click! click! click!

Tuesday, September 15, 2009

~ Kad Raya & Pantun Raya ~

Maaf la.. byk ckit entry sal kad raya.. Maklumla, dapat banyak kad ( baca dengan nada riak yer.. ekekke ). kali ni lak aku amik kat blog ..n Mekacih yer.. jangan lupa amik gak kad dari Ain yer.. Bukan setakat kad tau.. ni jugak ada pantun raya sekali..

~ Pantun Raya from K.eyna ~
Sedap sungguh muffin kak ejja
Makan bersama ayam kak ti
Kukirim pantun untuk semua
Buat tatapan teman yang disayangi

Pergi berbuka di umah kak Liza
Bertemu dengan mak buyong Ida
Gembira hati tidak terhingga
Mendapat teman sehati sejiwa

Ahnaf terdiam tidak terkata
Saat alisya sebat hartanya
Andai ada tersilap kata
Maaf diminta dari semua

Sempoi sungguh ummi munira
Memangku rayyan diatas riba
Bila la kita nak meronda-ronda
Gosip2 cite pasal karma

Si manis ain maintain sentiasa
Kurus melidi macam anak dara
Kalau ada ter makan ke apa
Halalkan semua semasa kita bersua

Ieda gembira beraya bertiga
Arissa manis pandai bergaya
Walau xdpt jumpa dihari raya
Pasti bersua jika ada masa

Nae da bomb mmg sempoi gila
Terpecah perut bile baca blognya
Walau kite xpernah bersua
Maapkan kita kalau tersilap kata

Cik Ayu belum ku kenal sepenuhnya
Tetap menjadi peminat blognya
Walau kita xserapat mana
Takut2 ade terusik kata

Panjang berjela pantun direka
Nak termuntah pulak korang membaca
Senang kata dari kita
Maapkan je la kalau ada tersilap kata...


~ From k.ejja ~






~ k.ayu ~



~ Nae ~



~ from k.munira ~


~ from Ieda~


~ from Ct ~



~ from Intan Brunei ~



~ From Dyla a.k.a Mommy Sofea ~


~ Hepi 14's month bufday! ~

5 September lepas, genap la umur Ahnaf 14 bulan. Tapi baru sekarang aku ada masa nak coretkan perkembangan dia.. Seperti bulan2 lepas juga, aku selalu bagtau hubby ku yang bahawasanya tak sedar masa berlalu.. pejam celik pejam celik, dah besar rupanya anakku ni.. Ibu masih belum puas bermanja denganmu sayang.. Kalau dulu, diam je bila dipeluk, digomol, dicium.. Tapi sek, peluk lama2 ckit pun tak duk diam dah.. Kecuali time nak tdo, time sedih n time takut.. Barula cari ketiak masam ibu ni.. Huhu.. Patutla ada iklan Johnsons yang cakap, hargaila waktu mandi bersama si manja. Aku cukup suka mandikan dia. Sambil mandi, sambil main2 buih n bergelak ketawa.. Ahnaf, ibu pasti akan rindukan saat itu.. Aduh.. teremosi la plak.. Naluri seorang ibu kan, bila kenangkan kenangan bersama anak, pasti akan terusik hati n jiwa..



~ Ibu pasti merindui saat2 yang berlalu sayang... ~


Milestone Ahnaf:

= dah banyak cakap n dah boleh harap amik sesuatu
= pandai ajuk ibu n ayah..
= dah pandai merajuk ngan ibu
= pantang pakai baju jalan, terus g kat pintu amik kasut
= pantang dengar azan, tgn trs angkat takbir, pastu terus sujud.. mana2 je jadi..
= cukup suka tgk kucing ( ni ikut perangai ayah ), tp marah bila tak leh sebut "Miaw"
= antara bahasa2 Ahnaf guna nenen, ayah, chicken, yau(kucing), fish, Akbaq ( Allahuakhbar), sut (kasut),mam (mamam)... tapi yg sedihnyer kan, ibu x dapat2 lagi dengar.. huhu..
= dah pandai cakap tel.. dia amik hp ibu @ ayah.. mulut pun cakap2, pastu tangan melayang2.. konon2 tgh bincang bisnes besar.. hohoho


luv:
ibu n ayah

~ Salam Aidilfitri Buat Semua ~

Di kesempatan ini, Ain ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Ain ingin memohon seribu kemaafan andai ada kata yang terkasar dan andai ada yang terguris hati dengan perlakuan dan kata-kata Ain. Semoga dengan kehadiran Aidilfitri kali ni dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. Buat kawan2 semua..Jemputla datang ke rumah kami..Akhir kata, buat semua yang sudi, terimala kad ni sebagai tanda ingatan buat semua...