click! click! click!

Monday, November 30, 2009

~ Tahniah k.faridah - update~

Entry ni khas buat k.faridah a.k.a ibu Irfan Zakuan yg telah selamat deliver second baby sabtu lepas. Welcome world Muhammad Irsyad Zafran!.. semoga dengan kehadiran orang baru, dapat memeriahkan lagi rumahtangga yang dibina.. Pic later k, lupa nk bwk hp.. huhu...

Ok, ni gambar bb k.faridah... Comel kan?



Wednesday, November 25, 2009

~ My Bestfren Wedding ~









Salam semua.. dah dekat seminggu x sentuh blog ni. Bukan apa, vitamin M terlampau byk dalam diri aku ni. Huhu.. Tambah lak dgn keje2 yg bertimbun, lg la teruk.

Okeyla, jumaat lepas, aku balik kg dgn menaiki bas ekspress. Aku balik sorang je, tupun sebab nak attend kenduri kawin best fren aku sejak sekolah menengah dulu. Abg aku ada tanggungjawab lain sek ni, sepjg permergian mama & papa dia ke Mekah, dia la yg kena pikul tanggungjawab tue. So, nak tak nak, aku naik bus jela sorang. Nak angkut Ahnaf sekali x dapek kot, dah la naik bus, sorang2 lak tue. Ahnaf pun x berapa sihat kan.. Aku balik pun tak lama, sampai pagi sabtu, g kenduri n malam tu balik KL balik. 2 malam aku tdo dalam bus, sakit badan tak yah cakap la.. huhu..

kenduri ni kat Felda Mengkawang. Yang nk dijadikan cerita, kitaorg terpaksa meredah banjir tau. First jalan yg ktorg lalu, terpaksa patah balik coz jln tutup, terpaksa ikut jalan hutan bagai.. huhu.. Mmg adventure betul la jln tu, ngan bukit tinggi, bengkak bengkok lg, sempit n kiri kanan hutan.. Hujan on & off.. Sampai2 je sana, trs jumpa membe jap, makan n trs blah. X sempat nk tunggu dorang bersanding coz takut x leh balik lak.. huhu.. lastly, for Naemah & Hafiz.. Selamat pengantin baru, semoga bahagia ke akhir hayat..



~ tunang org, bini org, mak org ~


~ menunggu si suami ~

~ flower girl yg comel2 ~


~ suka pelamin ni.. simple but cantik ~


~ antara hantaran pihak perempuan ~


~ rombongan pengantin lelaki~


~ me wit wafiq, my sis son ~




Thursday, November 19, 2009

~ Mengantuk + boring giler!!!!!!! ~

Hari ni walaupun aku terlajak tdo, tapi aku juga alami mengantuk tahap giler2 nyer sekarang ni!! Mencik.. Konon2 aku layan la keje, ingt leh wat hilang ngantuk tapi x berjaya! makin ngantuk adala.. Dari aku asyik silap amount, better aku layan benda lain. Rupanya2 melayan angka2 leh watkan mengantuk aku lebih parah. Ada opismate aku suh minum nescafe.. Tima kasih jela, kang x psl2.. trs aku terbaring atas meja. Mmg x leh blah dah ngan nescafe.

sapa ada petua kasi hilang nganruk? tolonglah aku ni!!! Huwaaa.........


~ Tag by Intan ~

Tadi aku jalan2 kat blog membe2, sampai kat blog K.Ieda, bc dia kena tag, tgk2 kat bwh, alhamdulillah, aku x de dlm list. Bila baca blog Intan, ada lak nama aku, nak tak nak aku kerah gak ingatan ni tuk selesaikan tag ni..

List 5 expensive baby-related product i don't regret buying.
(Definition of expensive is something priced 200 onwards)

1. Set buku from Grolier - mmg leh pakai sampai bila2, coz selain buku Bahasa Inggeris, dia ada set pengetahuan am sekl. Setakat ni, Ahnaf baru khatam set Barney.

2. ---

3. ---

4. ---

5. ---

* Tak de dah kot coz aku x suka beli brg2 mahal. Non ada budget lg satu, jenis aku, klu berkenan ok je, x kisah murah @ mahal, yg penting, selesa, n leh pakai. tp tgk kualiti gak la..

