click! click! click!

Monday, May 31, 2010

~ Anakandaku Ahnaf ~

Buat Anakandaku Ahnaf ,
Ibu sangat2 menyayangimu. Seluruh jiwa dan raga ibu serahkan hanya padamu. Tidak akan ibu persiakan dirimu sedikit pun. Walau nanti dirimu akan bergelar abang, kasih sayang ibu padamu tetap sama. Akan ibu cuba untuk terus berlaku adil padamu sayang. Kaula nyawa ibu, buah hati ibu. 
Ibu sedar akhir-akhir ini, kau sering menjadi mangsa kemarahan ibu. Tidak terniat sekali pun dihati ibu untuk menyakiti hati dan badanmu sayang. Maafkan ibu.. Kadang-kadang ibu tak boleh mengawal emosi dan perasaan ibu dengan keadaan sekeliling yang sering mendesak... Maafkan ibu kerana membuatkan kau menangis... Ibu benar-benar menyesal kerana membiarkan air mata mu menitis disebabkan kemarahan ibu... 

Ahnaf sayang,
ibu berjanji tidak akan ada sesiapa yg bisa memisahkan kita melainkan Allah Yang Maha Esa. Ibu akan berusaha untuk memberikan kehidupan yang baik. Biar tidak mewah, sekadar cukup keperluan hidupmu ibu dah berpuas hati. Ibu sanggup berkorban demi keselesaan mu sayang. Walau ibu terpaksa mengikat perut sekalipun, ibu sanggup dari melihatmu kelaparan. Sedarlah anakku, kasih sayang ibu tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Biarpun org lain menhujani mu dengan wang ringgit, tetapi ibu hanya mampu menghujanimu dengan doa, perlindungan dan kasih sayang yang tiada sempadan.. 

Sayangku Ahnaf,
Sekali lagi maafkan ibu menyakitimu sayang...  Sesungguhnya ibu sangat2 menyayangimu sayang.. Tidak terlintas sedikit pun di hati ibu sejak hari kau lahir ke dunia ini untuk disakiti. Ibu serahkan segala-galanya untuk dirimu sayang. Segalanya ibu korbankan demi tanda cinta ibu... 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kuatkanlah semangat dan tingkatkanla keimanan serta kesabaran hambaMu ini Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah dan berdoa. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah. Dan berikan aku ketabahan dalam menghadapi apa jua rintangan dan dugaanMu.  


~ Cuti2 3 hr ~

Salam olls...
Cuti 3 hr lepas ktorg 3 beranak lepak2 di rumah je..Kuar pun kejap2 jer. Plan awal nk blk umah PIL coz dh dekat sebulan x blk sn. Tapi last minute terpaksa dibtlkn coz adik ipar nk exam. Nasib baik x sempat wat kek coklat lg. Tp disebabkan mulut ni makan sumthing yg bercoklat, godek2 lak almari, jumpa biskut marie, terus aku wat kek batik malam tu gak. hahaha.. cam dah kebulur beno.. 

28/5/2010 :

Hari wesak... erm.. apa program hr ni yer? jalan2 kat kl sure jem coz dulu aku pernah kena kuar time wesak, pastu dia adala cam perarakan.. jem x hengat. Lepas subuh aku sambung la tdo. Tiba2 Ahnaf kejut "ibu..ibu, u'uk..u'uk.." Adoila anakku. Dalam keterpaksaan, aku bangun cuci n mandikan dia sekali. Siap pakai baju, aku siapkan break1st dia, roti bakar + cheese je. Aku lak melahap kek batik semlm. Yummy, sejuk2.. (Masuk bakul angkat sendiri). Sementara tunggu kain siap, aku clearkan dapur ckit. Tgk peti sejuk lauk x byk mn. Abg bgn je trs ajak g Tesco (pdhal nk kuar jalan2... hihi) Org punya la ramai. Nak cari parking pun berejam. Tu pun nasib baik tunggu area bb, so, x ramai sgt q. Tp frust la gak, sayur n ikan x fresh sgt. So, beli ckit2 jela, hr ahad nnt beli lg kat pasar tani.. Sampai umah, masak, golek2 layan2 budak kecik tue..Sedar2 dah malam, tamatla hari Jumaat.

