click! click! click!

Tuesday, March 30, 2010

~ Air mata yang menitis ~

Semalam, aku rasa down sangat2... Aku sendiri tak pasti kenapa. Rasa sedih yang teramat sangat. Balik kerja semlm, cuaca dah makin gelap... Aku terus g amik Ahnaf umah bbsttr dia..Alhamdulillah, dia dapat sesuaikan diri dia.. Kepala aku pun dah berat, x sabar nk baring rasanya. Aku ajak la Ahnaf masuk bilik, tapi dia x nak, so, aku just baring kat luar. Tiba2, datang angin dia, mengamuk tak tentu pasal. Aku cuba slow talk ngan dia, apa yg dia nk, tapi dia melalak giler2, cam kena pukul, padahal aku tak wat apa pun, jentik pun tak..

Ahnaf menangis makin kuat, kepala aku makin berat. Aku just mampu duduk perhatikan dia. Aku dah tak larat nak pujuk dia, bila aku try peluk dia, pujuk dia, makin kuat dia nangis, tolak-tolak badan aku.. Last2 dia amik tupperware atas meja, lempar kat lantai, kutip n lempar lagi. Sambil mulut dia menjerit-jerit. Aku betul2 tak de tenaga nak wat pape lagi aku tersandar kat dinding.

Akhirnya air mata aku mengalir jugak. Aku cuba tahan, tapi empangan pecah jua akhirnya. Aku rasa letih teramat sangat dan jugak sedih sebb aku rasa bersalah sebabkan Ahnaf mengamuk.. Aku peluk dia kuat2, buat pertama kali, kami berdua menangis dalam satu pelukan. Yang aku lagi terharu, Ahnaf berhenti nangis walaupun masih teresak-esak dan dia sapu air mata aku. Ibu sayang Ahnaf sangat2 tau... Dia seolah-olah cuba pujuk hati aku, dia cuba tersenyum. baru aku sedar, anak aku dah besar... Dah faham perasaan ibu dia.. Dia masih lagi teresak-esak, aku cukup sedih bila sampai dalam tdo pun dia masih lg teresak...

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan iman dan kesabaranku dalam mendidik anak-anak ku. Aku perlukan lindungan dan rahmat dariMu buat kami semua...




Friday, March 19, 2010

~ Kenangan Mengusik Jiwa ~

Salam all,

Amboi, tajuk.. cam hampeh kan.. hahhaa.. x dela, dah dua hari g keje dgr Hot FM, topik psl main dulu2.. syok sgt dgr, trs sambil drive tu terbayang alam kanak2. hahaha.. betapa rindunyer nak kembali ke zaman dulu. Macam2 menan yg pemanggil bg tau.. hari ni lak siap dorang main getah kat studio tue. mesti happening giler.. Andai dapat kuundurkan masa...

Bila ingat kembali zaman kanak2 dulu.. and tgk budak2 zaman sekarang, rasa cam dorang rugi giler..Aku lak membesar di 2 daerah berlainan.. di bandar & kampung. memang berlainan la gak.. tapi lg happening kat kg, x sia2 aku ikut jejak langkah kakak & abg aku sekolah kt kg. Hihi.. sedangkan mak & ayah duk kat lain, aku duk ngan nenek & makcik aku.. Syok giler.. Masa kat kampung la aku kenal apa tu menan yg dinamakan "curi ayam". Bukan curi ayam hidup tau, tp mainan dia pakai getah cam zilofen tu gak la.. Lawan racing beskal sekeliling kg, siap wat corner baring tau.. akibatnyer, raga beskal sengget bengget.. balik umah, habis kena bebel ngan nenek sebab lutu n siku luka2.. hihi.. kenangan betul la.. walaupun calar balar sebab luka.. tapi tetap besh.. tu la kenangan yg bermakna zaman kanak2 aku..

