click! click! click!

Thursday, August 26, 2010

~ Hari ke-17 - ke-18 ~



Salam Ramadhan & salam kemerdekaan buat semua...

Dah 2,3 hari x de n3 br kan? Sebenarnya hari2 bukak blog, tp time nk menaip je, blank la otak ni.. x tau nak taip pe, tu yg wat n3 sekali harung... hihi... Jom layan k..

Hari ke - 17:

Aku cuti hari ni sempena Nuzul Quran. Opis aku sebenarnya di KL tp ktorg semua duk S'gor. So, boss decide kitaorg follow cuti S'gor... Dah namanyer cuti kan.. lepas subuh memang terbongkang balik la.. Hihi.. Sampai abg pun terlewat g keje. Dia jeles giler aku cuti hr ni.. Aku n Ahnaf sambung tdo sampai kul 9 pg.. Before Ahnaf bangun, aku masak roti tuk dia n sempat r kemas2 umah ckit. Bangun je dia, terus aku mandikan n bagi dia makan. Layan dia main kejap coz kul 10 aku ada appointment tuk facial..Dah lama x wat so, sempena raya ni, sekali harung la.. Hihi.. Siap2 sume, aku hntr dia g umah bbstr. Aku lak terus g wat facial. Punya la syok saat di belai2.. ekeke... sampai2 tertdo aku. Sedar2 akak tu kejut nak cuci mask..haha.. amik ko, berdengkur ke x tau la.. ;)

Siap2 facial, balik umah masak nasi n goreng ikan tuk Ahnaf. G amik dia, last2 dia tdo lak. Lepas semayang jumaat br anak akak tue hantar. Bila dia dah balik, sure nak melekat jela. Haha.. Last2 aku pasangkan dia cd garfield. baru la leh aman ckit study + wat assignment. Oh ya, menu petang tu simple je, coz lauk pun dah tgl sipi2 kan.. Cukupla sup ayam, sambal bilis, sayur sawi + tlo dadar... Alhamdulillah...

Hari ke - 18 :

Hari ni dapo tutup, coz ada membe abang belanja makan kat Muhibbah.. Besh.. besh... So, pagi2, aku studyla dulu, sedor diri esok nak mid term test.. Huhu... Lepas zohor, abg suh siap2 coz dia takut dia tertdo lg. Haha, plan mula2 nk g ikea + ikano, cuci2 mata, pastu abg lak ajak g services keta kat Eneos JJ Kepong, aku orait je coz leh cuci mata gak kan.. Yang x tahan tu, siap bawak note bagai.. Konon2 nk study.. Non adonyer... hahaha...

Sementara abg tgg keta + Ahnaf pun dah tertdo kepenatan main2.. Aku naik atas, bahagian bb, nak beli kelengkapan bb yg lum complete. Sekali dah amik barang2, nak g bayar, tgk kat cashier berlingkar-lingkar, terus letak balik brg2.. Usha lak bhgn handbag. Mak oi, rambang mata, ada la yg aku berkenan, tp klu dah namanya sorang2, x leh nak mintak opinion. Salesgirl mmg sume ckp cantik ngan aku. Huhu.. Last2 turun dgn tgn kosong je.. elok2 aku turun, keta dh siap, masa tu dah kul 5 lbh, mn sempat dah nk g Ikea. Terus g TTDI la jawabnya. nasib baik dah book since monday.

Lauk punya la byk dorang order, dah la sume double. Tapi ok gak, siap leh tapau bawak balik tue.X yah ssh nak masak sahur.. Hihi.. Time bayo lg besh.. sekali bil RM 400.20. Kawan abg budget dalam Rm500, ok la tue.. Thanx ye.. Gambo lauk pauk x de coz eden malu la nak snap2..


~ sementara tgg ayah daftar tuk servis keta, ahnaf sempat paw ibu main motor ni.. lyn jela.. ~




~ Hari ke-16 ~

Salam Ramadhan..

Ha, amik ko, hari2 ada je n3 merapu meraban dr aku.. Tiba2 terajin lak bulan2 pose ni.. Hahaha.. Oh ya, semalam aku cakap x tau nak masak apa kan? Sekali abg msj, dia ckp nak buka pose kat Klang ngan membe2 forum dia. Aku ckp ok la.. Aku just beli kat bazar je. Tp dia suh aku blk umah dulu.

Sampai2 umah, dia msj nak makan apa, aku ckp la nasi ayam pun okla.. Aku ni jenis x reti klu nak main order je, melainkan aku dah tau kesedapan makanan tue. So, berbuka semalam, kami berbuka ngan nasi ayam & abang ada beli laksa penang. Tapi x menepati citarasa pun. Oh ya, my hubby tak jadi buka pose kat luar, katakan kesian kat isterinya ini.. Hihihi..

Tuk sahur, abg request nasi goreng. Before tdo, aku dah siap masak nasi n tumbuk cili + bawang tuk nasi goreng siap2. Yela, takut terlajak lagi kan.. Memang btl, aku bgn2 dah kul 5, nasib baik semua bhn dah ready.. Just campak2 je dalam kuali..

Memang aku akui badan aku makin letih + penat. Ngan kat opis keje makin banyak. Bb kecik pun makin aktif menendang, sampai senget2 perut aku. Selama ni makin nak habis pose, makin kuat.. Maybe gak usia kandungan aku makin meningkat kan.. Aku harap, aku dapat habiskan pose sebulan tanpa ponteng.

Tuk hari ni, dah plan dalam kepala otak aku ni nak wat ayam masak halia. Harap2 menjadi la.. Hihi.. Yang pasti, esok cuti!!!!!!!! Tuk warga Selangor, selamat bercuti yer.. Hihihi... Aku ingat nak wat facial esok... :) dah berkarat muka ni..



~ Senyuman Manis Si Comel Give Away ~

Salam...

Kali ni aku nak try luck dalam give away yang dianjurkan oleh Mama Nik Irfan Zarith plak sempena besday anak terunanya yang ke-2 pada 20 August . Tertarik giler ngan hadiah dia yg lumayan giler2 tue.. Sapa2 nak teringin, meh terjah ke blognyer...