List 5 cheap baby-related product worth buying.

(Definition of cheap is something priced 200 below)

1. Walker- senang aku nk wat keje umh n nk suap dia mkan, letak dalm walker, kunci roda, pastu psg lagu2. x sdr hbs semangkuk. tapi sek dijeling je walker tue.. hahha

2. almari baju Ahnaf - aku beli yg 5 tingkat, so, senang nk asingkan, baju harian, baju tdo n baju jalan.

3. ---

4. ---

5. ---

* Dah x leh nk fkr la apa lg, sebab nk ckp stroller, pakai yg mil kasi.

List 5 baby-related product i regret buying.


1. baby carrier - mmg pakai berapa kl je, coz Ahnaf x suka, dia lebih suka kita dukung + peluk dia. Lagi satu, cam sakit bahu lak bila pakai benda alah tue..


* erm.. ni je yg aku ingt buat ms ni..klu aku ingt lg nnt, aku update k..so,part yg aku suka dah sampai.. hahaha

Sesiapa yg rasa namanyer ada di dlm list kat bwh ni.. Sendiri mau ingat la yer.. hahhaahhaaa

1) K.ejja
2) Nae
3) K.ayu
4) K.muni
5) K.liza
6) K.T
7) K.yatie
8) K.Faridah

hahahhaa.. sila jalankan tugas masing2 yer!


~ Kelam kabut ~

Hari ni aku terlajak tdo! Huhu.. Ntah camne leh terlajak la.. Sedar2 dah kul 8.30 pg! Ya Ampun.. subuh sah2 la terbabas kan? Huhu.. Letih giler rsnya. Semalam, kitaorg kuar g OU, pastu makan kat TTDI. Kul 12 sampai umah. Ahnaf lak asyik terjaga coz batuk n letih jogging dalam OU tue..

Sebenarnya pg td aku dah mimpi lewat bangun taw. Tu lebih teruk, siap kul 10 lebih baru bgn.. Ntah camne, Ahnaf kacau mimpi aku, aku tgk la hp, tgk2 dah kul 8.30! kelam kabut bangun siap2 sume. Abang pun terkocoh-kocoh siap. Camne la leh terlajak giler ni. Ahnaf tgk ibu ayah cam lipas kudung. Pas siap2 brg Ahnaf, terus hantr dia g umah bbsitter. Melalak lak dia nk ngikut aku. Ades.. Minggu ni, pg2 je wat perangai.. Ntah kenapa, dia x mo lak g umah bbstr, pdhal anak akak tu awl2 dh siap tunggu dpn pintu ngan menan2..

Dan paling haru, 3 minit lagi nk sampai opis aku, abg cal, tny kunci umah! Huwaaaaaaaaaa, nak nangis rsnya. Terpaksa patah balik hntr kunci! Semalam, aku amik kunci abg coz nk bukak peti surat.. terlupa nak letak balik. Satu keje lak, nk kena harung 2x jam pagi ni.. Sampai2 opis, kul 9.. terlewat setengah jam. Nasib baik x kena bebel.

Moral of the story : Jangan suka tangguh tuk bgn pagi..Bukan takat 5 minit, tp 2 jam lor!!!!!! Huhuhu


Wednesday, November 18, 2009

~ Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur~

Semalam, aku cuti coz nk hantar PIL aku berangkat ke Tanah Suci. So, kitaorg kuar umah dalam kul 9.30 pagi coz nk kena amik kuih yg maktok tempah dulu kat Sri Gombak. Lepas dah amik kuih, kitaorg pun gerak ke umah PIL kat Bandar Sri Putra. Sampai je sana, terus makan nasi, yela, lapo giler. Padahal pagi tu dah makan roti canai, ntah camne perut aku meragam lak, habis sume kuar. Ahnaf lak apa lagi, klu dah kat umah Oma dia, duk exercise turun naik tangga jela, letih aku mengejar, dah 2,3 kl tergolek pun dah serik2.. huhu..