Kalau bab main batu seremban ke, mmg aku kalah r. Aku paling tak pandai main tue. Klu congkak, aku lak juara.. Hik hik hik. Lagi satu, aku suka main syiling 1 sen. Syiling2 tu taburkan, pastu jentik la bagi kena. Yang ni jadi mangsanya, arwah atuk aku la. Tak pun, time rehat kat sek, main air, batu, darat, sapa tau menan ni? besh. Silap turun, leh terseliuh kaki masuk longkang. Lagi satu, menan famous time rehat, main rebut tiang, habis tiang kat koridor jadi mangsa kitaorg. Tak pun, g dewan, main galah panjang. Time ni mmg x tau malu, perempuan lelaki sume campur.

~ batu seremban ~

~ Congkak ~
~ galah panjang ~

all picture credit to Yahoo


Tapi kenangan paling sadis, aku tergolek masuk dalam longkang tepi jalan masa mula2 belajar main beskal. Masa tu klu x slp, umur aku 5 tahun. Tu semua gara2 abg aku r.. dah la kawasan umah aku tu berbukit, baru lak cabut 2 roda kat tepi tu, mana aku nak balance. Elok je abg aku lepas tangan dia, menonong je aku turun bukit, x yah nk kayuh2 dah, aku lak tgh blur x plak tekan brek.. Akibatnya, GEDEBUMMMM terjun dalam longkang, dgn2 beskal2 tindih aku.. Sakitnye, Tuhan saja yg tau. Nasib baik la longkang tu kering kontang, klu tak, mau bermandi air longkang aku hari tue. Kelam kabut abg aku g amik aku dalam longkang, yang hampeh nyer, leh lak dia gelakkan aku. Yang aku ni dah melolong menjerit sakittttttt... Tgk darah mengalir kat dahi, baru dia diam. Habis sume jiran kuar menyaksikan kemalangan tue.. Siap ada yg kata, ni paling tak, mau kena 10 jahitan, lg la aku menjerit. Ayah aku terus bawak g klinik, nasib baik x kena jahit.. tapi masa doctor nak cuci luka2 tu mmg sakit giler. Yelah, longkang penuh ngan pasir.. Huhu.. Nasib baik x de meninggalkan parut yg besar. kalau tak, makin jatuh saham aku.. hahaha.. Abg aku mmg kena lecture r ngan mak aku. Padan muka dia..

Tu x termasuk hobi aku suka panjat pokok lagi. Dulu sedara2 aku ramai lelaki. Bila balik kampung je ada je plan. Nak2 klu musim buah. Pokok duku n rambutan depan umah nenek la jadi mangsa. Tgk org naik, nak naik gak, last2 tak lepas nk langkah, GEDEBUMMMM jatuh.. Nasib baik x patah tulang. Eh, ni dah bukan lagi menan zaman dulu2, erm.. tapi kiranya, aktiviti zaman kanak2 la.. Lagi satu hobi aku mandi sungai. Fuyoo... mmg syok giler.. Nak2 klu tgh hari. Cuma satu je, mak aku x berapa kasi g mandi sungai sebabnya nak ke sungai ni kena lalu kawasan kebun2. Kalau tak de org, mmg sunyi giler la.

Aktiviti2 giler ni semua lepas aku duk kampung r. Masa aku duk ngan mak + ayah aku. Hobi aku main pupet kertas @ teddy bear. Pupet kertas yg ada gambar perempuan pakai spender n bra je. Pastu baju dia leh tukar2.. Yang ni aku selalu pow kakak aku suh belikan. Dulu, kakak n abg aku duk hostel, so, aku sorang2 jela kat umah. Mana tak boring. Tak pun, main ngan jiran2 aku je.

Walaupun aku dapat 'sakit' dari sesetgh menan yg aku main. tapi aku rasa seronok sgt. Agak2nya kan, klu kita main menan2 tu sek, mesti budak2 cakap, apa punya menan la tue. Huhu.. Yang dorang tau sek Wii, PS2, computer games je kan?