Click here ------>

Before kita tgk gambar yang aku pertaruhkan, meh kita check syarat2 yang diletakkan yer.. Sonang jor.... ( copy paste from blog Puan penganjur )

Syarat-Syarat Penyertaan :
1) Contest berlangsung dari 15hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2010 (12midnight)
2) Anda mestilah menjadi follower blog ini - done
3) Sila letakkan banner "Senyuman Manis Si Comel Give Away" di sidebar blog anda dan anda perlu link back ke entry GA ini - done
4) Buat simple story yer berkaitan senyuman si comel anda itu - done
5) Sila letakkan juga banner "Senyuman Manis Si Comel Give Away" beserta link ke dalam post anda.
6) Letakkan gambar si comel anda dengan senyuman yang paling manis. (Anak saudara/Anak kawan/Anak Jiran adalah diterima tapi make sure parents dorang tau la yer.. jgn smpai ada masalah dikemudian hari). - done
7) Syarat umur sicomel adalah dari 6bulan - 3tahun (Kalo lebih pon bkn saya tau kan.. tapi biarlah jujur yer) - done
8) Untuk mengelakkan juri rambang mata, hanya SEKEPING gambar sahaja boleh dipertaruhkan. Gambar original, bukan edit. - done
9) Di bawah gambar sicomel, sila sertakan: - done

Nama Penuh Sicomel:
Umur Sicomel:
Status Sicomel ((Anak Sendiri/Anak Saudara/Anak kawan/Anak Jiran) :
Nama Pengirim:

10) Selepas siap post anda, sila tinggalkan link post contest blog anda di bahagian Comment - done
11) Saya akan tinggalkan jejak di ruangan comment di post contest blog anda setelah saya menerjah blog anda itu. - silakan yer puan penganjur...
12) Sebarang pertanyaan,tinggalkan mesej di Shoutbox ye
13) 3 gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang (Tiada tempat pertama, kedua atau ketiga )
14) Nak tau hadiahnya?? Pemenang-pemenang berhak memilih apa saja hadiah yang mereka ingini (Dah tentu yang dijual di dalam blog ini yer!!) termasuk la jika mereka inginkan 1pack busha lengging yg mengandungi 18pcs lengging *wink
15) Satu pemenang cuma boleh memilih satu item saja sebagai hadiah yer.. memilih ITEM, bukan design.. design yg akan beri bergantung pada stock in hand pada masa itu

Ok, untuk give away ni, aku pertaruhkan gambar yang ini...


Nama Penuh Sicomel: Ahnaf
Umur Sicomel: 2 Tahun 1 bulan
Status Sicomel ((Anak Sendiri/Anak Saudara/Anak kawan/Anak Jiran) : Anak kandung
Nama Pengirim: Ibu Ahnaf

Meh nak story mory ckit about this pic.. Act, masa ni tb2 Ahnaf amik kopiah tu n letak atas kepala. Ibu pun cepat2 la amik camera nk snap pic anak teruna kesayangan ni... Harap2 gambo ni menepati ciri2 yang penganjur & juri nak yer...

Anak terunaku ini selama ni kalau suruh senyum dia sengih, tp kali ni, Ya Ampun, ibu cair giler2 tengok senyuman manisnya itu.. I luv u la Ahnaf... muahh muahhh


Meh kita join ramai2 give away ni.. Syok wooo hadiah dia... Makin ramai masuk, makin meriah...
& Buat Nik Irfan Zarith, Happy Birthday in advance yer.. semoga menjadi anak yang soleh & berbakti pada ibu bapa, agama & negara...

Wednesday, August 25, 2010

~ Hari ke-15~

Salam olls...

Yahoo... dah 1/2 bulan kita berpuasa.. Pagi2 lagi dah dengar lagu raya kat Hot.fm.. Hari ni jugak aku dah submit borang cuti.. Makin bersemangat weh nak raya...

Act, hari ni aku penat + lemau... Biasanya lepas sahur, aku kemas dapur, masak tuk bekalan Ahnaf, mandi n solat subuh. Lepas subuh aku lelapkan mata jap sementara kul 8 tuk siap2 nak g keje. Tapi pagi tadi, dah siap masak tuk Ahnaf, tgh2 aku lipat kain, Ahnaf dah bangun. Aku buatkan dia susu, n aku g mandi. Ingatkan dia tdo la balik, rupanya tak.. sibuk main car atas katil. Huhu.. Mata dia pun dah segar bugar..

Aku macam biasa r, lepas subuh, baring r balik. Yelah, malam2 tdo dah lambat, kul 4.30 bgn tuk prepare sahur.. Tapi pagi td, Ahnaf x bg aku tdo!!! Udahnya, walaupun mata terpejam, tp x lena giler.. Sibuk je dia, " ibu, bangun r.. main ngan abg" Aku bukak tv pun tak layan. Bila aku pejam mata, habis ditariknya hidung, pipi, tgn.. Last2 7.45 aku bgn, bwk dia g bilik air. baru tersengih-sengih. Huhu...anakku.. ibu mu letih ler...

Hasilnya, hari ni aku rasa penat giler... & paling bengang, disebabkan kebluran aku hr ni, card atm aku ditelan dek cash deposit machine. Huhu.. Apa la nasib.. Esok baru leh g amik.. Jadi satu keje lak nak kena g bank balik.

Lagi satu kes disebabkan kebluran aku, pagi td on da way nak g opis, aku stop kat tong sampah coz nak buang sampah la.. Blh lak aku kuar keta, x angkat break. dah la area tu cam turun bukit skit, lepas je buang sampah, br aku sedar keta aku dh bergerak. Mujur slow je.. sempat la aku masuk & tekan brek.. Huhu.. Mengucap pjg aku sepjg jln ke opis...

Buka pose hari ni aku pun x tau nak masak apa.. No idea.. Nak beli kat bazar tak kot.. Nanti sahur nak kena masak gak...

~ Hari ke-14~

Salam Ramadhan....

Alhadulillah.. dah sampai hari ke-14 kita berpuasa. Esok, dah start dengar lagu raya kat radio2.. Bertambah la mood raya masing2 kan? hihi... Bagi aku lak, tak sabar nak tunggu Ahad ni, coz Ahad ni ada quiz, test & presentation.. Selesai je sume2 tue, aku terus simpan buku sampai la ke raya... Yahooooooooo.... aku niat, cuti merdeka ni nak wat kuih raya.. tu pun kalau larat la... mana nak cari baju raya lagi.. adoi la..

