click! click! click!

Friday, September 3, 2010

~ Al-kisah Ahnaf ~




Kali ni berkisahkan anak terunaku sorang tue. Makin beso, makin pjg akal n makan petah dia bercakap. Kadang2 aku & abg x terlayan cakap dia.. Sepanjang masa ada je nak dicakapkannyer.. Ada yang aku faham & ada yang aku buat2 faham.. Hihi.. Dulu, ms dia bb, abg x sabo nk dgr dia ckp.. Ha, sek amik ko, sekali dia ckp, x berhenti.. Dalam keta, start je masuk, mulut dia terus bising, car cantik, tu bus, tu lorry, tu moto.. nampak org naik beskal, abg naik beskal.. Kalau byk keta kat jalan, bygkan la.. setiap keta dia nak sebut... dia senyap time nyusu n tdo..

Tp syok sebenarnya layan dia cakap.. Aku lak jenis suka mengusik. Bising r dia.. Hihi...

Kejadian 1:

Ada satu malam tu, aku tgl ngan dia je, aku sibuk wat biskut raya. Tiba2 dia datang..

Ahnaf : ibu, abg takut
Aku : abg takut apa?

Ahnaf : takut hantu...
Aku : mana de hantu la, ni kan bulan pose
Ahnaf : ada, ibu tgk sana.. ( sambil tolak pipi aku suh tgk kat lorong nk g pintu depan )
Aku : takde la abg
Ahnaf : ada, ish ibu ni... tgk r sana ( sambil tolak lg pipi aku )
Aku : Ok, klu abg takut, abg baca Allahuakbar kuat2..
Ahnaf : Ok ibu.. Allahuakbar... (sambil tgn angkat takbir nak solat.. hihi)
Aku : Gud boy
Ahnaf : ibu, baca doa ( angkat tgn suh bc doa.. yela, dah lepas solat kan.. ekekeke)

Layan jela.. nak tergelak pun ada.. tp nasib baik la bulan pose.. org yg berani pun leh jd takut.. Ahnaf.. Ahnaf...

Kejadian 2 :

Aku kat dapur tgh masak masa tue, tb2 hp aku bunyi. Mesej je pun, so, aku wat x tau jela.. Sambil sambung masak..

Ahnaf : ibu.. ibu.. henpon ibu (sambil kasi hp)
Aku : tq
Ahnaf : came2..


Aku sambung masak, dia sibuk duk kat dapur gak...


Aku : abg ni sibuk r.. g main sana..
Ahnaf : ibu r sibuk..

Aku : asal lak? ibu nak masak r
Ahnaf : ibu duk kusi abg ( br aku perasan, aku ddk kusi dia.. patutla dia ckp aku sibuk.. )


Kejadian 3:

Ahnaf : Ibu, Azra nangis ( azra tu anak bbstr dia )
Aku : Knp azra nangis?
Ahnaf : abg r wat...
Aku : ( terkejut giler.. ) knp abg wat azra?
Ahnaf : Ntah.. saje kot...


Aku pun tanya r bbstr dia... ahnaf ada ke buat Azra. Akak tu cakp, bukan Ahnaf wat... tp Azra tu dah start meniarap.. Ahnaf lak takut azra tu lemas, dia ckp r jgn wat camtu.. yg si azra tu lak ingat Ahnaf marah dia.. tu yg terus melalak, sebab Ahnaf menjerit time tue.. huhu.. lega aku, sapa x bimbg woo anak kita wat kat anak org lain... Aka

Walaupun kadang2 karenah dia btl2 menguji keimanan & kesabaran aku... Tp karenah dia jugak yg buatkan aku terasa gembira, release tension & x sabo nak balik umah...