Monday, March 15, 2010

~ Sale! Sale! Sale!~



Salam semua...
Pagi tadi masa check e-mail, TERNAMPAK la plak ngan satu email ni.. TERUJA giler la plak rasanya, tp bila difikirkan balik, masa tak sesuai lg la nk beli barang2 tue semua.. ala, biasalah, perempuan, nampak je SALE.. mesti nk jenguk gak kan? x pe, ni aku letak cni, mana tau ada sapa2 yang berkenan.. hihi.. Sebab aku hold dulu perancangan nk menyoping barang2 ni.. banyak lg benda yg lebih penting.. meh ler cuci mana yer.. tapi kalau sapa2 yg TERBEKENAN, jgn salahkan aku yer.. check it out!!!!!!!


untuk maklumat lanjut, sila ke sini yer..

Friday, March 12, 2010

~ Alhamdulillah~

Salam all...
Alhamdulillah, Tuhan murahkan rezekinya pada kami sekeluarga. Seperti yang sedia maklum, kami dah pun memulakan bisnes kecil-kecilan. Setakat ni produk kami satu je, iaitu Cheese Tart. Hajat hati sekadar suka-suka, tak sangka lak mendapat sambutan. Bagi kami, ni rezeki anak-anak.. Kami akan lakukan selagi yang termampu untuk mencari rezeki yang halal. Alhamdulillah, saban minggu ada saja order.. Semoga rezeki ini akan berterusan, Insya Allah, ada rezeki, teringin nk menambah produk, tp buat masa sekarang, kekangan masa membataskan segalanya. Aku harus tumpukan kepada pelajaran yang lebih penting. Insya Allah, selepas exam nanti, aku akan cuba yang lain pulak.. Terima kasih Ya Allah, di atas rezekiMu pada kami semua... Semoga ia akan terus bersama kami.. Amin...





Thursday, March 11, 2010

~ Astrologi Anak Anda ~



Tadi aku saja jalan2 kat blog2 org.. tiba2 aku terpandang psl astrologi kat blog Baby Ibu ni.. teringat lak zaman remaja, selalu beli Majalah Remaja sebabnya nk baca zodiak.. lawak betul la.. ustaz selalu pesan x baik percaya, tp bg aku, benda2 ni sekadar menan.. klu kena tu kebetulan.. x de la obses giler2 sgt.. bila tb2 bc ni, cam menarik la.. check it out....


And Ahnafnyer zodiak is:::::::::::::::::::::::::::

disebabkan Ahnaf lahir 5 July, so ni la zodiaknyer.. klu ikutkan ramalan ni, lebih kurang la.. Ahnaf mmg cepat sensitif dan cengeng... Marah ckit dah meleleh air mata.. tapi ni sekadar ramalan je la.. tak leh percaya sangat.. cukupla sekadar hiburan.. hihi

~ Exam just around the corner ~

Betapa berdebarnyer hatiku ini... Final exam x sampai lagi sebulan.. Huhu.. Byk dugaan sem ni.. Apa yg aku harapkan, aku dapat lulus dengan jayanya.. X mo la kena extend bagai.. Dah la lama nak habiskan study ni, klu kena extend lg, bertambah lama la nak habis.. Huhu.. Tak sanggup aku.. Lagi satu, cepat habis study, cepat leh cari keje lain.. Hihihi.. Mudah-mudahan masih ada rezeki untukku.. Amin...

Wednesday, March 10, 2010

~ Peringatan Bersama ~

Salam All,
Actually, article ni aku dapat dari k.hana melalui Facebook, tp aku nk berkongsi ngan semua kat sini. Sekadar peringatan bersama.. lepas je aku baca article ni, aku bimbang sangat2.. macam2 cara org leh wat tuk dapatkan budak2 sekarang ni, terus aku teringat yang Ahnaf suka sangat jalan sorang2.. Ya Allah, selamatkan lah ankku dari malapetaka Mu Ya Allah...

"Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara.
Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah.

Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas."

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !


Saya ada anak kecik.. saya sayang anak-anak saya... mari kita lindungi anak-anak kita.. dari mereka yang tak sepatutunya..