Hari ni aku bukak pose berdua je ngan Ahnaf. Abg buka pose luar ngan gang2 Forum dia.. Ya Ampun, Ahnaf punyala buat perangai.. Ayah ada x de la plak.. Masa aku nak berbuka, masa tu la dia nk itu, nak ini. last2 aku suap sekali nasi lemak. Bising mulut sebb pedas... Hahaha...
Oh ya, 15 minit before buka pose, teringin nak makan kuih bunga. Awal2 dah terasa, tp cam malas. Last2 x leh tahan, aku bangun geledah almari. Jumpa la tepung beras ckit. Terus gaul n bentuk. Ngam2 je siap goreng, dah azan. Alhamdulillah, hilang mengidam.. Hihihi

Last year, aku selalu wat kuih2 tuk berbuka. Tahun ni x larat la.. Dapat masak tuk berbuka pun dah bersyukur sangat2. Kadang2 tu x larat nak berdiri lama2..

Sahur plak, aku dah pesan kat abg suh beli roti coz alang2 dh x masak tuk berbuka kan. Konon2 bangun kul 5 pun sempat la. Rupa2nya abg lupa daaa.... Kelam kabut aku masak nasi, goreng ayam & nugget.. Nasib baik sempat masak. Abg just makan nugget.


~ Award dr Shima ~

Salam...

Semalam Shima ada remind me psl award ni.. Disebabkan dah nak balik, baru hari ni dapat wat... hari tu ada sekali dapat tag dr Kina.. tp x sedo.. bz sgt ms tue.. tgk2 dah luput tarikh daa.. Okeyla, ni award yg aku dapat..

Award ni bukan sekadar award tau.. ada homework gak.. Nasib baik yg simple mimple je.. klu x naya gak nak fkr jawapan.. muahahhaa....


1) Nyatakan 7 makanan/minuman kegemaran anda sewaktu berbuke puasa/sahur..
- act, aku ni jenis belasah je apa2 pun.. hahaha
  1. milo suam
  2. tepung pelita
  3. nasi ( jaw standard )
  4. ayam masak merah
  5. buah tembikai ( pembuka selera )
  6. daging kicap
  7. mee goreng

2) Berikan kepada 5 orang @ lebih kepada rakan blogger anda.
  1. Kak Faridah
  2. Kak Eyna
  3. Kina mommy wiwin
  4. Kak Ziela
  5. Intan Brunei
kepada nama2 tersenarai di atas.. sila amik award anda yer

Monday, August 23, 2010

~ Hari ke-13 ~

Alhamdulillah.. sedar tak sedar, dah hampir ke pertengahan Ramadhan. Kejap je masa berlalu. Buat diri aku sendiri, aku bersyukur sangat2 coz masih lagi berdaya tuk meneruskan ibadah ni.. Semoga aku terus diberi kekuatan menunaikannya.. Memang aku akui, kadang2 aku seakan mahu beralah, tetapi dgn sisa2 semangat yang ada. Aku teruskan. bagi aku, bukan senang nak dapat peluang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.. Apa2pun, aku akan tetap utamakan anakku yang sedang membesar di dalam rahimku ini..

Setakat ni pergerakan bb masih aktif. & carta yang diberi tu pun belum ada skip lg. Cuma masa start jela x tentu.. Nak2 time weekend... Faham2 sndiri jela k.. weekend, ibu bangun lambat ckittttttt.... Hihihi

Ahnaf lak sekarang mmg teramat manja... hari tu kat umh PIL, jap2 "ibu...." pantang ibu hilang jap, "ibu...". Time buka pose lak, nak duk di riba ayah... Dalam keta sekarang ni, x mo baring kat belakang dah.. rela dia duk tengah2 antara seat depan tu, kadang2 sampai tertdo.. Time bangun tdo klu x de sapa2 sure melalaknyer...

Tapi yang dia x tgl, cium & peluk perut aku. Sambil tu pgl "baby..." So touching la.. Harap hubungan mereka adik-beradik akan erat buat selama-lamanya....

~ Hari ke 10, 11 & 12 ~

Salam...

Hari ke-10 :

Hari ni aku buke pose ngan opismate kat One World Hotel. Byk sungguh dugaannyer tau.. mula2 book tuk 10 org, pastu ada yg cancel, book tuk 7 org lak. Sepanjang hari tue, kejap jadi, kejap cancel. Mood excited pun makin berkurang.. Semuanya kes masing2 nk tunjuk ego.. Huhu.. End up, kitaorg just pergi 6 org je. Makanan not bad la.. Byk pilihan & sedap2 gak... Gambo? Aku sempat amik gambo round 1 je.. nnt la klu aku dah transfer, aku upload k ( klu rajinnnnnnnnnnn) ;) sibuk makan la.. Malam tu je, aku rasa dekat 5 round gak la aku g amik makanan.. kata buffet.. harus cuba semuakan.. Hihihi.. Cuma satu je yg x besh.. x jumpa ais krim goreng, huhu.. Dalam paper cakap ada.. x pela.. nnt balik raya, pjg umur, nak ajak abg g Batu Buruk, pekena ais cream goreng... Hihi...

Hari ke-11:

Hari ni aku bukak pose ngan family Along, Mak & Ayah.. Disebabkan mak & ayah aku ada lg kat umh Along, ktorg g buka pose ramai2 kat sana.. Meriah giler.. Yelah, dah lama x bukak pose ramai2 kan.. Yang paling meriah air la.. Air kelapa, tebu, cendol & tea.. Kembung air je semua.. Hihi... Menu lak besh2... Masing2 lepas berbuka x larat nak bangun.. Yang abg lg besh.. lepas je maghrib, terus terbongkang.. Haha.. Konon2 lepas tu nak balik umah Pil lak.. Ahnaf apa lg, ada kakak2 yang melayan, x duk diam la.. Berlari sana sini.. mata dah merah pun tahan lagi tue... Last2 kul 12 lebih baru bertolak balik umah pil. Nasib baik dekat je kajang-seri putra..

Hari ke-12:

Hari ni turn bukak pose umh PIL.. Aku just tolong k.rona masak ckit2.. Ahnaf lak wat perangai lak hari ni. Tak leh berenggang lgsg... Abg siap inform k.rona lg, msk lebih coz nak bawak blk lauk tuk sahur.. Hihi.. Senang keje aku.. Thanx abg, coz memahami... :) Bukan setakat lauk bawak balik, ngan nasi2 sekali bawak balik. Time sahur, tgl panaskan je...


~ Day Out Ayah & Ahnaf ~

Salam Ramadhan!

Hari ni Ahnaf kuor jalan2 ngan ayah dia.. Baru adil kan.. Semalam ayah bawak ibu soping & today, bawak anak la soping.. Act, dorang g KL coz nak tuko suar Ahnaf..Semalam tersilap beli daaa... Ingatkan S dah ok, balik umah, panjang ok tp tang perut x leh nak butang.. Huhu.. Anak ibu gemuk rupanya.. Hihihi.. Terus ayah dia sambar sz L.. Amik ko, dari S ke L..

