Alhamdulillah, Tuhan murahkan rezekinya pada kami sekeluarga. Seperti yang sedia maklum, kami dah pun memulakan bisnes kecil-kecilan. Setakat ni produk kami satu je, iaitu Cheese Tart. Hajat hati sekadar suka-suka, tak sangka lak mendapat sambutan. Bagi kami, ni rezeki anak-anak.. Kami akan lakukan selagi yang termampu untuk mencari rezeki yang halal. Alhamdulillah, saban minggu ada saja order.. Semoga rezeki ini akan berterusan, Insya Allah, ada rezeki, teringin nk menambah produk, tp buat masa sekarang, kekangan masa membataskan segalanya. Aku harus tumpukan kepada pelajaran yang lebih penting. Insya Allah, selepas exam nanti, aku akan cuba yang lain pulak.. Terima kasih Ya Allah, di atas rezekiMu pada kami semua... Semoga ia akan terus bersama kami.. Amin...


