click! click! click!

Monday, May 4, 2009

~ Cerita hujung minggu lagi.. hihi ~

Hari sabtu x de apa2 program, lgpun my hubby and maktok cakap x yah masak. Pagi tu aku just goreng nasi. Hari tu dapat la aku study Statistic lak. yang aku geramnyer, apa yg aku pegang tula, Ahnaf nak amik. Padahal aku dah bagi dia kertas, dia tak layan pun, habis nota2 aku dia tarik2. Dia ni memang suka mengemas, pantang tengok atas meja ada barang, siapla. Tapi tengok la kt bawah meja lak, mesti bersepah. Kadang2 tu aku sengaja sakat dia, letak barang2 yang dia x leh amik, tapi dia usaha gak amik, siap jinjit kaki lg nak capai. Sepanjang hari, dapat la aku study sambil selang seli ngan melayan karenah budak tecit tue. Malam tu ktorg g hantar maktok balik gombak. Ingat nak layan AIM lak. Tapi cam x besh la plak rasanya.

Hari Ahad lak, awal2 lagi aku dah kena gerak ngan Ahnaf, dia basah rupanya. Baru aku ingat, aku tak tukarkan pampers dia sejak malam. nasib baik x bocor, klu x, kena basuh cadar lg la ibu. Aku pun kemas2 umah sikit, kain masih blm ku sentuh sebb aku x larat nak sentuh, klu dah sentuh mmg x leh berhenti, so aku dah promise ngan my hubby, lepas exam aku akan settle keje2 umah yang tertunggak. Nasib baik my hubby agree. Bila dah bangun tu, mmg dia ajak main la, suka dia sebb 3 hr ibu n ayah ada kt umh. Klu x, pagi2 dah g umh org, blk petang lak, main kejap, pastu dah masuk tdo. Kesian dia.. tapi nak wat camne. Ikutkn hubby aku mmg dia nak suh aku duk umh je. Tp aku masih lum bersedia, bukan apa.. Yela, aku dah penat2 belaja, x kan nk duk umh je. klu aku dapat keje freelance aku opis di rumah, baru aku akn duk umh jaga anak. Itula, kisah aku selama cuti 3 hari. erm.. conclusion nyer, aku masih x puas cuti 3 hari!!!!!

~ Cerita Hujung Minggu 2 ~

Cita hari jumaat lak. Aku bangun pagi2, yela, dah ada tetamu, x kan nak membuta lagi kan? hihi.. Aku pun wat la bubur budak tecit tue dulu, pastu panaskan mee hailam semalam yang maktok bawak, kemas umah lg ckit2, act, umh aku ni cepat berdebu, yela, dah nama pun tepi sekali. Pastu bawak kuar lauk2 dr peti ais. Hari ni maktok cakap nak ajar aku wat masak lemak cili padi. Yelah, aku kan x berapa lepas lagi bab2 masak ni. Klu setakat yang simple2 tu leh la aku wat, tp yg agak2 complicated ni nak kena berguru lagi, n my hubby lak suh aku berguru ngan maktok n kak rona, maid my mil. So, aku pun siap2 kan la bahan2 yang nk dimasak atas arahan maktok, bila aku dah blend sume n prepare bahan, baru je nak masak, my little prince dah memanggil, my hubby pun take over my place, dia lak yg masak. Aku pun konon2 nak tdokan la Ahnaf, tapi dah hbs menyusu pun x nak gak tdo2. Rupa2nya dia nak ayah dia la plak hr ni. My hubby tepuk2 ckit je, dah terlena. Adoila. Tapi yang harunya, ngam2 ayah dia nak g solat Jumaat, dia bangun, x sampai sejam pun tdo. Aku pun bagila dia makan bubur, mak oi, x cukup satu mangkuk, nak tambah lg. Patutla makin berat anak ibu ni. Layan dia main ckit2, pastu bg mandi, bg dia btl2 penat, barula dia tdo lena. Kali ni no more tepuk2, no more nenen, just golek2 terus terlena. Alamak! dah setengah hari ni, tp tak study lg. Aku pun g mandi, solat and amikla buku nak study.Just study past year paper n answer je. Tgk teknik2 menjawab dia. Tapi faham2 la klu dah bergolek atas katil tu, mula2 study la, pastu nampak bintang2 berkelipan.. Tapi habis gak la semua topic aku cover.. hehe Faham ke x, aku x tau.. wakakaka.. Tak de la lama pun aku tdo, setengah jam je. Yelah, klu dah semua membuta, aura tu sampai gak la kan? Kul 5.30, aku bangun mandi, solat. Tiba2 rasa lapa, patutla, baru aku ingt, aku x lunch lg. My hubby cakap aunty dia nak datg, aku ingt 1 family je. Rupanya2 2 family yg dtg. Kitaorg ingt nk wat mee goreng je, dah diaorg x nak. Malam tu konon2 nk makan kt Restoran Muhibah, kt TTDI. Lupala plak, cuti umum, tutup la kedai tue. Pusing2 area TTDI tu, x tau nak makan kt ne. Last2 uncle suggest makan area ktorg. Adoila, sedekah tol jela kitaorg malam tu. hahahha, kul 10 lbh sampai umh, aku sempat la study ckit2 lg before zzzzzz....