Dorang g naik komuter je & first time Ahnaf naik train taw.. Punye la excited.. Rugi lak aku x ikut tp nak wat camne, kat opis byk giler keje. Nak kena ajar org ganti lagi.. Ayah dia ckp, suka giler dia.. Sampaikan nangis x leh nak naik train coz train tu g arah lain.. Hihi.. Ahnaf2... chayak la..

Petang tu aku just amik dorang kat KTM Sg.Buloh. Dah alang2 kuar kan, terus g bazar la.. Cam letih lak nak masak. Pecah record la tahun ni. Tp g bazar kecik je. Nak g bazar beso x de parking la plak.. Aku beli nasi ayam n abg beli nasi kukus ayam berempah. Ada la rezeki dari bbstr Ahnaf, bg laksa penang semangkuk. Alhamdulillah...


Wednesday, August 18, 2010

~ Check up 30 weeks ~

Salam...

Semalam aku g check up tuk 30 minggu. Sekarang ni bukan lg sebulan sekali. Every 2 weeks ada check up. Alhamdulillah, semuanya baik. Aku paling cuak tentang kedudukan baby. Yelah, ms 28 mgg hari tu doc ckp bb melintang & semalam masa scan, kepala dah kat bawah. Cumanya dia dalam keadaan meniarap. Doc cakap bb tengah bersujud. Alhamdulillah, dari dalam rahim baby dah sujud padaNya. Maybe sebab pagi td ibu perdengarkan selawat + doa pagi yer... So, muka bb x nampak la lagi. Everything ok, air ketuban ok, fizikal bb ok. Aku bersyukur sangat2. Heart beat bb pun aktif semalam. Sejak bulan pose ni mmg bb aktif bergerak. Senget benget dah perut aku. Ahnaf suka rasa time bb gerak.. Hihi... Due date aku still sama, 21 Oct 2010.

Keadaan fizikal aku pun dah makin membesar tang perut & ke bawah.. Jalan pun dah rupa peguin aku rasa.. Sebabnya kadang2 tu kat area tut sakit sangat.. Yela, baby makin besar n dah ke bawah kan... & yang pasti semalam aku mintk doc confirmkan gender. memang SAH bb BOY.. hihi.. aku dah ada nama dah.. tp x leh heboh lg..

Ok, ni lak record aku kali ni :

Berat : 59 kg (maintain dr last 2 weeks, maybe sebb pose kot)
BP : 110/80
berat bb : +- 1.8 kg..

Aku berharap semoga semuanya selamat hingga ke akhir, Amin... Ahnaf pun dah x sabar2 nak tgk bb.. Asyik mintak nak bb je.. & aku ada tugasan baru, start semalam dah kena rec carta gerakan bayi..


~ Hari ke-8 ~

Salam ollls

Hari ke-8 :

Errrmmm.... hari ni tiba2 mood nak g opis malas la plak.. Kebetulan lak aku ada check up klinik. Aku pun terus decide amik MC je.. hihi.. Jahat x? Ala, sekali sekala kan. Dah alang2 aku MC, aku hasut abang sekali cuti. Siap ajak g soping baju raya tue. Abang on je.. Kul 10 lbh hantar Ahnaf ke umah bbstr, sebabnya ktorg naik motor je.. Malas nk bawak keta la. First place yg ktorg tuju semestinya SOGO. Memang every year, aku akan soping baju2 raya kat SOGO. Berbaloi-baloi. Cumanya thn ni aku tak rasa besh sangat lak. Maybe sebb dah lama start, so x de pilihan sangat la.

Before naik ke dept budak2, kat bawah tu as usual ada la baju2 tuk men kan. Dah terstuck kat situ. Oh ya, before tu, dah beli baju Ahnaf kat Reject Shop. Biasala, tu je yg ktorg mampu.. huhu.. Bila dah tgk baju tu, abg la paling excited. Sementara dia pilih baju2, aku g apply sogo card. baru nak wat.. selama ni x heran pun. Hihi.. Tunggu punya tunggu dia pilih baju, aku usha2 handbag. Lama tau nak tunggu dia pilih tue.. Siap pilih, bayar la pe lg.

Siap kat bawah, naik ke dept budak2 lak. Ha, time ni turn aku la plak. Abg awal2 dah duk kat tepi. Aku amik bakul satu, terus memilih. Walau x byk pilihan, tp pening gak nak pilih wooo.. Sume nampak berkenan. Aku lak jenis amik je dulu. Pastu br tapis.. Hajat hati nak beli baju2 tuk bb sekali, tp sekali tgk harga, x byk sales la plak. Just amik romper, 1 set mitten n booties n lapik getah, sebabnya Ahnafnyer dah koyak. Yang lain sume Ahnafnyer baju. Yela, baju2 dia sekarang pun dah byk yg kecik2. Lepas wat raya, leh wat pakai harian la plak. Aku just pilih tshirt2 sebb kemeja dia still ada lg yg tak terpakai. Siap semua, panggil abg tuk tapis mana yg x perlu.

Dah settle sogo, kuar2 hujan lebat yg amat. Lepak je la kat luar tu jap sementara tunggu hujan reda before sambung jelajah ke jalan TAR. Tujuan ke sana sebabnya nak cari kain pasang tuk family aku lak. Sambil2 tu mencari jubah sekali. Tahun ni aku kan x leh pakai baju kurung, terpaksa pakai jubah jela jawabnya.. Hujan lak on & off.. Abg dah plan, lepas soping, nak g beli nasi arab kat cyberjaya.

Dalam keadaaan rintik2 hujan, ktorg redah ke cyberjaya. On da way ke sana, 2,3 kali gak la berhenti sebb hujan makin lebat. Sampai2 sana, nasib baik org x ramai lagi, tp menunggu gakla. Ktorg tapau je coz x bawak budak kecik kan.. On da way balik, hujan lebat giler. Memang lencun + sejuk giler la kitaorg. Baru ku tau, dugaan yg naik moto selama ni.. Terpercik air di jalanan lg. Huhu..

Sampai2 umah, terus mandi. Nasib baik awal lagi, sementara tunggu waktu berbuka, sempat la layan epilog syurga cinta, yela, x yah masak kan? just panaskan dalam microwave je.. hihi.. Malam tu apa lg.. terus pengsan la..