Ya Allah Lindungilah mereka....Amin

Tuesday, March 9, 2010

~ Karaoke + Nasi Arab ~

Salam All,
Last week, kitaorg balik umah PIL. Dah lama x balik sana, rasa2nya dah dekat sebulan kot. Sepatutnya balik last 2 week tapi disebabkan last week diaorg demam, so, x kasi kitaorg balik. Takut berjangkit kat cucu kesayangan la demam tue. Mula2 ingat nak balik hari sabtu, sebab nak settle umah dulu, tapi abg ajak balik malam tu gak, yela, sebabnya ahad nk kena balik awal, isnin tu ada tempahan 120 pcs. Aku lak, balik keje tu pening giler. Maybe sebab perut kosong, pastu makan buah kundang je.. Baiknyer diet la konon.. Habis terkeluar semua. Ades. Balik je keje, terus melepek. Ahnaf pun main sorang2 je. Abang balik, barula aku bangun, perut lak keroncong giler2. Aku pun terus kemas baju n kemas umah ckit2, g mandi n solat. Lepas maghrib terus ktorg kuar. Aku ajak abg g makan dulu, sebab lapa giler n terasa n makan ikan bakar.

Sampai je kat kedai, aku order la ikan bakar, boleh dia cakp x de lak. Hampeh tul, dah yg ko tulis beso2 kat luar tu apa. Geram aku! Disebabkan lapa, aku order je siakap 3 rasa. Not bad la rasanya tp aku tak leh menghayati sangat, Ahnaf wat perangai. Sekarang ni dia klu nampak ada budak2, sure dia nk mainnyer. Huhu.. Selamba kodok je dia masuk dapur restoran tu sebabnya ada budak2. Nasib baik ada pelayan kedai tu sanggup layan dia jap sementara kitaorg makan. Makan pun laju2 la. Tak terasa pun apa yg aku makan. Sampai umah PIL dah kul 10. Ahnaf yg mmg dah caj bateri masa dalam keta, apa lg, terus aktif la. Sibuk nak main keta. Huhu.. Ibu dah letih nak oi.. Kul 11 lebih, paksa gak naik atas tdo. And as usual, ibu tdo dulu dari anak.. huhu

Hari sabtu x de apa2 yg besh pun.. biasa je. Pagi kuar g makan tosai kat warta bangi n then terus g amik BIL kat putrajaya. Lepak2 kat umah, tp biasala, mana leh tdo, terpaksa la tahan mata ni dari trs terttp. Ptg g pasr malam, belasah nasi kerabu sedap n malam g karaoke kat Alamanda. Hilang la separuh tension lepas melalak. wakakaka.. siap berebut mic dgn Ahnaf lagi tau. Sekali lg malam tu tdo kul 1 lebih.. Gambo nnt2 la aku mskkn coz amik gambo pakai hp je, camera lupa bwk.

Ahad lak, sure la bgn lmabt kan.. Hahaha. nasib baik PIl g mesyuarat PIBG. Kalau tak, kena cover gak. Baiknyer menantu ni.. Tengah hari tu, kitaorg g makan nasi arab kat Cyberjaya. Punya la ramai org, tapi mmg puas hati.. Sodap n murah. Cuma satu jela, kena pandai2 la chop tempat. After melantak, trs balik umah. Rehat2 jap n mulakan misi menyiapkan tempahan...


~ Alhamdulillah ~

Salam all.. Agak2nya kenapa la hari keje bukan 2 hari je n hari cuti 5 hari ek? Aku sangat2 nk hari cuti, x sabo nk tunggu hari sabtu n ahad. Dah 2 minggu asyik tdo lambat. Bila dah tdo lambat, pagi2, sure la mata ni rasa cam nk tertutup je.. ngantuk giler2.. Sampaikan semlm (isnin) aku amik half day sebab x larat giler nak bangun pagi. Huhuhu.. penangan cheese tart tul la. Tapi walaupun letih, aku tetap bersyukur, sebab masih ada rezeki untuk kami di bumi Allah ini. Ya kalian, kami sedang berbisnes kecil-kecilan cistat. Hajat hati saja wat suka2, tp x sangka ada sambutan.. Alhamdulillah, rezeki anak.. aku bersyukur sangat, ada suami yg bantu menyokong dan membantu aku. Ahnaf lak memang la makin manja sekarang ni.. Dia sensitif giler2 sekarang ni, kena marah ckit, habis meleleh air mata. Pastu tutup muka merajuk, lari kat ceruk2 duk diam2.. muka tunduk je. comel la plak aku tengok. Sebab tu makin ligat aku usik.. hahaha, teruk kan aku ni..


