Alhamdulillah.. masih bernafas di bumi Allah ini.. hari ni aku ada checkup lagi & yang paling x tahannyer hr ni nak kena minum air gula. Selama ni, aku dengar je mimpi2 ngeri org2 yg kena minum, last2 aku pun kena gak akhirnya.. Selama ni terlepas baik punyer.. Ni semua gara2 melantak x hingat la, sampai berat naik mendadak giler.. tu yg terpaksa berhadapan dgn air gula.
So, pagi td aku TERPAKSA masuk lambat ke opis.. Sebabnya pagi2 nak kena g amik darah dulu. Dari semalam tu pose.. Bb dah kick2 tnd ajak makan.. dah siap amik darah, result 4.9, pastu sampaila saat2 yang dinantikan.. masuk je bilik tu, ada 2 gelas beso, satu air color ungu, satu air masak. Yang air gula tu punya la pekat dia bancuh, dah la ada sorang staff clinic tu tunggu je kat situ tuk monitor aku minum.. Dah dekat setgh gelas nk habis, doc tny pekat ke? aku jawabla pekat, dia amik air masak letak dalm air gula tue.. Huhu.. makin byk la nk kena minum. Mentang2 la dah x de patient, sume staff tu duk kerumun aku.. adoila.. Dalam seribu kepayahan, akhirnya berjaya gak aku habiskan.. Cepat2 aku minum air masak.. Tapi kat tekak still melekat rasa manis tue. Perut lak dah berdendang...
Kul 12.30 aku kena g lagi clinic tuk 2nd amik darah. Alhamdulillah, kali ni 4.4. So, aku harap lepas ni x de dah kena ulang minum lagi.. Huhu...
Kesimpulannya, aku nak kena control makan.. Lepas ni x mo naik byk2 dah.. Huhu.. ni la kenaikan berat aku :-
before pregnant - 47 kg
2 bulan - 49 kg
3 bulan - 50.5 kg
4 bulan - 52 kg
5 bulan - 55 kg
6 bulan - 56.5 kg..
total kenaikan setakat ni = 9.5 kg.. huhu