29/5/2010

Walaupun hari cuti, tp kena bangun cam biasa, sebab budak kecik tu bangun awal. Aku cam mls lak nk wat break1st hr tu. Abg amik alih gorengkan ayam. Tgh hr br aku masak. Dah la hujan, so, x tau nk wat apa, nk kuar sah2 la x blh. Dalam kul 6 tu, hujan stop, abg lak nak makan Teppanyaki, ktorg kuar g Jusco. Alang2 tu aku amik sekali beg yg aku order. Punya la byk Ahnaf makan ns. Pdhal kat umah dah makan. Suka aku tgk dia  makan byk. Adakah kerana keberkesanan vitamin ? Oh ya, abg dh belikan vitamin Pharmaton tuk Ahnaf tp bukan yg kunyah, ni dalam bentuk cecair. Alang2 dah sampai JJ, aku g bhgn bb, sebb nk beli puting br Ahnaf, dia ni jenis suka mengigit, beli la tebal mn pun, mesti digigitnya puting tue. Bila dah besar, mula la mrh, susu laju kuar.. Sambil2 tu aku usha la baju yg aku berkenan hr tu. Ada TAPIIIIIIIIIIII tgl selai je, sz dah ngam walaupun lengan pjg, bkn lengan pendek, cumanya dah ada kesan dakwat pen kat leher baju tu. Tambah sakit hati ngan salesgirl tue. Aku siap tny elok2.
Aku : Kak, yg lengan pendeknyer x de ke?
SG : Tgk kat situ jela, klu x de tu, x de la
Aku : Satu ni je ke kak yg tinggal ? Yang ni dah kotor la 
SG : Ala, kotor tu leh tanggal, klu nk amik jela yg tu, dah x de stok.

Senang2 je suh aku amik yg tu, dah la kesan pen, x kan org lain yg bwk pen, mesti la dorang nyer kecuaian. Kalau dia layan elok2 leh tahan lg, ni ngan muka nak tak nak je. Huhu, aku terus blah ngan sakit hati giler.

30/05/2010 :
Hari ni ada sambutan hari susu sedunia kat Pavilion. Aku cam nk g tapi bila fkr2 balik, sure ramai giler org kan, sah2 la abg x mo g, ngan Ahnaf lg. terpaksa la lupakan je. Hari ni aku leh tdo lama ckit. Sebabnya budak kecik tu pndai tdo blk lepas dah bgn pg2.. Aku ingt dia main sorang2, rupa2nya dia tertdo kat bwh kaki ktorg, nasib baik ibu n ayah tak tertendang Ahnaf. Ngan tv pun still on.. Ahnaf.. Ahnaf... Sedar2 je kul 10 lbh.. ha, amik ko! nak sangat tdo lambat. Bgn msg2 dah kebulur. Siap mandi, break1st simple2 jela. Hari ni operasi kemas bilik tdo. Amik ko, hr terakhir baru nk kemas. nak buek camno, br sampai seru. Petang lak g pasar tani n bawak Ahnaf main2 kat taman. Punya la awal dia tdo mlm ni coz letih sgt + x tdo siang. Seng ckit keje aku nk siapkan tempahan cheese tart. Sambil2 layan mentor, aku iron baju. Alhamdulillah, hajat aku nk wat stok selama 2 mgg tercapai.. Hahaha.. gigih melawan nafsu malas.. 

Berakhirlah 3 hari cuti. Tapi cam x cukup lg la. Nak cuti lagi.. Ok2.. 2 mgg akan datang merupakan mgg travel.. Kemana ?? tungggguuuuuuuu

Wednesday, May 26, 2010

~ Short n3~

salam olls...
kali ni short entry je, saja2 sebb takut bersawang la plak umah ni.. Hahaha.. Bz like bee la.. selagi x submit doc to auditor, selagi tu la x sng duduk. Huhu.. Ok la, once dah siap keje, i will update lg k.. tata titi tutu...

Friday, May 21, 2010

~ Aktiviti hujung minggu ~

Weekend ni plannyer nak duk umah je.. Operasi rumah plak n dalam kepala otak aku ni mcm2 dah plan. Tapi tak tau la jd ke tak, kena mintak bantuan hubby n Ahnaf ni.. hihi.. Walau umah sekangkang kera, tp benda yg nk dioperasinya punya la byk. So, before lupa, better list kn dulu kt cni, takut2 ada yg tak teroperasi nnt.. hihi.. Nextweek kita check brp % berjaya dilaksanakan... Yuk.. :-

