Semalam, separuh kebahagiaan kami diragut dengan berita sedih... Akhirnya, harapan tuk dapat 2nd baby hancur berkecai. 21/12/2009, secara rasminyer aku diumumkan kehilangan kandunganku. Aku rasa baru lagi aku mendapat berita gembira ni pada 9/12/2009. Apapun, kami redha dengan dugaan dariMu Ya Allah... mungkin benar kata orang, Tuhan nak bagi yang lebih baik... Aku pasrah, walaupun harapan bergunung tingginya... Bagaimanapun, Ahnaf adalah pengubat duka kami...
9/12/2009 - setelah 3 hari aku lambat period, badan aku lak lemah giler, asyik muntah n pening2.. so aku wat UPT kat umah.. n result dia +ve.. Malam tu aku g klinik tuk confirmkan ngan doc, wat lagi upt coz bila doc scan x nmpk..
11/12/2009 - dalam tengahari, aku mula bleeding, tp darah fresh... aku terus g klinik, doc just bagi ubat tuk kuatkan rahim..
12-21/12/2009 - darah on & off.. aku just berdoa je semoga kandungan aku selamat... aku just fikirkan +ve, walaupun kdg2 terlintas perkara -ve..
19/12/2009 - start kuar sarung, daging + tali2.. aku sendiri tak sedar, sebab aku tak rskan sakit yg melampau, daging tu pun kuar masa aku tgh jalan2 kat pasar malam...
21/12/2009 - disebabkan kejadian tu berlaku masa aku kat kg, ahad lak bila balik, klinik tutup, so, isnin baru aku g klinik.. doc scan n ckp incomplete abortion.. n refer kes aku g hosp
malam, aku br leh g hosp coz org wat dapur dah ada.. Aku sampai sana, kul 8.30, siap daftar semua n refer kat gynea dlm kul 9, aku tunggu lebih 3 jam dlm bilik before doc dtg check.. huhu.. kesian Ahnaf.. doc check dalam 1/2 jam jer.. bila doc scan n check kat bawh.. doc ckp x yah wat d&c.. aku lega la coz takut giler kena wat d&c.. doc ckp blh balik.. n aku dapat mc 7 hari, n next monday, aku kena g lg spital tuk repeat scan.. Aku harap dalam ms seminggu ni, semuanya dah bersih.... Apapun, aku akan terus ingati anakku yg pernah ada dlm kandunganku ini walaupun hanya 6 minggu...