~ buah hati pengarang jantung ku.. ~

~ Projek kuih raya 2010 part 1~

Projek kuih raya datang lagi! hihi... Kali ni edisi 2010.. Setakat ni aku baru je siapkan 2 jenis kuih. Tu pun jenuh nak siapkannyer.. Tapi kan, beli brg2 kuih cam nk wat 10 jenis.. ekeke.. InsyaAllah, weekend ni pulun habis-habisan.. Tupun, aku wat malam2.. kul 9 lebih br start bancuh sume.. Biasanya aku wat biskut jenis bulat2, tp tahun ni cam rajin lak nak mencanai n wat bentuk2.. Meh kita usha kuih raya yg dah complete:

1)

~ biskut Marmar Carries ~

Biskut ni mmg feveret aku dr dulu. Dapat resepi terus try wat. Rasa dia leh tahan.. Hihi.. lemak2 sebab ada susu tepung, dulu mak kau selalu order ngan arwah makcik sedara coz dia wat sedap giler.. sek ni ssh nk cr biskut ni yg sedap.. Better try wat sendiri, walau x sedap tp puas hati.. cumanya aku tak berapa nak puas hati, coz comot, acuan yg aku pakai kecik kot, lagi satu, topping dia x cantik coz x guna gula icing.. Cair lak tu, bila dah meleleh ke tepi senang la hangus gula tue.. Tak pe, 1sttime try.. Ada masa, leh try lg.. Hihi

Resepi tuk biskut tu aku amik kat cni.. Mohon copy & paste yg chef..

BISKUT MARMAR CARRIES
125 gm mentega
100 gm gula aising
1/2 sudu teh vanila
40 gm susu tepung
250 gm tepung gandum }

80 gm tepung jagung } ayak
½ sudu teh serbuk penaik }

Bahan hiasan
1 biji putih telur
120-140 gm gula aising }diayak (berasingan)
15 gm tepung jagung }
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat

1.Pukul mentega, gula aising dan vanila hingga sebati.
2.Masukkan sedikit demi sedikit susu tepung dan bahan ayak.
3.Uli hingga menjadi doh lembut.

4.Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk ‘hati’.
5.Sapukan hiasan ke atas biskut. Lorek dengan lidi koktel membentuk garisan.
6.Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
7.Untuk hiasan: Pukul putih telur dan gula hingga pekat.
8.Masukkan tepung jagung, kacau sebati.
9.Ambil 1 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna.

2)
~ Biskut Irish ~

Biskut ni firsttime aku dgr, tp tgk bhn2 dia sonang je, kebetulan ada lg bal shortening time wat karipap pusing hr tue. Tu yg aku belasah buat. 1 adunan leh dapat satu balang plastik tue. Biskut ni bila makan, cair di mulut.. Tu yg besh... Org x de gg pun leh makan..

Resepi tuk biskut ni aku amik dari dapur CMG.. mohon copy & paste yer..


Bahan A:-
180 g mentega
20 g shortening (lemak sayur)
130 g gula halus
1 kuning telur
1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)

Bahan B:-
200 g tepung gandum
100 g tepung sagu ubi
1/2 camca teh serbuk penaik
40 g nestum, dikisar halus

Bahan Hiasan:-
Kuning telur untuk sapuan
Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Insya Allah lepas ni, akan menyusul kuih2 lain... Itupun kalau keadaan mengizinkan.. hihi

~ Check up 33 weeks ~

Rabu lepas, aku ada checkup kat clinic. Sekarang kan 2 mgg sekali kena checkup. Aku pun dh masuk mgg ke 33.. Makin berdebar la plak.. Hihi.. Alhamdulillah, doc ckp bb dh duk dalam kedudukan ok.. Berat aku pun naik ckit.. cumanyer sekarang ni aku senang sangat cramp kaki. Kadang2 tgh2 malam dia datang menyerang, kalau sebelah2 ok lagi, ni kdg2 dua2 kaki dia serang. Dulu biasanya kat labu betis, sek ni kat tepi kaki lak. kat buku lali tue. Pedih yg amat.. Rasa nak nangis je..

Ni lak result checkup aku :

Berat : 60.5 kg
BP : 110/60

cumanya urine aku kotor.. Maybe sebb aku x byk minum air kosong. Lepas ni kena minum byk2 la.. Hihi

Preparation brg2 bb pun dah complete. Tinggal nak masuk bag n letak dalam keta je lagi. Semoga Allah permudahkan urusan ku.. Amin...


