Dah 2,3 hari x jenguk blog ni.. Alhamdulillah, dalam diam, dah masuk hari ke-9 kita di bulan Ramadhan yang mulia ni... Aku bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah wajib ni. Walaupun ibadah sunat cam solat sunat terawih aku kepingin sangat nk wat tiap2 malam. Keadaan diri x begitu mengizinkan. Kadang2 badan lemah giler2.. Huhu.. sedih memang la sedih tp apakan dayaku...
Okeyla.. meh kita recall balik kejadian pose hari ke-3, 4 & 5 aku..
Hari ke-3 :
Seperti sedia maklum, mak & ayah aku datang dr kampung. Sebenarnya dorang nak ke rumah along aku coz dorang laki bini kena g HK. Alang2 umah aku paling dekat ngan Hentian Putra. Mak & Ayah singgah la umah aku dulu. Petang tu aku mintak kuar awal, dlm kul 4.30 gitu. Hujan dah turun rintik2.. Amik je mak & ayah, terus aku pecut balik umah. Dah pesan kat abg suh masak nasi dulu. Hujan lak makin lebat, dengan beberapa kejadian sepanjang jalan seperti keta rosak, excident, jem makin teruk r. Sampai2 bawah umah aku, hujan lebat giler.
Masuk2 umah, aku tengok abg tgh goreng udang masak sambal sambil dibantu chef kecik. Aku terus basuh rambut n badan. Lepas tu terus siapkan bahan2 tuk wat ikan siakap stim n goreng sayur. Disebabkan aku dah x larat. Abg amik alih tukang memasak petang tue.. Tq cayang! Alhamdulillah, semua juadah sempat disiapkan before berbuka. Seronok giler dapat buka pose sama2 ngan mak ayah sendiri... Dak kecik tu pun asyik je pgl atuk, nenek. Sampaikan basuh u'uk pun suh atuk basuhkan.
Sahur :
Oleh kerana nasi yg abg masak semalam byk lagi. Abang suh wat nasi goreng je. Seperti biasa, kul 4.30 pg aku bangun masak. Pagi2 buta, aku tumbuk bawang tuk wat nasi goreng. 2 in 1 la, sekali ngan gerak org suh bangun sahur.. hihi.. Siap masak, aku kejut abg, mak & ayah. Tengah2 menikmati nasi goreng, si kecik tu bangun. Siap mengigau lg.. Wat susu, diam la duk sebelah atuk dia. Mak cakap cam x percaya lak, aku yg dulunya paling liat nak bangun sahur, sekarang siap bangun paling awal tuk masak sahur.. Hihi.. well.. keadaan mendewasakan kita... Tul x?
Hari ke-4 :
Pagi2 lagi along dah datang jemput mak. Tinggal la kami bertiga balik.. Huhu.. Hari Sabtu tu habiskan misi melipat baju, gosok baju n basuh baju. Dari kul 9 lbh sampai kul 12 lebih br siap iron baju tuk stok 2 mgg sekali.. Dari duk bawah sampai terpaksa duk atas kusi.. Almaklumlah, keadaan diri x mengizinkan berdiri lama2.. huhu. Menu tuk berbuka lak, disebabkan aku teringin nak try wat nasi tomato. Maka, aku jalankan misi aku. Abg lak tb2 teringin nk makan satay. So, dia g beli satay. Punya la byk giler juadah, ngan bbstr Ahnaf pun ada bg gak. Alhamdulillah, boleh katakan, ada je rezeki yg org kasi tuk berbuka.. Amin...
Jangan tanya aku mana gambo yer..Sekarang ni memang malas giler nk snap2... klu snap pun malas nk transfer dr camera ke comp.. tunggula time aku rajin nnt yer.. Time sahur, makan nasi tomato ngan satay gak ler.. Jimat.. sekali masak makan tuk berbuka n sahur..
Hari ke-5 :
Plan awal cam nak berbuka umah Maktok tp bila fikir2 balik, cancel jela. Lagipun, aku letih teramat sangat.. Bagi aku, weekend la time nak rest puas2.. Kalau dah ke rumah org, faham2 jela.. Before buka pose, kena dtg awal. tlg apa yg patut, lepas buka pose lak, nak kena basuh pinggan. Kat umah sendiri, before tdo pun leh basuh pinggan. Lepas solat, leh baring2 dulu.. So, menunyer adalah simple2 je...
Bab sahur aku jenis x kisah. Cumanya tahun ni aku berbadan 2, so, mesti nak kena masak nasi gak. Abang jenis simple je.. Mujur aku dapat laki jenis x cerewet..
No comments:
Post a Comment