Thursday, March 4, 2010

~ Apa-apa ajer~

Cepatnya masa berlalu.. hari demi hari berlalu.. Tahun ni je dah masuk Mac, rasanya baru lagi kita sambut new year kan.. Sedar tak sedar, kelas aku sem ni pun dah masuk kelas yg ke-4.. huhu.. bermakna, exam just around da corner, tp apa persiapan aku?? Hmm... sem ni tak terasa sangat la. Sebab every seminar, ada je quiz, test and seminar 4 pd 14 Mac ni, merupakan kemuncak segalanya, tiap2 subject ada yg nk kena submit, assignment, test, oral, quiz n also need to do shooting for our project. Berbelit la lidah nk menghafal skrip drama nnt.. Ades... Aku cuma harap aku lulus dalam semua subject sem ni, x mo la extend2.. Maybe sebab awal2 sem hari tue, aku dah ponteng kelas kot.. hahhaa.. ni semua Cameron Highland punya pasal la, lg satu, kan masa tu aku baru keguguran, so, my mum x kasi naik tangga tinggi2.. (Alasan baek punya... )

Yela, start sem ni, kitaorg dah x leh parking keta kat faculty lg, so, kena park kat bawah n menapak naik bukit n tangga. Mengah woo, dah la menapak naik bukit @ tangga yg tinggi, sampai faculty, kena lg naik sampai tingkat 4 tuk g kelas.. Tak dapek aku bayang kan, klu dengan perut memboyot, nak menapak semua tue.. Aku ni pun sampai2 je kelas, terus cam terputus nafas.. Lelah giler..

Tapi ada gak perkara yg melapangkan dada, kitaorg dah start bisnes kecil-kecilan. Mula2 x de pun nk berbisnes, tp bila dah masuk order, kira bisnes la kan? hahaha.. Alhamdulillah, aku anggap ni semua rezeki anak.. Walaupun tak leh tengok lagi untung, at least, ada la jugak side income kan? Sekarang ni pun, aku tengah bertungkus lumus menyiapkan order disamping study. Thanx a lot to abg coz tolong gak wat tempahan... And for my little baby, thanx jugak coz faham ibu..



Monday, March 1, 2010

~ Ahnaf 19 month's ~

Alhamdulillah, sedar2 tak sedar, anak ibu dan 19 bulan. Kejap je kan masa berlalu. Tak lama lagi, umur Ahnaf akan meningkat ke usia 2 tahun.. Masih belum puas ibu memanjakan Ahnaf. Ahnaf pun makin besar makin banyak akalnya. Tapi sayang, ibu bimbang la dengan berat Ahnaf.. Sejak umur setahun, maintain je 10 - 11 kg.. Bila nak naik ni sayang. Nak kata tak makan, makan macam2, tp lepas tu, membuang pun banyak. Tapi ibu paling sakit hati, bila ada suara2 sumbang yang cakap ibu tak pandai jaga anak, tak pandai bagi anak makan, malas nk kasi anak makan, dan paling ibu geram, bila cakap ibu tak kasi anak makan! Ibu geram sangat2 tau. Macam la ibu ni ibu yang paling jahat dalam dunia ni. Bagi ibu, Ahnaf la segalanya bagi ibu, tak kan ibu nak biarkan anak ibu lapar. Ibu rasa nak menjerit je cakap " Anak aku dah makan!". Tapi apa yang ibu boleh buat kalau badan Ahnaf tak naik2. Maybe Ahnaf ikut keturunan ibu, metabolisme tinggi. Makan banyak tapi x naik2.. Bagi dorang, budak2 kena montel. Hello, kalau montel, x sihat watpe, baik x montel tapi sihat walafiat.