Jiran2 PIL aku ada lagi g umah petang semalam. Aunty2 & Uncle husband aku sume tunggu kat Kelana Jaya coz dorang g dari opis memasing. So, yg gerak dari umah satu keta jela. Lepas asar terus gerak coz takut jam. Sampai2 je Kelana Jaya, orang dah ramai, tapi nasib baik ada tempat kosong, so, leh la duduk2 melepak. Ahnaf yg baru bangun tdo, terus ternanga coz tgk org ramai beno. Dah la hujan lebat, kesian aku tengok yg ada anak kecik sume tue.

Lepas maghrib, baru la adik beradik MIL aku sampai. Apalagi, kecoh la suasana kat situ. Ahnaf lak duk ralit tgk belon2. Last2 uncle abg belikan Ahnaf satu belon. Before tu, ayah dia dah belikan dia pistol bubble. Tapi belon gak idaman hati dia.

Ikutkan jadual, check in kul 9.30 tapi kat kul 11 baru check in. Sume org dah letih. Anak-anak kecik lak dah mula wat perangai coz panas+letih+nak tdo. Termasuk la Ahnaf sorang tue. Akhirnya kul 11, selamat la my PIL masuk check in kat Kelana Jaya tue. Yg lawaknya, Ahnaf siap menangis nak ikut Tok Pa dia. Tangan melambai, tapi mulut duk panggil. Masa salam pun, dia suh dukung.. Lepas je dorang masuk check in, kitaorg trs balik, sampai umah PIL kul 12, pastu, terus gerak balik gombak hantar maktk n baru la balik umah kitaorg, kul 1 lebih baru la sampai umah. Terus flat, ngan Ahnaf2 flat.. Pagi tadi rasa cam mata ni digam.. x leh bukak lor..

Buat Mama & Papa, semoga semuanya selamat disana, dan selamat pulang ke tanah air bersama haji yang mabrur. Semoga dipermudahkan segala urusan di tanah suci dan dianugerahkan kesihatan yang baik. Amin..

Jom kita layan lak gambo2 yang sempat aku amik..


~ muka marah coz dah kepanasan ~


~ minum susu dulu tuk tenaga! ~


~ my luvly son ~

~ wit oma, cubaan melepaskan diri dari ditangkap ~


~ Ngan Tok Pa.. pantang tok pa duduk, mulala mengendeng ~


~ Ngan ayah, mata sibuk duk tgk budak2 main belon ~


~ ngan ibu lak.. susah betul nak amik gambo dia ni.. huhu ~


~ ngan Pak Ngah~


~ mama ~


~ Papa~


~ Them ~


~Jom Minum susu! ~

Bulan lepas, aku ada terima hadiah dari nestle. Aku pun x pasti aku masuk contest apa. Tak silap aku, ada jd fan Nestle dalam facebook, tapi apa2 pun, mekacih yer Nestle coz kasi susu free. Tau2 lak stok susu aku dah habis.. ekeke.. Jom kita tengok apa yg aku dapat..


~ Ni sampul before dibuka.. comelkan riben tu, cam real jer ~


~ bila dah buka, ada la benda alah ni.. satu tu frame tuk lekat kat peti ais,
lagi satu susu ~


~ sikit je sample susu ni, 3,4 kl wat dah habis ~

selalunya aku minum susu Dutch Lady, tp bila dapat Nesvita Omega Plus ni ok gak. Lagi satu dia leh turunkan kadar kolesterol dalam badan, mn tau, tahap kolesterol tinggi ke tak. Baik amik langkah berjaga2.. Bila aku dah try minum, besh lak rasanya, malam tu gak g cari susu tue kat Giant. Tambah besh lak, bila dapat free mug. Siap beli 2 bungkus lagi, satu tuk Maktok abang, satu tuk aku, tapi mug dua2 kitaorg amik.. ekekeke..

So, pada sapa2 yg rasa punya kolesterol tinggi, selain dari makan oat, try la minum susu ni gak. Kita sebagai ibu2 perlu jaga kesihatan demi anak, somi & family. Hihihi

~ Resepi Tiramisu - updated~

Atas permintaan, ain sertakan Resepi Tiramisu, mmg simple giler n wat benda alah ni. Sapa2 yg hantu cheese leh la try coz mmg penuh lemak berkrim, disukai ramai.. hihi..
ok, meh kita check bahan2 dia.. Act, resepi ni ain amik dr blog diana
Bahan :