~ Hari ke-6 & ke-7 ~

Salam olls..

Hari ke-6 :

Alhamdulillah, masih ada rezeki tuk kami sekeluarga. Bbstr Ahnaf bekalkan ikan pari masak asam pedas... So, x yah la aku masak banyak2 jenis.. Hihi.. Beshkan dapat jiran yg pemurah. Cuma aku la plak pening, fikir apa nak dibalasnya.. Tak kan pinggan kosong je. Adoi la.. Aku bukan pandai masak sangat... Tak berapa confident nak kasi org rasa. Dah la bulan pose.. Kita sendiri pun x leh rasa..


Hari ke-7 :

Menu yg simple2 je.. Biasala, klu dah balik umah dah letih.. Mana nk wat menu yg gempak2.. cumanye, sempat la wat masak lemak pucuk ubi. Hihi... Tapi yang paling membanggakan aku sendiri, setelah seminggu kita pose, aku masih belum jejakkan kaki ke PARAM. Hihi.. walaupun aku tak g PARAM, dah 2 kali aku makan kuih kesukaan aku tau.. kuih pelg kalau bukan Tepung Pelita.. Hihihi... Bangga woo.. klu tak, dulu, tiap2 hari aku g PARAM, sudahnya time buka pose tak sentuh semua pun. Air gak dilayannya...


~ Hari ke 3,4 & 5 ~

Salam olls..

Dah 2,3 hari x jenguk blog ni.. Alhamdulillah, dalam diam, dah masuk hari ke-9 kita di bulan Ramadhan yang mulia ni... Aku bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah wajib ni. Walaupun ibadah sunat cam solat sunat terawih aku kepingin sangat nk wat tiap2 malam. Keadaan diri x begitu mengizinkan. Kadang2 badan lemah giler2.. Huhu.. sedih memang la sedih tp apakan dayaku...

Okeyla.. meh kita recall balik kejadian pose hari ke-3, 4 & 5 aku..

Hari ke-3 :

Seperti sedia maklum, mak & ayah aku datang dr kampung. Sebenarnya dorang nak ke rumah along aku coz dorang laki bini kena g HK. Alang2 umah aku paling dekat ngan Hentian Putra. Mak & Ayah singgah la umah aku dulu. Petang tu aku mintak kuar awal, dlm kul 4.30 gitu. Hujan dah turun rintik2.. Amik je mak & ayah, terus aku pecut balik umah. Dah pesan kat abg suh masak nasi dulu. Hujan lak makin lebat, dengan beberapa kejadian sepanjang jalan seperti keta rosak, excident, jem makin teruk r. Sampai2 bawah umah aku, hujan lebat giler.

Masuk2 umah, aku tengok abg tgh goreng udang masak sambal sambil dibantu chef kecik. Aku terus basuh rambut n badan. Lepas tu terus siapkan bahan2 tuk wat ikan siakap stim n goreng sayur. Disebabkan aku dah x larat. Abg amik alih tukang memasak petang tue.. Tq cayang! Alhamdulillah, semua juadah sempat disiapkan before berbuka. Seronok giler dapat buka pose sama2 ngan mak ayah sendiri... Dak kecik tu pun asyik je pgl atuk, nenek. Sampaikan basuh u'uk pun suh atuk basuhkan.

Sahur :

Oleh kerana nasi yg abg masak semalam byk lagi. Abang suh wat nasi goreng je. Seperti biasa, kul 4.30 pg aku bangun masak. Pagi2 buta, aku tumbuk bawang tuk wat nasi goreng. 2 in 1 la, sekali ngan gerak org suh bangun sahur.. hihi.. Siap masak, aku kejut abg, mak & ayah. Tengah2 menikmati nasi goreng, si kecik tu bangun. Siap mengigau lg.. Wat susu, diam la duk sebelah atuk dia. Mak cakap cam x percaya lak, aku yg dulunya paling liat nak bangun sahur, sekarang siap bangun paling awal tuk masak sahur.. Hihi.. well.. keadaan mendewasakan kita... Tul x?


Hari ke-4 :

Pagi2 lagi along dah datang jemput mak. Tinggal la kami bertiga balik.. Huhu.. Hari Sabtu tu habiskan misi melipat baju, gosok baju n basuh baju. Dari kul 9 lbh sampai kul 12 lebih br siap iron baju tuk stok 2 mgg sekali.. Dari duk bawah sampai terpaksa duk atas kusi.. Almaklumlah, keadaan diri x mengizinkan berdiri lama2.. huhu. Menu tuk berbuka lak, disebabkan aku teringin nak try wat nasi tomato. Maka, aku jalankan misi aku. Abg lak tb2 teringin nk makan satay. So, dia g beli satay. Punya la byk giler juadah, ngan bbstr Ahnaf pun ada bg gak. Alhamdulillah, boleh katakan, ada je rezeki yg org kasi tuk berbuka.. Amin...

Jangan tanya aku mana gambo yer..Sekarang ni memang malas giler nk snap2... klu snap pun malas nk transfer dr camera ke comp.. tunggula time aku rajin nnt yer.. Time sahur, makan nasi tomato ngan satay gak ler.. Jimat.. sekali masak makan tuk berbuka n sahur..

Hari ke-5 :

Plan awal cam nak berbuka umah Maktok tp bila fikir2 balik, cancel jela. Lagipun, aku letih teramat sangat.. Bagi aku, weekend la time nak rest puas2.. Kalau dah ke rumah org, faham2 jela.. Before buka pose, kena dtg awal. tlg apa yg patut, lepas buka pose lak, nak kena basuh pinggan. Kat umah sendiri, before tdo pun leh basuh pinggan. Lepas solat, leh baring2 dulu.. So, menunyer adalah simple2 je...

Bab sahur aku jenis x kisah. Cumanya tahun ni aku berbadan 2, so, mesti nak kena masak nasi gak. Abang jenis simple je.. Mujur aku dapat laki jenis x cerewet..


Friday, August 13, 2010

~2nd day pose ~

Salam ramadhan...

Selamat sudah 2 hari berpuasa. Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah ini hingga ke akhir. Aku harap sangat tahun ni tak tinggal puasa. Alhamdulillah, sehingga ke saat ni, aku masih lagi bertahan walaupun bb kat dalam ni sedikit memberontak pada hari pertama puasa. Lagi satu, aku bersyukur coz tahun ni dapat menunaikan terawih berjemaah. Selama ni aku terawih sorang2 je kalau abg g terawih kat masjid...