Pernah sekali, ibu kena gak paksa Ahnaf makan, sebab ada yang bersuara cakap Ahnaf tak makan lagi, padahal Ahnaf dah makan sebelum tue. Sampai termuntah-muntah Ahnaf sebab terlampau kenyang. Maafkan ibu sayang, ibu terpaksa, bagi puaskan hati org yang tak puas hati. Selagi Ahnaf tak makan depan mata dia, dia tak kan percaya yang Ahnaf dah makan. Ibu binggung sangat. Kenapa tak pernah bagi ibu peluang tuk jaga anak sendiri? Ada je yang tak kena dimata.. Anak ibu, ibu taula perangai dia, apa yg dia suka..

Buat Ahnaf, walau apapun kata2 orang, ibu akan pastikan hanya yang terbaik buat Ahnaf k. Ibu sayang Ahnaf lebih dari segalanya. Walau apa pun yang org lain nak cakap, nak kata, yang pasti, Ahnaf tetap anak ibu. Anak kebanggaan & kesayangan ibu..

Milestone's Ahnaf :
- perkara yang menggembirakan ibu, setelah lama menuggu mendengar sebutan 'ibu' dari Ahnaf, akhirnya terkeluar jua perkatan tu dari bibirnya.. I love you!!
- dah banyak perkataan yang disebut, antara perkataan baru Ahnaf car, lori, atuk, kokok, acik(nasi), ikan, ayam, akut ( takut), tido.
- dah pandai tukar cd, pasang cd player, tukar channel tuk video kat tv
- sedang mencuba tuk pakai & bukak suar & baju sendri
- pandai sangat berlakon, paling dia suka main tembak2, pastu berlakon cam kena tembak.
- time azan, semuanya kena diam, pastu dia amik sejadah kecik n kopiah, bentang kat mana2 dia suka, terus angkat takbir n sujud. sambil sujud sambil goyang bontot.. hahaha
- paling suka g kat bahagian ikan hidup kat giant @ tesco. Pastu sibuk 'takut' sambil pegang dada
- sangat jakun ngan ayam kampung, sepjg berada d kg, ayam la yg dia cari bila bukak mata dari tdo..
- kalau kena mood dia, pagi2 dia akan galas beg baju n pergi sndr umah bbstr dia. Ibu just tgk dr jauh. tapi kalau tak kena mood, ibu kena dukung hantar.. huhu
- sangat suka ngan baby, tak kira la dalam tv @ reality. Malah, budak2 baya dia pun, dia akan pgl baby..
- sangat suka ngan buku barney.. tapi cd dah bertukar ke Bee Movie

Ahnaf, ibu harap Ahnaf akan membesar n terus membesar menjadi insan yang berguna ye sayang. Ahnaf la anak kebanggaan ibu & ayah

We love you :

Ibu & Ayah

~ Anak yang berani @ penakut? ~

Salam wat ibu2 & bapak2 sekalian,
Pada pandangan kalian kan, anak yang berani lebih baik @ anak yang penakut lebih baik?

KISAH AHNAF :

Semalam kitaorg ke Giant. Seperti biasa, bila dah puas duk dalam troli, Ahnaf akan turun n nak jalan sendiri. Dia akan main jalan je, jenuh gak la nk mengejar. Sampai satu ketika, pak guard datang tny abg, "tu anak you ke?" sebabnya dia tgk Ahnaf cam jalan sorang2. Yang si Ahnaf ni, klu ada org lain yg melayan, mmg dia tak ingat mak bapak, kecualila, kalau dia sorang2, baru dia pusing cari mak ayah dia.

