click! click! click!

Thursday, December 24, 2009

~ Home Sweet Home~

Sedar tak sedar, dah hampir seminggu aku x g keje.. Aku dapat rasakan bila kau balik kerja nnt, mesti banyak giler nk kena wat.. huhu.. almaklumlah.. akhir tahun.. Duk umah pun, aku x leh luangkan masa ngan Ahnaf, coz dia terpaksa hantar ke umah babysitter. Bukan x mo dia ada kat umah, tp keadaan diri aku & keadaan umah yang berdebu. Untuk kesihatan dia jugak, aku x mo dia terdedah dgn debu orang wat keje.. Sorry ye Ahnaf, ibu cuti tapi x leh nak main2 ngan Ahnaf..

Yang paling besh, esok mak aku nak datang.. huhu.. rindu giler.. ahad ni lak PIL aku balik dari Mekah.. Insya Allah, next week, klu pjg umur, aku nk balik kg.. yahooo... syok giler..

Tuesday, December 22, 2009

~ Dugaan Buat Kami.. ~

Salam buat semua..
Semalam, separuh kebahagiaan kami diragut dengan berita sedih... Akhirnya, harapan tuk dapat 2nd baby hancur berkecai. 21/12/2009, secara rasminyer aku diumumkan kehilangan kandunganku. Aku rasa baru lagi aku mendapat berita gembira ni pada 9/12/2009. Apapun, kami redha dengan dugaan dariMu Ya Allah... mungkin benar kata orang, Tuhan nak bagi yang lebih baik... Aku pasrah, walaupun harapan bergunung tingginya... Bagaimanapun, Ahnaf adalah pengubat duka kami...

9/12/2009 - setelah 3 hari aku lambat period, badan aku lak lemah giler, asyik muntah n pening2.. so aku wat UPT kat umah.. n result dia +ve.. Malam tu aku g klinik tuk confirmkan ngan doc, wat lagi upt coz bila doc scan x nmpk..

11/12/2009 - dalam tengahari, aku mula bleeding, tp darah fresh... aku terus g klinik, doc just bagi ubat tuk kuatkan rahim..

12-21/12/2009 - darah on & off.. aku just berdoa je semoga kandungan aku selamat... aku just fikirkan +ve, walaupun kdg2 terlintas perkara -ve..

19/12/2009 - start kuar sarung, daging + tali2.. aku sendiri tak sedar, sebab aku tak rskan sakit yg melampau, daging tu pun kuar masa aku tgh jalan2 kat pasar malam...

21/12/2009 - disebabkan kejadian tu berlaku masa aku kat kg, ahad lak bila balik, klinik tutup, so, isnin baru aku g klinik.. doc scan n ckp incomplete abortion.. n refer kes aku g hosp

malam, aku br leh g hosp coz org wat dapur dah ada.. Aku sampai sana, kul 8.30, siap daftar semua n refer kat gynea dlm kul 9, aku tunggu lebih 3 jam dlm bilik before doc dtg check.. huhu.. kesian Ahnaf.. doc check dalam 1/2 jam jer.. bila doc scan n check kat bawh.. doc ckp x yah wat d&c.. aku lega la coz takut giler kena wat d&c.. doc ckp blh balik.. n aku dapat mc 7 hari, n next monday, aku kena g lg spital tuk repeat scan.. Aku harap dalam ms seminggu ni, semuanya dah bersih.... Apapun, aku akan terus ingati anakku yg pernah ada dlm kandunganku ini walaupun hanya 6 minggu...


Thursday, December 17, 2009

~ Contest Aksi Ceria Si Comel Bersama Stereng ~

salam...
Hari ni aku nk try masuk contest Aksi Si Comel Bersama Stereng. Dah lama tgk contest ni tp x de masa je nk wat entry.. Sok dah last day, so, aku mencuba nasib la ni.. Disebabkan anakku ini mmg ler hantu stereng, aku harap contest ni sesuai beno la ngan dia.. hihi..

Gambar2 Ahnaf ngan stereng byk, sampai aku pening nak letak yg mn.. So, aku pertaruhkan gambar-gambar kat bawah ni.. Wahai barisan juri, sila2 la menilai gambar2 di bawah ni yer..


