Alhamdulillah, anak kesayanganku, Ahnaf dan 11 bulan pada jumaat lepas.. Sepatutnya aku post jumaat lepas. Disebabkan aku cuti coz my bbstter blk kg. So, baru sek la aku post. Aku bersyukur sangat pada Mu Ya Allah, kerana mengurniakan aku putera yang comel sangat. Aku jalani kehidupan yang bahagia walau pun ada dugaan yang melanda. Dan, yang teramat aku syukuri, sepanjang 11 bulan aku bergelar ibu, aku dapat menyusukan anakku dengan susu ku sendiri. Walaupun bukan full bf, tp aku gembira sangat2.. Tingal lagi sebulan anakku genap setahun, aku berharap semoga bekalan aku sentiasa ada untuknya. Walaupun, sekarang ni aku fobia tiap kl dia menyusu.. Letih memang tidak dapat dinafikan oleh seseorang yang bergelar ibu. tapi keletihan tu hilang sebaik je dapat memeluk anak tersayang. Pelbagai karenah dia yang buatkan aku geram, geli hati dan tak lupa membangkitkan kemarahan. Tiap kl nak marah, bl dia wat muka seposen, terus tak jadi.. Aduhai, penangan kesayangan ibu ni.. Yang paling mengembirakan aku, target kitaorg nak tengok dia jalan before setahun dah tercapai! Last week, dia dah leh berjalan tanpa pegang tangan kita.. Aku syukur sangat2.. First time aku tgk dia berjalan, aku terharu giler. Tambah2 lagi bila tgk dia tak kenal putus asa. Tiap kl dia jatuh, dia pasti akan berusaha untuk bangun dengan sendiri.
Melangkahlah dengan yakin anakku, kerana masih banyak dugaan buatmu di luar sana..Milestone Ahnaf:
1) Gigi dah nak masuk 5 batang. 3 atas, 2 bawah.. (sebb tu fobia weh time nyusu.. huhu)
2) Dah leh berjalan.. makcik aku pgl jalan robot, sebab tangan dia ke depan nak stabilkan diri..
3) Banyak sangat cakap sek ni..
4) Suka berlatih vokal.. hahaha..
5) Bertambah manja
6) Dah pandai mengikut ibu n ayah nk g keje apabila hntr ke umah bbsttr