Semalam jugak, kat kedai binatang, dia pergi tengok kucing, ayah dia lak duduk tgk dari jauh dari kedai sebelah. Disebabkan ramai org lalu lalang n ajak dia sembang sambil tengok kucing tu. Dia ngan selamba je, tak ingat dah mana mak ayah dia. Ada pulak 2 org budak yang duk melayan dia. Dekat sejam perkara tu berlaku. Ayah dia saja nak tunggu dia nangis baru nak pergi dekat. Tapi tunggu punya tunggu, tak de nak nangis, malah lebih galak melayan org ramai. Orang lain lak yg panic tgk dia. Yelah, ngan x de mak bapak dekat dia.

Setelah aku fikir2, Ahnaf ni bukan setakat berani malah TERLEBIH berani.. Aku takut sangat klu dah macam tue. Yelah, ngan sapa2 pun dia leh pergi, leh layan. Ades.. mmg sangat2 membimbangkan aku la... Lepas ni mmg x dela kot aku nk kuar ngan dia je, takut tak terkawal aku. Ayah dia pun dah pesan suh extra careful. Tapi jenis Ahnaf ni, aku pernah gak usik dia, bila dia jalan sorang2, aku menyorok kat belakang barang, lepas dia pusing tgk aku x de, muka dia dah sememek. Sebabnya, x de org layan, cuba klu ada org lain yg layan, mau dia tak kisah gak..

So, conclusionnyer, anak2 yang berani @ penakut lebih baik? Bagi pendapat aku sendiri, anak2 yg berani ok, cuma jgn TERLEBIH berani. Itu sangat bahaya. Yelah, ngan sapa2 dia leh ikut nanti. Huhu. Anak yang penakut pun susah jugak kan? Ntahla, bagi aku, walau apa pun perangai anak kita, kita harus sentiasa perhatikan mereka. Dan yang paling aku bengang, kalau ada org luar yang masuk campur dalam urusan pendidikan anak2!

~ Hujung Minggu Yang Gembira ~

Sejak cuti CNY hari tue, mood keje lum pulih, yelah, klu dah cuti seminggu, mengalahkan org cina.. baru je mood nak datang, cuti lg 3 hari.. terus merudum balik. hahaha.. Tapi, aku gembira sangat sebab leh luangkan masa bersama keluarga tercinta di rumah sendiri.. Ikutkan plan abg, mmg nak balik umah PIL, tp disebabkan dorang semua demam, so, terpaksa cancel. Yelah, takut Ahnaf berjangkit lak nanti. Aku mmg lagi suka duk umah sendiri. Lebih bebas, lagipun leh kerjakan kain2 yg berbakul-bakul tue. Ahnaf la paling gembira. Ada je idea dia nk buli ibu & ayah.

Jumaat n Sabtu just lepak2 kat umah, nak keluar pun cuaca x menentu, kejap2 panas terik, petang lak hujan. So, habiskan masa ngan tengok CD. And sudah semestinya CD Bee Movie WAJIB dipasang hari2. Huhu.. Ahnaf2.. ibu n ayah ni dah leh hafal skrip dalam filem tu nak.. Ahad lak, aku ada projek baking. First order dari opismate ayah, 50 pcs cistat, alhamdulillah, rezeki dari Allah. Mula2 cuak gak takut x terbuat, tapi lepas bincang2 ngan Ct, aku yakin leh buat. Nasib baik mood Ahnaf elok, x kaco, n thanx abg coz sudi menolong gak. Buat Ct, thanx a lot yer.. Sebagai balasan tuk Ahnaf yg baik sangat, semalam kitaorg bawak dia main2 kat Giant. And ada kisah yg berlaku tau.. next entry aku cite.. Huhu...

Dan disebabkan dah tiga hari duk ngan ibu & ayah. Pagi ni, Ahnaf x mo g umah bbsttr.. Adus! melalak dia.. Padahal lepas mandi, pakai baju, minum susu, elok je, tp bila je kuar umah n tgk ayah g keje, terus melalak. Sudahnya, aku terpaksa dukung dia.. Ahnaf.. Ahnaf..