click! click! click!

Tuesday, June 30, 2009

~ Marble Chocolate Cheese Brownies ~

resepi ni ain copy paste dr FP kak rinnchan je.. mintak halal yer..
sapa2 nk try, gud luck.. mmg x mengecewakan tau.. cedap sesangat...

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


~ Hobi terbaru ~

Salam ols... lamanyer x jenguk cni.. huhu.. Bizi yang teramat.. alhamdulillah... semuanya dah settle.. Account pun dah siap.. leh la rilex2 ckit.. tapi x jugak sebenarnya.. lagi 2 minggu, aku akan masuk sekolah balik.. last week aku dapat result sem lepas.. alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana memberi aku rezeki untuk meneruskan pengajian ku.. Last week kira merupakan minggu yang meletihkan jugak la..Last week jugak, aku attend 2 interview. Tapi yang sedihnyer dua2 temporary post... nak wat camne, tak de rezeki lagi la..

Oh ya, aku nak kongsi hobi terbaru aku. Akhir-akhir ni kan, aku suka sangat browse website, FP and blog2 masakan.. Macam-macam resepi aku dah print, tunggu nak try je.. hahaa. Nak wat camne, dulu aku mana la suka masuk dapur.. upppss... bukan tak suka, cuma tak berkesempatan. yelah, dari form 1 sampai form 5 aku duk hostel, g makan je kat dewan makan. Balik umah lak, biasala, budak duk hostel mestila nak cover tdo la kononnyer.. time kolej lak masa duk umah sewa, klu time rajin, kitaorg masak la sama2, tp time malas, makan je kat kedai depan umah.. hihi. aku lak jenis klu masuk dapo, tak suka org lain ada. Kalau ada org lain kat dapo, otomatik aku malas, tp klu aku sorang je, rajin la aku nak wat eksperimen @ cipta2 resepi. Bila dah kahwin ni la, baru aku sibuk2 nak cari resepi n belaja masak.. Act, klu lauk pauk tu dah banyak aku try.

Tapi kali ni aku nk cerita pasal aku try wat Marble Chocolate Cheese Brownies. Act, projek ni dah 2 minggu berlalu. Dah lama duk meleleh air liur tgk kat FP k.meen. Bila dah duk terliur je, aku cakapla kat hubby ku yang aku nak order ngan k.meen. Hubby ku lak cakp, y not aku je try wat. Ha? aku pun terkejut. Erm.. mmg dah lama aku tak wat kek sejak kes kek coklat hr tue.. Bukan apa, klu hr cuti Ahnaf mmg ssh nak tdo, masa bl la aku nak buat cake. Time dia tdo, aku nak kena wat keje lain. Tapi memandangkan hubby ku dah cabar aku. Malam tu g tesco, aku beli la cream cheese n buttercup. Semangat berkobar-kobar ni. Hr sabtu tu pun aku mulakan misi aku. Lunch kitaorg hr tu spagetti bolognese je, hubby ku yang masak. Dengan tak de mixernyer, nak tergelak pun ada, nasib baik x de pukul2, just cream cheese je kena pukul sampai kembang. Pakai tangan jela jawabnye. Resepi ni senang giler rupanya. kejap je dah masak, lgpun tak yah timbang2, sukat pakai gelas je. Mmg sesuai la ngan aku yang 'M' ni.. Memang syok la wat brownies ni. Kebetulan hr tu owner umah datang, langkah kanan la dia. Mula2 kau takut gak nak hidang, yela, dah la first time try, aku pun dah rasa la camne. Masak je brownies tu, diaorg sampai, mmg tak sempat sejuk, masa potong pun melekat lg sebab tak sejuk lagi. Nasib baik diaorg cakap sedap.. kembang semangkuk aku.. ekekeke..
'
'
'
taaaaadaaaaaaaa!!!!!!!!

~ Ni la cubaan pertama ku, sedikit messy kan.. halalkan je.. ~


Project ke - 2

Last week, aku baru dapat resepi kek coklat kukus yang best sesangat.. So, aku pun mulakan misi aku lagi. Kali ni pun resepi yang senang.. Pssstttt: sebab senang la aku cuba. ekeke.. Tetap tak de adegan pukul-memukul ye.. Semua campak2 pastu kacau and then, kukus sampai masak. Rasa dia not bad, lembap lagi.. Aku cukup hantu klu bab coklat2 ni.. Hubby ku kurang ckit, dia lg suka kek carrot.. Disebabkan aku pun bukan makan byk mana, aku suka buat je.. aku bagi la kat bbsttr Ahnaf ckit..


~ Ni hasil kek coklat tu.. Bahagian ni je yg tgl kat umah.. ~