click! click! click!

Wednesday, September 15, 2010

~ Hari ke-28, 29 & 30~

Salam...

Alhamdulillah, berakhirnya 30 hari Ramadhan buat tahun ini. Semoga kita berpeluang berjumpa dengannya lagi di tahun hadapan & semoga segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan diterima olehNya. Bagi aku, hajat aku untuk berpuasa penuh tak tercapai gara-gara tertinggal sahur. Sehari ku ponteng... huhu... Bagi aku Ramadhan tahun ini, penuh dengan keindahan dan keberkatan. Dengan keadaan diri aku yg tak berapa berdaya, aku masih bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan.

Hari ke-28 :

Kami berbuka dengan lauk2 biasa je. Almaklumlah, nak habiskan stok dalam peti ais. So, apa yg ada tula, kami makan, nasib baik abg bukan jenis yg cerewet. Malam lak, sempat aku siapkan kuih2 raya yang masih lum siap. Hihi, bahan2 byk lagi. So, sementara larat habiskan la bahan2 tu dulu.

Malam ni jugak aku kena siap kemas beg2 baju tuk balik kampung. So, bolehla bawak turun siap2. Biasalah kalau dah namanya umah tinggi, nak bawak turun barang2 paling azab.

Hari ke-29 :

Hari ni aku dah start cuti sebab bbstter Ahnaf dah cuti. Sambil2 tu leh la aku berehat dulu before perjalanan jauh. Abg pun balik awal hari tu. Bangun pagi, terus aku wat kek carrot n kek coklat, sementara tu, aku kemas umah + dapur. Nak tinggal umah kena la kemas siap2.

Dalam kul 4 abang dah sampai umah, tp hujan punyala lebat. Abang lak nak kena hantar moto kat umah Maktok. Yela, bahaya tgl moto kat area umah kitaorg. Lepas je angkut sume brg2 n buang sampah. Kitaorg terus gerak g Gombak. Siap solat asar, dalam kul 5 terus gerak balik kg. Alhamdulillah, perjalanan lancar je. Walaupun keta banyak, tp x de la jem. Maktok dah prepare nasi goreng tuk kitaorg berbuka.

Kitaorg berhenti kat Hentian Kuantan tuk berbuka pose. Tak sabar rasanya nak sampai kg. Lepas je berbuka, kitaorg teruskan perjalanan. Kul 9.30 kitaorg dah sampai koberang. Besh giler bila dah sampai kg.

Sahur terakhir Ramadhan tahun ni, baru aku berpeluang bersahur dengan family aku. Syok giler.. Sapa tak gembira berada di samping keluarga tersayang kan?

Hari ke-30 :

Hari terakhir pose. Disebabkan Ahnaf pun bangun sahur pagi tadi. Kitaorg semua terpaksa 'buat-buat' tdo supaya dia sambung tdo balik. Last2 terlajak sampai kul 8 lebih. Bangun2 je aku tengok teh dah siap2 nak g koberang. Aku pun follow la sekali, alang2 Ahnaf pun tdo lg. Kitaorg soping last minit, beli tudung raya tuk aku, teh n mak. hihi.. Kat pasar punyala ramai orang. Nasib baik teh dah beli lauk pauk.

Hari ni angah pun akan balik buka pose umah nenek, along pun dah on da way dari KL. Cumanya ayah ngah & ayah ndah je x balik. Tapi takpela. Family aku dah cukup gang pun. Tahun ni kitaorg raya umah nenek sebabnya nak raikan nenek. Yelah, ayah ngah & ayah ndah x balik kg. Cuma family aku n teh jela..

Siang2 lagi teh dah order menu wajib iaitu ikan bakar 6 ekor. Juadah buka pose hari tu memang meriah r. Ayah lak siap g mesin tebu tuk anak menantu dia. Tebu fresh sure r rasa besh giler kan... Saat macam ni la yang aku tunggu2 sepanjang Ramadhan. Buka pose ramai2. Ngan budak2 lagi, sure havoc nyer. Air pun dah 2,3 jenis. Lauk pauk usah cakap r. Mak aku siap masakkan sayur kulit rambai + petai tuk aku n bubur lambuk special for me gak. Hihihi...

Buka pose petang tu mmg aku melantak habis-habisan. Ngan bubur lambuk, ikan bakar lagi. Sampaikan x leh nak bangun.. :) Malam lak mak aku prepare barang2 tuk wat nasi dagang, menu wajib di setiap pagi raya umah aku.

Sekian, berakhirnya episod Ramadhan 1431... Semoga kita berpeluang berjumpa dengannya di tahun hadapan... Amin...