click! click! click!

Friday, July 2, 2010

~ Sweet Cute Baby Smile Contest ~

Salam, today tetiba lak teringin nk mencuba nasib dalam contest " Sweet Cute Baby Smile Contest" anjuran Intankuterpilih & Baby Ku Cute Collection . Contest ni sempena pelancaran blogshop Baby Ku Cute Collection.   

Create your own banner at mybannermaker.com!


Create your own banner at mybannermaker.com!

Ku dah pun usha blogshop tue.. banyak baju2 yang comel.. Nanti ada rezeki, leh la aku pun sopping kat sana tuk si comel ku itew.. Okla, untuk contest ni aku pertaruhkan gambar anakanda ku ini.. jeng.. jeng.. jeng...
 
 
NAMA SI MANJA : AHNAF
UMUR SI MANJA : 2 TAHUN
NAMA IBU SI MANJA : AIN

Gambar di ambil pada hari selasa lepas, sewaktu Ahnaf dibuli menolong ibu melipat kain. Mekacih yer sayang.. Dari senyumanmu terpancar keikhlasan dalam membantu ibu mu ini.. terharu..  ;)
 
Okla, pada sapa2 yang berhajat nak join contest ni jugak, jangan lupa layari blog Intankuterpilih & Baby Ku Cute Collection yer.. tak rugi pun malah berbaloi-baloi, sambil join contest sambil cuci mata.. hihi

Oh ya, lupa lak nak bgtau syarat-syaratnyer : ( Copy Paste from Puan Penganjur yer )

1) terbuka kepada semua blogger  - DONE

2) buat satu entry bertajuk "Sweet Cute Baby Smile Contest". tajuk lain tak diterima okeh... - DONE

3) letakkan kedua-dua banner di atas pada entry korang tu.dan letakkan juga kedua banner di atas pada sidebar korang sepanjang contest nie berlangsung. - DONE

4) add blog intankuterpilih dan Baby Ku Cute Collections di dalam bloglist/blogroll korang dan wajib menjadi follower bagi kedua-dua blog nie... - DONE

5) upload sekeping gambar simanja... tak kesahla gambar anak ker, anak sedara ker, adek ker... boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger, tapi bukan simanja yang sama.dan sekeping gambar untuk satu entry. - DONE

6) make sure gambar tu menunjukkan si manja tengah tersenyum memandang kamera...diulang yea, tersenyum memandang kamera...taknak pandang lain selain kamera...gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio. - DONE

7) simanja hendaklah berusia 0 hingga 3 tahun. - DONE

8) di bawah gambar tersebut hendaklah disertakan NAMA SI MANJA, UMUR SI MANJA dan NAMA IBU. - DONE

9) pada entry tersebut, jangan lupa mention sekali blog intankuterpilih dan tolong promote Baby Ku Cute Collections beserta  link back sekali key... hehehe... DONE

10) bila dah confirm complete semua syarat di atas, sila tinggalkan link korang di ruangan komen entry nie... -DONE

senang kan syarat-syaratnya..??ala macam biasa gak yang korang selalu join contest tu...
2 orang pemenang sahaja akan dipilih, seorang dari kategori boboy, dan seorang dari kategori gegerl...
hadiah adalah berupa duit raya untuk si manja bernilai RM50 setiap seorang... 

aku akan lantik 2 orang juri profesional untuk mengadili contest nie...dan juri tersebut bukan dari kalangan blogger.

tarikh tutup pada 31 Julai 2010. 
dan pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.


~ Thanx Ahnaf ~

Salam Jumaat sekalian..
Hari ni aku free ckit coz dah settle submit tender n audit tax.. Lega la ckit.. baru leh bernafas.. Kalau tak, x de masa aku nak mengarang dalam blog kesayangan ni.. Oh ya, aku masih belum berkesempatan nak cerita pasal adik Ahnaf, tengok lah nanti bila aku ada masa yer.. Tu pun kalau vitamin M aku dah kurang. Lagi satu, sekarang ni, aku dah x leh duk lama2 atas kusi.. Senak rasa perut.. 

Oh, ya, back to da topic.. Kelmarin, aku sempat la jenguk bilik kain.. Mak oi, sebeban kain yg lum lipat. Selama ni asyik basuh je, bila dah angkat terus masukkan dalam bilik kain. Tak leh jadi ni. Baju dalam almari pun dah kosong.. Balik keje, terus aku kerjakan kain. Nak lipat dalam bilik macam boring, so, aku pun nak bawak kuar la coz nak lipat depan tv. Kain tu kan byk, nak angkat dgn bakul tak larat. Nasib baik ada pembantu kecil yg sentiasa sudi menolong ibu.. Thanx Ahnaf.. Semoga Ahnaf sentiasa rajin menolong ibu yer... Luv u cayang..




~ Sports Club Family Day ~

Salam olls...
Act, n3 ni dah lama dalam draft..disebabkan malas sangat nk edit gambo tu yang asyik terperam je.. hihi.. 


Back to the topic.. Family day ni berlaku pada 12 & 13 June lepas. Kalau ikutkan badan yg letih coz br balik dr Terengganu minggu sebelum tue, mmg tak sanggup, tp bila fikirkan Ahnaf, kesian lak dia. So, teruskan jugak la program. Sepatutnya ktorg bertolak kul 7.30 am coz budget sampai sana around 10 am. Biasala, ada anak kecik ni, dah siap awal2 pun, nk kena makesure gak sume keperluan dia ada. Kang naya x tentu pasal. Pung pang pung pang, kul 8.30 am br ktorg kuar umah. 