Pada hari kedua puasa, kami terpaksa berbuka di luar sebabnya stok dalam peti ais dah kering. Terpaksa la g beli stok dulu.. Pilih punya pilih tempat bukak pose, last2 ke Pizza Hut jugak destinasinya.

Sahur pulak, aku tiba2 x larat sgt nak bgn, dekat kul 5 baru bgn. Ingat x mo masak nasi, nak makan piza yg tapau n roti je. Tapi demi bb, aku msk gak nasik ckit ngan ayam goreng. Abg just makan ayam goreng n piza.. Harap dapat la menahan diri sampai ke petang...

Thursday, August 12, 2010

~ Keistimewaan Wanita ~

Sama2 kita renungkan....

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGANLAH... WAHAI WANITA Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai anak, isteri dan ibu yang solehah


~ Alhamdulillah... ~

Salam Ramadhan buat semua...

Alhamdulillah, semalam, selamat sudah sehari kita berpuasa. Semoga puasa kita diterima disisiNya. Aku bersyukur sangat2 dapat melepasi seharian tanpa makan & minum walaupun si kecik kat dalam ni duk protes je.. Sabar ye sayang. Maybe dia terkejut, selama ni ibu asyik menyumbat je makanan.. Tiba2 semalam, sehari suntuk dia x makan.. Cuma belah2 petang tu, aku dah sedikit kiok.. Nasib baik abg tlg msk sama coz aku tak larat nak berdiri lama2 dah..bb lak asyik mengeras..

Sahur :
Aku bangun kul 4.30 pg tuk panaskan bubur yg aku masak dari malam lg. Yela, nak masak bubur pagi tu bila lak nk siap kan. Act, abg br lepas cabut gigi, so, dia request nak sahur ngan bubur je. Untuk aku tetap masak nasi, goreng ayam, goreng telo + kicap + milo susu.. tu pun dah sodap..

Berbuka :
Aku balik keje kul 5, so sempat la nak masak. Sampai umah, masak nasik n siapkan bahan2 tuk masak. Lepas tu kena temankan anak teruna tu jap, klu x asyik duk tarik je tangan ni ha.. Abg balik br la g dapo. Sementara aku ptg2 sayur, abg goreng ayam tuk wat masak kicap.. Tq cyg... Masa berbuka pun ada drama air mata berlaku. Ntah apa tak kena, Ahnaf melalak. x mo duduk atas kusi lgsg. Nak beriba je.. Bygkan la camne aku nak makan. Sambil pujuk dia sambil makan. & semalam, murah rezeki coz bbstr Ahnaf bagi bihun goreng. Alhamdulillah.. Lepas ni kena fkr apa yg nak dibalas ngan pinggan tue.. Tak kan nak bg pinggan kosong je kan?

Terawih:
Kami just wat kat umah je. Nak g masjid bawak anak kecik tu cam x caya lak. Bukan apa.. Kang diikutnyer budak2 beso berlari sana sini. Tak tenang lak kita nk semayang.

***persiapan raya aku lum wat satu pun lg, tuk Ahnaf baru beli suor.. Adoi, tunggu gaji la baru g soping. Brg2 adik pun aku lum basuh n prepare msk bag lg.. kuikuikui...

Monday, August 9, 2010

~ Patut ke tak??? ~

Last week, ada opismate aku try consult ngan bini boss a.k.a admin manager kat cni. Dia tny, leh x bulan pose nk mintak balik awal, coz bbstr dia kul 4.30 pm nak g tlg org jual kat bazar.. Tau apa bini boss tu cakap? Dia ckp x blh, coz kul 5 tu dah awal, opis lain balik lg lambat. Dia ckp aku x pernah pun mintak blk awal sepjg aku keje kat cni. Memang ler, sebabnya aku x de problem cam akak tue, alhamdulillah, bbstr Ahnaf ok je. Kesian aku tgk akak tue.. Serba salah, dah la br je hntr anak dia kat bbstr tue. Act kan, memang org2 opis lain akan blk sejam awal dr biasa. Yelah, kebanyakan opis tolak time lunch tu kan. Antara babak2 petang tue...

Akak :*****, boleh tak bulan puasa nnt, I nak balik awal

*****:kenapa ? Pukul 5 dah awal maa...

Akak : Bbster I nak kuar jual kat bazar kul 4.30 ptg

*****: Tak boleh, time opis ni dah flexible, mana mau cari opis yg kuar awal? biasanya kul 5.30
br keluar maaa

Akak : I mintak untuk bulan puasa je.

*****: Cannot2, dah flexible. Aini pun 3 tahun kat sini balik kul 5 jugak..

Aku : Memang ler *****, tp org lain bulan puasa akan keluar awal. Memang I tak mintak coz I
tak kisah. Tapi kali ni, K.***** ada problem..

*****: Cannot2... dah flexible ok.. Kul 5 dah awal..

Bila dah asyik dia ulang flexible2.. Ktorg pun blah la. Frust giler muka akak tue... Erm.. aku rasa kan, memang kebanyakan opis akn benarkan Muslim kuar awal time bulan puasa kan?

*** UPDATE : problem akak tu dah solve.. Tq big boss...

~ Lemau~

Salam Isnin olls...

Camne ngan mood hari ni? ada ok? Mood aku hari ni sedikit lemau la... Pagi2 lg dah berhadapan dgn jem teruk sampai aku terpaksa naik motor ngan abg. Kalau aku naik keta, ntah kul bape nak sampai opis lak.. Tu pun dah lambat. Lg sekali lewat 5 minit, melayang la Rm5 aku... Huhu..

Macam mana ngan weekend u olls? Weekend aku kali ni cam x berapa besh. Sabtu sehari suntuk aku ngan Ahnaf je kat umah. Abg kuar ride ngan membe forum dia ke N9. Aku lak sibuk siapkan assignment n baca tuk test hari Ahad. Biasalah, weekend baru ada masa nak wat.. Tu pun aku pejamkan mata tgk baju2 x berlipat.. Seharian duk ngan Ahnaf memang besh. Ada je hal nak kena layan. Tapi kesian gak tgk, coz ms aku siapkan assignment, dia kena main sorang2, layan CD & x lepas jugak berebut pen, kertas ngan dia. Walau dah ada pen n kertas sndr pun, dia tetap nak pen kat tangan aku. Bila dah pegang pen tu, faham2 jela. Habis kaki, tangan berconteng sama. Paling baru dia dapat, conteng dahi, konon2 cam pakai eyeliner tue la.. Adoila anak ibu..