~ Cerita Hujung Minggu~

Hi all.. Rasanyer lum terlambat klu nak wish Selamat Hari Pekerja. Semoga performance makin bagus yer. Apa cer cuti lama? bagi aku, cuti 3 hr hari tue biasa jer. x de la banyak aktiviti, coz aku kena study tuk exam lagi 3 paper dis week. adoi la! Petang Khamis tu, my hubby cakap, malam kang nak g amik nenek dia, coz nenek dia nk datang duk umh kitaorg. Terkejut beruk aku, yelah, ingatkan pagi jumaat baru nak g amik, ngan umah bersepah2 lagi. Biasala, bukan aku x kemas, tapi kalau bab2 lipat kain, vacum n mop, aku tunggu hujung minggu je. Dengan badan letih yang amat, aku gagah kan jugak la, bangun, kemas kat depan and bilik tamu, pastu vacum and mop. Lepas dah siap semua tu, kemas dapo sikit2. Nak lipat kain, rasanya dah tak terdaya, aku amik semua kain2 dalam bilik tamu tu, masukkan dalam bakul kat dalam bilik kitaorg. Pas maghrib, my hubby g la Gombak, amik nenek dia, aku and Ahnaf duk umah je tunggu. Tapi anakku itu, pantang x nampak sikit, mulala merengek, sampaikan time nak mandi pun, mandi ckit, jenguk kepala, main cak2 ngan dia, pastu sambung mandi lagi. Time solat lak, bagi dia sejadah satu, duduk la dia tertonggek-tonggek kt sejadah tu.. nak tergelak pun ada. Tunggu punya tunggu, my hubby cakap lambat ckit sebb nenek dia g masjid. Erm.. perut pun lapo, td x masak apa, coz my hubby cakap x yah masak. Apa aku nak mamam ek. Nak masak rasanya memg tak larat dah, nasib baik ada "teman baikku", apa lagi klu bukan Maggi.. hehehe.. Aku pun masakla Maggi, tapi dah x leh makan la, perut dah masuk angin, x sampai separuh pun makan. Aku pun buatla milo panas. Ahnaf dah layan Barney. Aku pun amikla buku Math 112, ingat nak study sikit. Dalam kul 9 lebih, Ahnaf dah merengek, nak tdo. Dia nak nenen la tu, aku pun bawakla dia masuk bilik, bagi dia tdo. Erm, kalau dah baring tu, faham2 jela..dengan aku2 sekali hanyut. Hehehehe.. My hubby balik dalam kul 10.30, dia kejutkan aku, salam ngan nenek dia, pastu kena turun lagi amik barang, mak oi, punya la banyak barang maktok ni. Dalam mamai tu, nasib baik la x jatuh tangga.