Alhamdulillah, jalan clear je.. Ktorg sampai sana dalam kul 11 am. Okla kan, x de la lari sangat dr jadual. Lepas reg kat kaunter HSBC and amik tiket masuk. Kitaorg lepak kat restaurant dulu, coz nak tgg lunch, br masuk air..  Ahnaf yg awal2 dah tukar swimming suit mmg tak duk diam la lepas tgk org lain main air.. Hihi..
~ muka budak tak sabo nak masuk air ~


After lunch, br ktorg masuk air.. orang punya la ramai. Dah la cuaca terik giler2.. Tempat duduk pun main tumpang2 je.. Aku memang serah kat abg je tuk control Ahnaf, tak larat weh nak control dia. Nak2 masa dalam air. Dia lak ada hati nk g tempat dalam, dengan ombak lagi, kang ngan aku2 yang hanyut.. Hihi.. Dah la aku tak pandai swimming.. :( .. Memang excited giler Ahnaf. Kitaorg lepak kat satu tempat je. Malas nak jelajah kat menan2 lain. Sayangnya, aku lupa nk bawak beli sunblock, ingatkan ok la kan, x macam g pantai, rupanya2 huhu.. habis ktorg terbako... Ahnaf lak merah2 muka n tangan dia.. huhu.. Sory sayang.. so, sapa2 nak g sana, sila bawa sunblock yer.. Coz kat sana mmg panas giler.
~ budak yang tak tau erti penat.. ~


Kitaorg lepak dalam air ada la dalam 3 jam, kul 3 terus ke Carribean Bay Suite tuk check-in. Lagipun dah penat giler kan. Travel from KL, main air lagi, mmg mata ni dah ngantuk giler2. Ahnaf mmg dah layan tdo, masuk keta tak sampai 5 minit pun dari themepark ke hotel tue, dia leh terlelap lak. Letih sangat-sangat la tue. Sampaikan aku terpaksa duk sila atas lantai riba dia yg ketiduran.. Hahaha.. Yang herannya, masuk bilik, terus segar, siap explore lagi dalam bilik tue. Ibu n ayah dah x larat, paksa gak dia tdo coz nnt nak siap2 tuk g dinner lak. Kang ada budak yg menjerit dalam hall tu nanti..
~ nila rupa bilik kami tdo.. okla, setakat semalam je kan.. lgpun ktorg dapat bilik yg menghadap jalan, kat depan bilik ktorg jalan masuk ke animal farm, pastu ada kereta kuda lg.. ~


Petang tu bangun tuk siap2 g dinner. Nasib baik mood Ahnaf ok je sepanjang dinner tu, diumpan lak ngan goodies bag yg penuh ngan menan.. Mc malam tu Dee jangan ketawa tue.. Ada performance from Dina, meletoopp... tp x de nak amik gambo, coz malas nk g depan pentas.. hahaha.. Kitaorg duk sibuk makan je. Duk sana 2 hr penuh aktiviti makan je..  ada lucky draw tp x bernasib baik. Dalam kul 11 kitaorg blah, org pun dah ramai balik. Majlis pun dah sampai ke penghujung, kesian ibu Ahnaf asyik menguap je. Oh ya, lupa lak, tema malam tu Fantasies of Night. So, ada la gak yg pakai ikut tema. Ada witch, angel, princess, firaun, shrek, dracula, naruto n macam2 la. Tapi aku berkenan satu couple tu pakai costume Shrek n wife dia, Shrek tu siap ngan perut gendut lagi. Memang berbaloi la dorang pakai camtue, sebb menang best dress for the night.


Masuk bilik masing2 pengsan sampai pagi. Lepas subuh sambung balik. Sedar2 dah kul 8 lebih. Kelam kabut mandi n bersiap coz nak g breakfirst. Breakfirst sampai kul 9 je.. Nasib baik dia dah asingkan. Rupa2nya ramai lg yg lambat dr ktorg.. Hahaha.. Pagi tu ada indoor games tuk adult n kids. tapi kitaorg x join, sebb mata berat lagi. Lepas break1st msk bilik tdo balik.. Hahaha.. Check out kul 12. Tapi kalau dah ada budak yang bernama Ahnaf, x de maknanya nak tdo.. Kita pejam mata, dia sibuk gerak balik. Dah bagi pensel n kertas pun x layan, habis cadar dia conteng. 
~ tengokla dia duk kaco ayah tdo ~


Before check out, ktorg tunggu k.Munira & family kat lobby.. Wah.rayyan sungguh pemalu dat day. Geram je tgk dia, sengih je memanjang. Rayyan.. rayyan... 


Lepas lunch, masing2 bertolak balik ke KL. On da way tu, ayah sempat lagi berhenti makan durian. Aku awal2 dah warning, nak beli, letak bonet n jgn bukak air-cond. Tak tahan bau dia. Pening. Last2 dia makan kat situ gak. Tak habis makan, letak dalam tupperware. Tapi tetap kena letak kat bonet yer. Hahaha.. Aku n Ahnaf sementara tunggu abg layan doyan, kitaorg layan snap pic tepi jalan.. ekekke

 
Berakhirnya la episod family day 2010. Walaupun penat tp syok giler.. Bila anak seronok, kita pun turut seronok kan.. Sampai KL tak terus balik umah, tp g Melawati lak, sebb tiba2 tekak ni teringin nak makan nasi arab.. Hihi..