Ahad lak, Ahnaf duk sehari suntuk ngan ayah je. Coz aku ada kelas. First time g kelas ngan perut memboyot betul2 menguji kesabaran. Dah la parking jauh, kena jalan naik bukit, pastu tangga ke Fakulti n tangga lagi ke kelas2.. Huhu.. Semput eden weh.. Sampai2 atas, terus togok air. Bulan pose nanti x tau la aku camne. Ni la pengorbanan demi masa depan kami... Sem ni banyak sangat nak kena settlekan. Aku pun kena prepare tuk exam awal2.. Sebab macam2 blh berlaku. Due date aku lak area time exam. Sekarang ni, aku just Tawakal kepadaNya. Balik kelas petang tu, penat giler, nak masak pun x larat. Kesudahannya kuar makan la. Balik dari makan, terus pengsan kat depan tv. Sedar2 Ahnaf kejut ajak tdo dalam bilik..

Resultnya, pagi ni malas giler nak bangun, rasa cam nak weekend lg sehari... Huhu.. Ahnaf nak susu pun, aku dah x larat nak layan. Ntah kul bp dua beranak tu tdo pun aku x tau. Sebb aku dah selamat...

Friday, August 6, 2010

~ My Big Baby ~

Salam..

Semalam, bersamaan 5 August 2010, genapla umur Ahnaf 2 tahun 1 bulan. Aduh.. Dah injak ke angka 2 la anak ibu ni.. Rindunyer ibu saat2 Ahnaf baru lahir dulu.. Ahnaf sekarang ni dah macam-macam peel dia tunjuk. Semakin dekat adik nak kuor, semakin menguji kesabaran. Ibu & Ayah memang kena tambah tahap kesabaran la.

Bab manja la nampak sangat. Makin menjadi-jadi.. Kalau dulu g mana2, x mo berdukung, nak pimpin tangan pun x mo, tapi sek ni, asyik nak berdukung jer.. Nampak gayanya klu kuor ngan ibu je, kena kuorkan stroller balik ler. Kalau tgk tv ke, main ke, memang nak kena berteman. Biasanya ibu la. Tdo malam2, mesti tdo atas tangan ibu dulu sambil dipeluk. Bila dah lena, baru leh alihkan tangan. Kalau x tdo sebelah ibu, terkejut tgh malam mesti datang cari ibu balik...

Tapi yang ibu geramnyer, sekarang ni susah betul nak ajak makan. Kalau kat umah bbstr tau lak takut. Elok je makan. Kalau kat umah, macam2 kena wat. Style kapal terbang la, style nyum nyum la... Lagi satu bab selimut. Sejuk camne pun, x mo selimut.. Even kalau kita letak time dia dh lena pun leh sedar tue. Dia tetap akan kuarkan kaki dia tindih selimut. Tapi tau lak, suh kita peluk @ dia akn tdo menonggeng, dua2 tgn kat bawah badan.. Adoi la.. macam2 la anak ibu ni sekarang.

Perkembangan positif lak, dia dah suka baca buku. Feveret book dia Barney la. Malam2 before tdo, kena baca series Barney tu. Alhamdulillah.. teruskan minat ni yer sayang. Dah tau count 1-10 tapi ikut mood la.. Kadang2 campur Eng & BM.. Mulut lak dah cam mak nenek. Kalau dia pesan sumthing kat ayah dia like Drive Carefully, siap ngan tangan2 tue.. Pantang ayah speed keta ckit, mesti dia cakap " Ayah.. slow.." gud boy ;)... Dia dah kenal bunyi moto ayah dia..

Semoga Ahnaf membesar menjadi anak yang soleh ye sayang. We luv u... Nanti adik dah kuar, Ahnaf kena jadi abang yang baik tau.. Main sama2 ngan adik, jaga adik.. Kasih sayang ibu & ayah tak kan berkurang sedikit pun kat Ahnaf...

We luv u sayang... U re my baby forever....

Thursday, August 5, 2010

~ Musang King ~

Al Kisahnyer semalam, ada org x peknen mengidam durian jenis Musang King. Ni sume gara2 weekend hari tue makan durian yang papa bawak balik.. Sejak dari petang lagi, abg dah cakap nak g cari gak durian tu. X mo jenis lain, nak Musang King gak.. Punya la pening mikirkan mana la nak dapat jenis tue.. Yelah, selama ni rasanya x pernah lak jumpa yang jenis camtue.

Lepas Isya, ktorg kuar g Giant KD. Sebb kat sana ada gak jual doyan yang dah kopek2 tue. On da way tu, tb2 ternampak la kat kedai tepi jalan tu, ' Special Musang King'. Sebabkan dah terlajak, sanggup patah balik. Malangnya, dah habis stok la plak.. Huhu.. Frust giler muka org kempunan.. Kat depan ckit, jumpa lagi org jual doyan tp seberang jalan. Sanggup u-turn tu, bila baca dekat2, Kampung Musang Wong la plak.. Adoi la.. jenuh tu, terpaksa u-turn lagi sekali.

Sampai2 je Giant KD, tempat doyan yg aim dulu2. Dari jauh dah nampak Musang King. Tersenyum lebar org yg mengidam.. Huhu.. Yang ni isi jela, dia letak rm20 satu polisterin. Memang murah la depends dgn buah yg rm17 1kg. Disebabkan dah malam, makcik tu cakap leh campur musang king n doyan jenis D24 @ X.O, RM 25 je.. last2 masa byr dia bagi RM 20 je.. Tu la untungnya g malam.. hihi.. Yelah, dia kena habiskan gak malam tue, kalau x, esoknya dah x elok..

Lepas dah dapat durian dia. Cepat2 ajak balik.. ADoila..amik brg2 pun cepat2 je. Dalam keta tu jugak belasah habis satu bekas polisterin tue... Dasyat tul org x peknen ngidam ek.. Haha.. Aku la yg jd mangsa, terpaksa tahan bau doyan dalam keta tue.. Nasib baik umah dekat je.. Lepas ni nak ngidam pe lak cayang? ....

Wednesday, August 4, 2010

~ Check up 28 weeks ~

Salam...

Last monday, aku ada check up lg. Sekarang ni every 2 weeks ada check up.. Sepatutnya last Friday, tp time kitaorg pergi tu, doc lak x de. Kena tunggu 1/2 jam lak tue. Kitaorg pun dah on day way nak balik umah PIL. Terus tunda ke Isnin. Malas nak menunggu, perut pun dah berkeriuk time tue.