~ ni masa kat tesco selayang ~



~ suka dapat stereng~


~ erm, nak g mana ek ~

~ muka bangga la tue.. ~

~ iyah.. sshnyer nak pusing ~

~ ha, dapat pun pusing ~

~ bye.. Ahnaf pergi dulu ~

~ malu2 lak.. hihihi ~

Nama Anak : Ahnaf
Umur : 1 tahun 5 bulan

Ahnaf ni memang la suka beno ngan stereng. Especially stereng kereta, pantang tempat driver tu kosong, laju je dia duduk. Bila dah dapat stereng, apa lagi, terus la pusing2, sambil mulut dia duk bunyik2.. Gambar 1 tu masa kat tesco selayang, walaupun dicontrol leh ayah coz Ahnaf x pandai nak tekan minyak + control stereng lagi, tapi tetap bergaya dia pegang stereng tue.. Konon2 dia dah pandai drive. Gambar2 lain lak masa menunggu enjin kereta panas. Siap cangkung lagi tu nak pusing stereng..


Antara syarat2 contest :


Copy banner kat atas ni boh kat sidebar korang berserta ngn link contest. Takde link otomatik tak layak... [DONE]

Jadi follower blog daku...Jangan segan2 eh... [DONE]

Umur anak antara 0-3yrs. Terbuka kepada boy & girl.

Upload gambar anak berserta dgn aksi sterengnya. Letak nama dan umur, pehtu korang cerita laa serba sedikit pasal gambar tu...Tak kisah laa stereng ape pn jnji STERENG.. [DONE]

Upload berapa banyak yg boleh, tapi hanya SATU gambar terbaik akan dipilih utk dipertandingkan.... [DONE]

Kalau korang ada 2 org anak...boleh je...tp takleh gambar bersama kena gambar sorang2. Nnt susah nak wat keputusan..

Setelah syarat kat atas ni complete, sila laa tinggalkan link korang supaya senang daku nak terjah.. [DONE]

Tarikh tutup contest : 18 Disember 2009 @ 10pm

Wednesday, December 16, 2009

~Anak Itu Kupu-Kupu Syurga~

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."


~ Aku merinduinya ~

Saat dan tika ni, aku rindu sangat2 pada seseorang. Dialah teman, sandaran aku, pautan aku tika aku lemah. Tapi sekarang semuanya seakan berubah.. Walaupun dekat, tapi aku rasakan kami makin jauh. Aku rindu saat2 dulu.. Ya, aku faham, masa yang berlalu tak akan berulang lagi.. Masing2 sibuk dgn urusan sendiri... Aku rindukan gelak tawa, senyuman, saat bersamamu..

~ Kenapa ngan aku sekarang???? ~

Sekarang ni aku cepat beno terasa. Air mata ni murah sangat2. Ada je yg aku nak terasa, nak sedih.. Aku sendiri x faham ngan diri aku.. Apatah lagi org lain kan? Maybe sebab byk sgt benda dalam kepala otak aku ni. Tapi apapun, aku harap sangat ada keajaiban yang Tuhan akan beri pada aku. Apa2pun, aku terpaksa tunggu 8/1/10 ni untuk tau segala keputusan.. Keputusan antara hidup & mati.. Dan sepanjang menunggu keputusan ni, aku akan tetap tak tentu arah. Mungkin aku akan ketawa, tersenyum, tapi dalam hati ni Tuhan je yang tahu. Aku perlukan kekuatan untuk hadapi semua ni.. Aku letih sangat2.. aku rasa nak berehat panjang.. g jalan2, lupakan segala masalah..tapi mampukah aku? aku hanya insan biasa.. Yang tak lari dari kesilapan.. Apa2pun, aku berdoa semoga segalanya berjalan dgn baik dan akan memberikan aku keputusan yg gembira.



Tuesday, December 15, 2009

~ Hepi 17 month's bufday Ahnaf! ~

Ahnaf dah beso! Tula yg org akan ckp. Tapi ada gak suara2 sumbang asyik cakap Ahnaf makin kurus.. huhu.. Siap ckp aku x bg anak makan la apa la.. Anak aku, aku tau la, x kan aku nk bagi dia kebulur, mmg la bukan setiap hari aku wat bubur kat Ahnaf. Aku mengaku, aku ni bukan jenis ibu yg suka masak makanan2 special tuk anak. Lagipun sekarang Ahnaf dah beso, so, dia pun suka makan nasi ngan lauk telo goreng. Kononnyer aku ni x pandai jaga anak la apala.. Lantak la! yang penting aku tau apa yg aku buat, tak kan semua cara nak didik anak, aku kena ikut satu2.. Aku ada cara aku sendiri, aku percaya, setiap ibu ada cara tersendiri didik anak masing2. Aku tahan je tiap kl kena cerca coz aku still hormat. Ikutkan nafsu aku, mau je aku menjawab. Zaman dulu n sek ni lain. Memang Ahnaf jenis makan suka main2.. tak duk diam, tapi klu kena cara, elok je habis semangkuk nasi. Kononnyer aku ni malas nk layan dia makan la. Huhu. Anak aku, aku tau la perangai dia! Hishhh... geram aku...