250g cream cheese
250g whipped cream
100g gula ( leh kurangkan klu x suka manis sgt )
nescafe 3 in 1 dibancuh ngan air
cocoa powder
biskut ladyfinger @ swiss roll @ sponge cake

cara2 :

1) pukul cream cheese + 50 g gula hingga gebu
2) pukul whipped cream + 50 g gula hingga gebu
3) satukan 1 & 2, kacau hingga sebati
4) susun biskut ladyfinger @ swiss roll @ sponge cake dalam bekas
5) renjiskan air nescafe
6) tuang sebahagian bancuhan 3 td dan ratakan
7) susun lagi biskut ladyfinger @ swiss roll @ sponge cake dalam bekas
8) tuang lagi sebahagian bancuhan
9) ratakan bancuhan cheese bahagian atas tadi
10) sejukkan semalaman dalam peti sejuk
11)sebelum dihidang, ayak cocoa powder tebal2 diatasnyer

sedap di makan sejuk2..



~ Ni la gambo Tiramisu Ain.. ~
selamat mencuba;)

Monday, November 16, 2009

~ My Weekend ~

Setelah 2 minggu berturut2 weekend aku penuhi ngan buku2.. last weekend, aku tumpu betul2 kat family & rumahtangga la. Balik kerja hari Jumaat, aku dah start kemas, vacuum, basuh & lipat baju. Biasanya hari sabtu baru aku start, tp disebabkan sabtu tu aku nk balik umah PIL, terpaksa bergotong-royong hr jumaat gak. Si kecik pun ada menolong "mengemas" gak.

Malam tu sambil aku melayan Nur Kasih, aku prepare bahan2 tuk wat Tiramisu. Dah lama teringin nk wat tapi tak de masa nk g beli biskut lady fingers. Lagipun cheese dah lama dalam peti ais tue. So, lepas je exam hari khamis tu, dalam hujan lebat aku g Ikano, coz kat sana ada Cold Storage. Nasib aku baik, coz dorang tgh wat promotion. Hihihi.. Tiramisu ni senang giler, cuma bab makan, kena sabo ckit, coz nk lebih sedap, kena letak dalam fridge semalaman dulu. Huhu.. So, nila hasil Tiramisuku.. Tiramisu ni gak sempena celebrate Anniversary kitaorg.. Jimat kos maaa..



~ Abaikan kecomotan cocoa powder tu yer.. ~

~ Ni lak keje my hubby..~

Aku yang memang hantu cheese ni, pagi sabtu tu break1st ngan My Tiramisu.. ekekeke.. lawan lak ngan Teh Chamomile.. Ades, terasa seperti di awan-awangan.. hahaha.. Lepas break1st, berdesup aku prepare brg2 nk bwk balik umah PIL, before tu, kena pick up Mak Tok dulu kat Gombak. Sampai2 Sri Putra, PIL x de, kitaorg lepas makan tu, cam boring giler. Tiba2 adik ipar aku ajak g Alamanda, dia nk jumpa kawan2. Mula2 cam malas, tapi cam besh gak, so, aku cakap kat abg, aku & Ahnaf nk ikut.. Hihi.. (muka x malu.. ekekeke..lantakla..yg penting, boringku hilang).

Sampai2 Alamanda, ya ampun, ramainyer manusia. Majoriti budak2 sekolah la.Mentang2 dah habis exam, sume berfoya-foya.. Erm.. budak2 zaman sek.. huh.. Sementara adik ipar aku merayau-rayau ngan member2 dia. Kitaorg saja g gatal mulut beramah mesra ngan dealer2 Nissan. Hahahha.. Sempat la relax2 dlm Slyphy, Latio & Livina. Siap tny loan, monthly payment bagai taw.. Belinya x tentu.. Wakakkaa.. X pela, kesian gak dealer2 tu x de org nk melayan.. Act, mmg aku & abg berminat ngan Lation @ Livina.. but not dis time la. Non ada budget maaa... Lagipun keta sek ni baru 2 tahun, elok lagi..