~ Hari ke-22 & 23 ~



Salam,

Hari ke-22 :
Disebabkan masih belum berkesempatan nak beli lauk, kitaorg decide bukak pose kat luar jela. Lagipun bagi meneruskan misi soping, kali ni soping handbag ibu & sandal raya tuk ayah. Lepas keje, aku g klinik tuk check up dulu. Alhamdulillah, x de org, so, kul 5.30 dh siap. Balik umah amik abg n Ahnaf, terus g Jusco. Sampai sana, pening lak nak buka pose kat mn, nak kena book awl2 takut full lak kan. Sambil2 jalan, nampak la plak Kenny rogers. Abg ajak bukak kat situ je. Book siap2, br msk Jusco. Sambil abg pilih2 sandal, aku usha2 baju gak. Ada gak yg berkenan tp kain t-shirt la plak. Jubah modern + design cantik. Cuma cam x berkenan kain je. Harga pun leh tahan.. Sayangnya, kain aku x berkenan.. Tengah2 duk memilih, anak teruna wat projek lak, patutla, duk diam je cangkung depan cermin.. Terpksa cr toilet tuk tuko pampers dia.

Siap bayar kasut abg, ktorg usha dept handbag. Rambang mata memilih. Sume nampak cun.. Ada yg berkenan, tp x de yg baru la plak. Kalau nak, kena amik yg dah display tue. Huhu.. Apa malang beno nasib aku, dah 2 kl kena camni. Frust lagi la jawabnya. Abg ckp, x pe, nnt kt cr kat lain.. Uwaaa...

Ahnaf lak nampak je menan, terus nangis nak g main. Ibu & Ayah dh x sabo nak buka pose. Nasib baik pujukan berjalan lancar, sebb ada bawak keta n moto dia. Huhu.. Tp x lama pun, bila dia ingat balik, terus ajak g main gak. Masa balik tu, terpaksa pusing ikut jauh sebb x mo bg dia nampak menan...

Balik dr Jusco, terus g Tesco beli barang2 dapur. Mmg dh licin habis. Sampai2 je Ahnaf terus mintak main moto.. Layan jela dulu. Sementara tu, aku usha baju.. Hihihi... asyik usha je kan.. Nak wat camne, ssh tul nak dapat yg berkenan. Tp sayang, kt Tesco tu x byk jubah, byk baju kurung je..

Balik umah terus flat.. Pagi tu hampir2 x terlajak. Sedar2 dah kul 5.12.. Masak nasi, n tlo mata jela... Huhu.. Abg lak request nugget.. Nasib baik leh tahan sampai ke ptg..

~ aksi Ahnaf & moto ~

Hari ke-23 :

Hari ni ngantuk giler. Aku rasa x pernah2 aku mengantuk yg amat sangat. Sampaikan leh terlena walaupun sambil duduk.. Huhu... alangkah beshnyer kalau dapat berurut.. Sure lega segala urat2 tersimpul. Nampak gayanya tgg urut dalam pantang jela. Huhu..

Balik umah, terus masuk dapur.. Menu hari ni, ikan cencaru belah belakang. hihi.. firsttime try, abg ckp not bad.. Pastu disebabkan dah lama terbayangkan puteri mandi. Lepas siap masak sume, aku bancuh tepung. Alhamdulillah, sempat makan ms berbuka. teringat lak puteri mandi nenek. Kalau kat kg, nenek selalu buatkan aku kuih tue. Time paling besh, masa nak gentel bulat2 tue. Kenangan manis zaman kanak2 x leh dilupakan.. Masih ada lg keinginan terhadap kuih yg lum dilunaskan.. Nampak gayanya tunggu balik kg jela. Sebab kat cni susah beno nak cr.. Meh aku list kan ek.. hihi :

1) Nek bak.. (tp aku ni suka makan yg kosong, yg x sira tue.. )
2) Kuih bakar mak

Mesti ada yang tertanya-tanya camne rupa nekbak tu kan? Jap ek, aku google gambo dia..


~ ha, nila rupa nekbak yg dah disira ngan air gula, sebelum sira, kecik je sz nyer & tawar je ~

Kalau yg dh disira ni, makan sejuk2 lg sedap... Erm.. meleleh lak air liur...

Lepas solat sume, aku sambung projek kuih raya. Hihi. Abg kuar g cr Musang King. X habis2 ngan musang king dia tue.. Huhu.. nasib baik Ahnaf sporting cuma nyer kejap2 dtg, " abg nk kuih ibu" adoila, x msk lg pun dh mintak nak makan.. Nasib baik ada biskut yg dah siap hr tue, bg jela.. Lagi mood raya kot Ahnaf tue.. Hihi.. Kisah biskut raya nnt aku wat kat entry lain yer..