Habis dah rosak entry tuk Ahnaf dgn perasaan lepas geram aku.. Ok, back to the topic.. 5/12 lepas, genap la umur Ahnaf 1 tahun 5 bulan.. Dah besar anak ibu ni.. Makin banyak akal dia.. Ibu pasti merindui saat2 mu gelak ketawa, jalan terkedek-kedek anakku..

Milestone Ahnaf:

1) Dah pandai makan sendiri, walaupun bersepah tapi ok la..
2) Dah pandai kemas sendri menan lepas main.. ( ikut mood )
3) Pantang tgk air tumpah, trs berlari amik tisu, klu letak tisu kat bwh, mau sekotak sehari.. huhu
4) Dah pandai show mata..bila tny mana mata? kelip2 mata dia.. Dah tau tgn, kaki, mulut.. muncung2 bibir..
5) Cukup suka menari, sek ni x kira lagu apa pun, mesti menari tarian org asli dia..
6) Kalau dgr zikir lak, ke kiri ke kanan kepala dia..
7) Vocab lak, dh bertambah cam syusu, jap la, dak(bedak), air, mam(makan), amin, Ya Allah & ada la bhs2 yg dia cipta.. hahahaha
8) Dah pandai bukak kasut n simpan kat rak..
9) A, B, C dah leh sebut, tp selalu tertinggal B, bila kita sebut A, trs dia ckp C

Semoga Ahnaf akan terus membesar menjadi anak yg baik yer sayang.. we luv u..

Lot of love:
Ibu & Ayah


~ Alhamdulillah ~

Syukur alhamdulillah.. Allah kurniakan kami rezeki. Walaupun aku sedikit terkejut dengan rezeki ini, tapi aku anggap ni sebagai kurniaan dariNya. Pertama kali aku terima berita ni, terus aku ingat kat Ahnaf. Yela, dia masih perlukan perhatian dari kami, tapi bila difikirkan baik, ada hikmah jugak, boleh dia main sama2 adik dia.. Ya, aku disahkan mengandung lagi.. baru seminggu berita ni mengembirakan kami sekeluarga.. Last week, aku dah terfikir coz peyod aku dah lewat 3 hari.. And satu hari tu, aku lembik giler + x leh tdo sejak kul 4 pg. Pagi tu bgn aku dah pening + muntah. Malam tu lg aku dah start muntah. Tapi aku g keje gak coz keje byk. Sampai opis, aku still lembik + berulang g toilet. Ades, x leh jd, trs aku half day. Balik umah, trs baring ttp x leh tdo, cuma x leh bgn je coz brt glr rs kepala. Before balik, aku dh beli upt, tunggu abg balik je. Ptg tu, abg balik, aku trs test.. +ve.. aku tergamam jap, abg ckp x pe, rezeki kita..

Patutla Ahnaf manja giler sekarang ni ngan aku. Kejap2 nak berdukung.. Rupa2nya dia dh tau nak dapat adik. Ptg tu, abg g amik dia, trs g tau dia nk jd abg. Muka cam suka tp x tau la dia faham ke tak.. hihi. Malam tu gak aku g klinik, tp bila scan x nmpk lg, lgpun awal sgt lg. Doc just bg vitamin, ubt muntah & angin. Aku harap semuanya akan selamat hingga akhir nanti.. Abang Ahnaf, x mo nakal2 dah yer..

~ Sakit Mata ~

Salam all.. huhu.. lama beno rsnya x post sebarang entry dlm blog ni.. Bz yg teramat sangat + vitamin M yg melambak-lambak dalam diriku ini. Tadi terbaca kat blog k.t psl sakit mata. Kitaorg satu family pun kena gak virus ni. Awal bulan hr tu ktaorg kena. Startnyer dr Ahnaf la, isnin before raya haji tu dia kena. Tapi kejap je dia baik. Ingatkan dah terlepas la, tp x psl2, seminggu lepas tu, aku lak yg kena. Teruk woo aku kena, bengkak giler mata.. Sampai nk drive g kenek pun berapa kl nk terpejam. Adoila.. Mmg seksa bila sakit, nak2 tang semayang, masa sujud n rukuk, pejam kuat2, konon2 takut terkuar bijik mata.. Huhu.. 3 hari aku mc minggu tue.. Sepanjang masa pakai spek klu Ahnaf ada kat umah @ klu kuar. Malam2 pun pakai taw.. Cam diva lak rasanya.. haha..

Dalam aku duk sakit lagi, my hubby lak berjangkit. Tapi x teruk sangat coz dia dah letak awal2 ubat aku.. Just merah je, x bengkak pun. Aku yg bengkak teruk, nak2 mata kiri aku.. Meh kita layan saat kami dilanda virus sakit mata.. Huhu