Lepas dah hbs soal siasat ngan dealer tue, g lak kat tempat menan. Apalagi si kecik tue, menjerit2 la suka. Ayah dia pun sama suka, coz leh layan Daytona. Dulu zaman muda2 ( sek pun still muda taw ;p) kitaorg selalu lawan Daytona. Of cos la aku "pemenangnyer".. hihihi
Jalan punya la laju, siap terswimming lagi tengah2 laluan. Nasib baik x melalak. Siap sengih lagi kat budak2 yg gelak kat dia. Ades.. Hari mmg betul2 window soping je le.. nak soping, terpaksa tahan, budget dah hbs lor. Balik tu, baru soping kat Pasar Malam. hahaha Soping kat pasar malam baru besh.. Manyak syok woooo itu makanan...

~ muka budak yg excited ~

~ mula2 naik takut, bila dah naik, x mo turun.. fenin fenin ~

Friday, November 13, 2009

~ Ahnaf lagi! ~

Entry ni pun pasal tuan putera tu yer.. hahaha.. Yelah, ibu dia dah lama simpan cite dia..Hihi
Video ni ibu amik masa konsert Idola Kecik ahad lepas. Sibuk dia cari mic masa mula2 konsert ni start, tapi sayang, tak lama leh amik video coz memory dah penuh.. Jom layan...



~ Perihal Anakku ~


Aku rasa sudah agak lama aku tak post entry pasal anakku yang sorang tue.. Yela, selama ni aku
bz yg amat.. Lagipun, web browser aku dulu ada problem, dulu aku pakai Opera, but now, aku dah tukar Safari, ok la.. cam besh gak.. IE & Mozilla jgn sebut la, lembap nk mam****... huhu..

Act, cite ni aku rasa 2 mgg lepas kot. Biasanya weekend, memang kitaorg kuar la bwk Ahnaf jejak tanah... Almaklumlah, duk umah tinggi di atas awan. Ekekeke.. Tapi weekend tu, aku bz sesangat, start pagi tu aku kemas umah, settle kain baju. Pas dah siap masak, bz study lak, husband aku pun sama, kena siapkan assignment dia. Kesian gak kat Ahnaf, so, aku janji la, klu tak hujan petang tu, aku nak bawak dia g taman. Macam faham2 lak dia, tengahari tu pas makan, trs tdo, konon2 nk charge battery la tue. Petang tu dalam kul 5 dia bangun, senyum lebar je. Ades, budak ni ingt janji ibu la tue.. Aku pun siap2kan la dia. Kuar2 umah je, hujan rintik. Hubby aku tny nk masuk balik ke ?( pintu lum kunci lagi tau). Ahnaf dah wat muka sedih je. Aku cakap, kuar jela. Dalam keta tetap x tau nk g mana, last2 hubby aku g Jusco Metro Prima. Tak de nak beli apa pun, g sana, just g area permainan budak2.

Yela, dah niat pun nk bawak Ahnaf main2 kan, bagi la dia naik menan2 kat situ. Mula2 keta gerak, menjerit gak. Biasanya dia naik keta yg kecik je, sekali hari tu, ayah dia letak kat keta beso.. Jom layan gambo2 dia..

~ Mula2 naik, dah start nk jerit, mata duk cari ayah je ~


~ terpaksa ayah naik sama, naik baik beso.. tap berat sebelah la.. haha ~


~ kiss from ayah.. like dis pic ~



~ naik ni ok lak,, padahal pusing2. ~

~ tetap cari ayah dia.. anak ayah sungguh! ~
~ saya suka baca buku! Amin.. ~

n the last one... muka budak yang tengah melalak.. wakakaka




~ Aku sudah merdeka! ~

Yahooo... akhirnya setelah 2 minggu aku bertungkus lumus habiskan masa tuk study, aku berjaya jugak menjawab keempat-empat paper exam.. hahaha.. aku suker gilerrr.. lepas ni leh la aku habiskan masa tuk family n umah lak. Selama 2 minggu ni aku betul2 x de masa tuk anak aku, kesian dia.. Yela, balik keje, masak n kemas umah ckit2 ( kemas dapur sbnrnya, umah dah mcm tongkang pecah).. lepas dah bagi makan sume, aku serahkan tugas melayan Ahnaf kat ayah dia.. Aku berkurung dalam bilik depan menelaah apa yg patut. Maafkan ibu sayang.. tapi sek, ibu dah habis exam, leh la kita berpoya-poya.. hahhaa..