So, after balik keje Isnin tu aku terus g klinik coz abg dah ckp dia blk lambat. Sampai klinik punya la ramai org. Huhu.. Sampai turn aku, check cam biasa r.. berat, ukur perut n urine. Berat aku dah 59 kg.. urine pun alhamdulillah clear.. last check up ada kotor ckit.. Kali ni x scan. Lg 2 minggu br scan. Masa doc check perut n kedudukan bb, doc cakap bb songsang lg. Huhu.. aku dah gabra.. Dan2 time tu aku cakap kenapa sy rs gerakan kat bwh perut? Bukan nak sedapkan ht tp mmg btl.. Kadang2 aku rasa bb cuit2, tendang kat area bawah... Maybe sebb masa doc check kat bhgn bwh perut x rasa lg kot.. Harap2 semuanya ok la.. Lagipun baru 28 mgg kan?

InsyaAllah, next check up, aku nak confirm balik gender baby..Walaupun hr tu doc dah confirm nampak pistol.. Hihi.. Scan masa abg Ahnaf ada syok.. Sebb dia pun sama sibuk nak tgk kat screen tue..

Semoga semuanya selamat. Baby, cepat2 pusing tau.. jangan wat ibu takut.. Hihi

Tuesday, August 3, 2010

~ Gedik Santai ~

Salam sumerrrrrrrrrrr..........

Baru berkesempatan nak update blog ni.. Bz + Malessssss yg teramat sangat... Semalam lak melepek habis gara2 makan ketupat pulut tak hingat... Lemah giler rasa badan semalam...

Act, last Saturday, aku join gath kecil-kecilan kawan dari forum HA.. Ala, x ramai pun, 5 family je join pun.. hihi.. tapi makananyer cam 10 family.. Alhamdulillah.. rezeki... Ikutkan plan awal, ktorg nk ke Seremban, tp plan terpaksa cancel. Alang2 masing2 dah rindu-rinduan, kitaorg decide wat gath kecik2 sambil sambut besday beramai-ramai... Tak de adegan tiup2 lilin n nyanyi lagu pun. Coz budak2 tu dah sibuk nak main je...

Plan awal, nak lepak2kat kedai je, faham2 jela, kalau gang2 ni berjumpaan, x tgk kiri kanan, kalau kat kedai tu kena la control2 ckit kan.. So, last minute tukar tempat ke Sri Permaisuri. Aku pun jenuh google map nak sampai ke sana.. Berpusing2 kitaorg.. Akhirnya, sampai jugak. Sama2 sampai ngan k.faridah. K.t, K.muni & K.ina dah sampai awal2 lg. Ahnaf yg br bgn tdo, mula2 moody gak, tp nampak je menan, terus segar mata..

Alamak, dah x de idea la plak nk tulis.. Jom layan gambo je la.. Gambo2 ni pun cilok dr Fb yg terlibat. Aku tak sempat nak amik gambo pn, sebabnya bz makan & layan si teruna tue.. Hihi


~ Partner yg terlibat ~


~ Hepi Belated Bufday To Aqil, Ahnaf & K.Ina
Hepi Advance Bufday To Hafiz & Irfan ~


~ Juadah Santapan.. Sumernyer mabeless... ~

Thanx buat semua... Lepas ni entah bila lak leh jumpa macam ni lagi kan.. Nak2 ngan K.munira, sanggup datang dari Kuantan.. Thanx a lot kak...



Monday, August 2, 2010

~ Contest Aksi Si Manja di Playground ~

Salam...


**** Pengumuman : Ini entry melekat sehingga 1 August.. entry baru ada di bawah yo...

Pagi tadi ms jalan2 kat blog membe2, terjumpa lak ngan contest ni.. macam besh la plak join contest2 ni walaupun x pernah menang.. hik hik hik... Ok, sapa2 nak join contest yg cool ni, kena terjah la ke sini ---------->


Gambar yang aku pertaruhkan plak, adalah gamba ni... :---


Nama Peserta : Ahnaf
Umur Peserta : 2 Tahun

Ahnaf memang suka kalau dapat pergi taman. Selain dari dapat main bermacam-macam mainan, dia dapat jumpa ngan ramai kawan2. Tak kira beso ke kecik ke, semua dia bantai kawan. Berkejar-kejar kat taman tue. Paling dia suka naik buaian & main gelongsor.. Sampaikan bila time nak balik, terpaksa pujuk rayu. Kalau tak berjaya jugak, terpaksa berdukung la. Almaklumlah, ada peluang pun time weekend je.. Hari kerja memang tak sempat la nak bawak dia g taman...


Ok, sapa2 mau join ini contest.. Sila2 la terjah ke blog http://mazlyna.blogspot.com/ & http://mom2muzz.blogspot.com/. Syarat2 dia pun sonang sangat... Copy paste yer puan penganjur..

1. Silalah jadik follower kat http://mazlyna.blogspot.com & http://mom2muzz.blogspot.com - DONE
2. Sila buat satu entry dengan tajuk diatas dan jangan lupa untuk letak gambar di atas didalam entry tersebut serta link kan ke blog ini. - DONE
3. Letakkan gambar tersebut di side bar anda beserta link. - DONE
4. Letak gambar anak anda di playground serta cerita serba sedikit berkenaan gambar tersebut. - DONE
5. Penyertaan hanya terbuka untuk anak2 dibawah usia 36bulan(3thn). Anda masih boleh turut serta jika anak berumur bawah 72bulan(6thn) asalkan gambar tersebut diambil ketika usianya di bawah 3 thn. - DONE
6. Sticky note kan entry anda sehingga 1 Ogos 2010. - DONE
7. Tarikh tutup adalah pada tarikh lahir si anak dara iaitu 31 Julai 2010 jam 1.15pm. - DONE
8. Syarat bonus : kalau anda tiada anak atau belum berkahwin, anda tetap boleh menyertai contest ini dengan meletakkan gambar anak saudara, adik atau sesiapa sahaja asal kan bukan anak patung, anak kucing, anak arnab atau lain2 yang seangkatan dengan nya....;) - DONE
9. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di entry ini yer agar saya tak tertinggal. - DONE
10. Last but not least, keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.


Nak tau hadiah dia tak ??? Ok, ni la hadiah idaman kalbu...


~ ha, ni la hadiah nyer.. lumayan kan... apa lg, jgn lupa klik blog tu untuk join contest ni ya... ~

Jemput2 join k.. makin ramai, makin meriah... Gud luck eberibodi...