati.. Dan sepanjang menunggu keputusan ni, aku akan tetap tak tentu arah. Mungkin aku akan ketawa, tersenyum, tapi dalam hati ni Tuhan je yang tahu. Aku perlukan kekuatan untuk hadapi semua ni.. Aku letih sangat2.. aku rasa nak berehat panjang.. g jalan2, lupakan segala masalah..tapi mampukah aku? aku hanya insan biasa.. Yang tak lari dari kesilapan.. Apa2pun, aku berdoa semoga segalanya berjalan dgn baik dan akan memberikan aku keputusan yg gembira.