Act, hajat di hati nk g jalan2 tp hubby punya tanggungjawab yg besar start next week. PIL aku nk berangkat ke Mekah Selasa ni, so, segala tanggungjawab terhadap adik2 ipar aku, semuanya terserah kat my hubby. Maybe every weekend, kitaorg akan balik ke rumah PIL aku la. Kalau hari2 ulang alik g kerja dari sana, mau pengsan tengah jalan.. Yela, rumah PIL aku hujung sana, opis kitaorg hujung cni.. huhu..

So, buat kakak2ku yg nk wat xtvt hujung minggu, maybe den x leh join ler.. Apa2pun, rindu bangat nk duk sama2, berguling sama2.. hahaha.. lawak seh.. pantang jumpa, ada je lawak yg kuar..


Monday, November 9, 2009

~ Another 1 paper ! ~

Fuh.. lagi satu paper aku harus tempuhi before MERDEKA!!! Yuhuuuuu!! x sabarnyer nak merdeka.. Banyak benda dlm kepala otak aku ni. Byk wedding nk kena attend tp sumenyer kat Trg. Kalau balik kg, leh la g, klu x.. huhu.. ucapan Tahniah jela sampai.. Ramai plak yg nak kawin akhir2 tahun ni kan? dah la musim banjir. Hrp2 umah membe2 yg akn aku terjah nnt x banjir.. Kalau tak, mau bersampan bagai pengantin berarak. Aku doakan semoga semuanya selamat.. Amin..

Aku harap sangat leh lepaking ngan akak2 a.k.a membe2 ku.. Dah la rasanya x duduk bergusipan sama2.. Last semua duk sekl, tu pun x de k.ejja.. Masa bukak pose umah k.liza tu la.. Bulan pose yg lepas. Huhu..

" Kakak2ku, meh ler kita kuar bersuka ria sama! "

Okla, x de mood lak nak sambung taip. Esok hari yg istimewa bagiku.. Tapi x tau nk celebrate kt mn n mcm mn lagi.. Huhu..

Friday, November 6, 2009

~ Kejadian di wkatu petang ~

Mak oi tajuk.. cam apa je kan.. Anyway, mmg kejadian ni berlaku 2 petang berturut2..

Kejadian pertama :

Rabu petang, 4/11/09, Jam 5.15 petang

Siap je keje, aku pun kemas2 la bag n barang2. Tak sabar nk balik ni. Cuaca pun ok je petang tu, tak hujan. Sampai kat keta, aku pun start la enjin. Tup2 x hidup la plak. Rilex lagi, try lagi, ttp x hidup.. just bunyi 'tik',je. adess.. aku dah gelabah giler.. Rest jap, try lagi, lagi n lagi.. Tetap x hidup gak. Aku terus cal abg, dia suh cari jumper tuk recharge battery. Opismate aku pun tny la sorang brother ni, nasib baik ada jumper. Nak sambung lak problem, coz keta aku kena block ngan keta lain.. Huhu..

Bila je keta belakang tu lari, sorang brother ni nk adjust la keta aku. Tiba2 dah leh start la plak. Alhamdulillah, brother tu ckp battery ni mcm terkejut la, tp klu mati, x leh start balik.. Ades.. Aku dah pening, pagi2 khamis aku ada exam. Kedai confirm dah tutup petang2 ni nak tuko battery. Tapi, selamat sampai la umah aku. Boss aku lak, escort je aku dr belakang, takut2 keta mati tgh jalan..TQ Mr.Ng..

Kejadian 2:

Khamis, 5/11/09, 7 p.m

Disebabkan aku x berani nk drive keta ngan battery yg nyawa2 ikan tue ke Shah Alam sorang2. Abg hantar aku g exam, pas hantar aku br dia g tukar battery. So, alang2 dah cuti, kitaorg amik kesempatan tuk g dating jalan2 ngan Ahnaf. Lagipun abg cakap, lawyer ada cal suh g sign document. Lepas zohor tu, aku g amik Ahnaf trs g KL. Ya Ampun, klu aku yg bwk keta, mau x bergerak.. Opis hour pun jem giler. Dah la lapo giler, dr pagi tak makan..

Siap je urusan kat KL, aku ajak abg g Giant Kota Damansara, teringin nk mkn nasi beriani la plak. Fullamak, besh giler nasi beriani JM Beriani,jumpa lak tea 3 layer, lebih kurang cam teh Sarawak la kot. Aku teringat psl teh yg k.muni cite. Mmg besh la, lupa jap yg tekak aku sakit n selsema..Hihihi..Rasa dia cam cendol ckit2...

Ades, dah melalut la plak. Back to the topic.. Kitaorg balik la dr Giant, tiba2 dgr riuh rendah kat floor umah. Rupa2nya ada meeting tergempar. As jiran, tny la khabar kan, rupanya petang semalam, ada 3 buah rumah yg dimasuki perompak. Ades.. siang2 hari tue. Salah satunya, rumah depan umah bbstr Ahnaf. Kira2 kejadian tu berlaku dalam kul 3 lebih la. Coz masa aku amik ahnaf dalm kul 2.30, pintu elok lagi tertutp. Tapi menurut tuan umah, brg2 beso x de yg hilang, brg2 kecik x pasti la plak, coz dia cam fobia, yela, husband lak outstation. Umah2 lain x tau takut ada yg hilang kan. Depan umah tu bersepah2 bekas Solex yg dia cungkil. Pencuri2 sekarang ni berani betul la. Siang2 hari pun jadi. Yela, time tu kan sunyi, budak2 dah balik sek, masing2 duk dalam umah. Kiranya lebih kurang keta opismate aku hilang gak r. Kul 3 lbh gak.. Time sume bz dalam opis, dia pun bz mencuri..


~ Hepi 16 month's besday! ~

Happy 16 Month's Besday my dear Baby...

Semoga Ahnaf akan terus membesar dengan sihat dan cergas... Tapi sayang, sekarang ni dia diserang batuk n selsema.. Huhu..Tapi ibu tabik la.. Ahnaf tak merengek.. makan ubat pun tak berperang..cuma klu ibu yang bagi cam ada je wat perangai. klu ayah yang kasi, siap leh hisap2 lagi ubat kat syringe tue.. huhu.. Anak ayah betul..

Milestone Ahnaf :

* Dah 2,3 kali panggil ibu.. Walaupun asyik panggil ayah, tapi terubat la jugak bila dengar time sedih pangil ibu...
* Cukup suka dengan handphone, klu sapa2 offer hp, automatik dia akan ngendeng ngan org tue, walaupun pd mulanya dia x mo layan
* klu dah pegang hp, mula2 cakap "Elo"..
* kuat sangat merajuk sekarang ni, klu marah ckit, mula la.. ades..
p/s: ayah ckp, ni ikut perangai ibu.. yg kuat majuk! wakakkaa
* suka flying kiss n bye bye org, klu dlm keta kat traffic light, dia main bye bye je kat org sebelah, klu org x tgk, siap tepuk2 cermin keta.. peramah sungguh!
* kuat makan tp bdn x naik2.. kdg2 lepas makan pn, mintak susu lg.. ni pun ikut ibu.. maintain je.. hihihi
* dah boleh hrp buang sampah, lap lantai. klu dia tumpahkan nasi @ air, cepat2 dia g amik tisu nk lap, walaupun x bersih, tp kita ttp kena bg semangat, klu bab sampah, kdg pen @ apa2 yg dia rs nk buang, dia akan buang.. jgn buang duit ye nak..
* ptg2 weekend tau je nak kuar..siap amik kasut n nk bukak pintu.. perangai ni ikut ibu & ayah yer..
* bab study lak, klu bacakan buku barney dia ckp suka, pendek kata, klu bab barney, mmg faveret dia la.. dgr je lagu barney, siap joget2 n sengih lg..

Sebenarnya seronok sangat tengok perkembangan anak. Tapi klu fulltime housewife lg syok kan.. yela 24/7 anak depan mata kita. Apapun.. syukur sangat Ahnaf dah membesar sampai tahap ni. Kdg2 tak dinafikan, dia kita bimbang bila dgr anak org dah tau abc, suka baca buku, tau tu, tau ni.. tapi kita kena sedar yang setiap kanak2 perkembangannya tak sama.. Kita kena sabar n tekun membantu mereka dalam proses pembesaran...

To my beloved son

IBU & AYAH LOVE YOU SO MUCH!!!!!!