a) Operasi almari baju Ahnaf, kuarkan semua baju2 yg dah x leh pakai letak dalam satu beg. Senang nnt nk bsh tuk adik lak.. hihi - DONE
b) Check baju2 yg KIV, mn2 dah blh pakai, kuarkan. Ni kes baju2 org bg terlebh sz, nak2 ms bufday dia thn lps.. hihi - DONE
c) Iron baju untuk bekalan next week, lg satu mgg (blk kg) n another week (family day d Gambang).. - X SEMPAT COZ AKU LEMBIK SEHARI SUNTUK SEMLM
d) Tranfer semua baju kotor dlm laundry bag baru.. hihi ( yg lama dah hncus coz dulu Ahnaf selalu msk dlm tue.. ) - DONE
e) Basuh sume baju, lipat baju n kemas baju2 tue. - 1/2 DONE, COZ MSH ADA BJ DALAM LAUDRY BAG N YG X LIPAT LG.. HUHU
f) Kemas ketiga-tiga bilik, kasi vacuum n mop satu umah ( mop n vacuum hubby buatkan kot.. hihi) - SEMPAT 1 BILIK JER..

mak oi.. punya la byk plannyer.. hope semuanya berjaya ku lakukan.. Nak tau berjaya ke tak.. tunggguuuu....


p/s: Aktiviti wajib hujung minggu adalah bergelak tawa, berlawan jerit n berguling-guling with anakanda tercinta...tu x leh miss.. WAJIB...


UPDATE :

KESIMPULANNYA, ADA PLAN YG X DIRANCANG & KEADAAN DIRI YG TIBA2 LEMBIK SEHARI SUNTUK. MMG X LEH NK WAT APA, JUST TERBARING JER. HUHU


~ J-Card Day Bandar Utama ~

Salam ollss..
Semalam akhirnya berjaya ku ju jejakkan kaki ke OU Bandar Utama sempena J-card day.. Setelah 2 hr duk pujuk2 hubby.. Thanx cayang... Tujuan aku satu je, nak cr suar2 baru. Suar2 lama semua dah x leh msk.. lg satu nak cr baju tuk dipakai waktu dinner family day ni. Yelah, dah lama aku x beli baju, sejak ada ank, x de mood nk borong bj sendiri. Ktorg pergi pun dah lmbt, kul 8 lbh br kuar umah, nasib baik parking seng sebb dia bukak parking hotel gak..

Sampai2 je trs ke ladies wear, mak oi, umat manusia punya la ramai. Jumpa je suar yg berkenan, trs sambar 2 helai, x de masa dah nk cuba2.. Pastu meneruskan misi mencr dress for dinner.. tapi hampeh, x de satu pun yg berkenan. Last2 aku sambar je blouse labuh, nnt leh pakai ngan suar. Ibu dah dapat apa yg dikehendaki, cr lak suar track ayah. Nanti family day sure ada game, so, x kan nak pakai jeans kan. Dah compete ibu n ayah dapat, cari tuk Ahnaf lak. Tak sah la, klu Ahnaf x dpt apa2. Lagipun suar pjg Ahnaf dah byk yg senteng. Giler kejap kat tempat baju2 baby. Dah la kaw2nyer sale. Ayah lak tiba2 excited, ibu sebenarnya dah letih. So, ayah la yg memilih baju n suar untuk anakanda. Kesian ayah, terpaksa dukung je Ahnaf, klu letak bawah, mau dia x duk diam. Lari sana sini, jenuh nk mengejar lak. Langkah paling selamat, dukung jela.

Tapi kan, ibu frust giler2, ada satu baju kiko tu ibu berkenan sangat2, kemeja siap ngan tie. Black n white, mmg padan la ngan suar yg ayah pilih. Ibu br plan nak pakaikn bj tu tuk Ahnaf, sepadan la ngan ibu nnt ms dinner. Cari punya cari, tgl selai je, tu pun sz M, blh la nk beli, tp ngam2 je ngan Ahnaf, x thn lama lak nnt. Tgk2 design lain, ada sz L tp x cantik lak. Frustnyer.. sampaikan terbayang-bayang Ahnaf pakai baju tue. Siap google td bj tu.. Nila baju yg ibu berkenan sgt2 tu, tp lengan pendek.. Sapa2 ada jumpa tlg inform leh tak? Bkn ngan vest...tp kemeja dia je ibu nak...

Thursday, May 20, 2010

~ Kesian anakku~

Salam..
Sebenarnya kejadian ni berlaku 2 hr lepas. Ahnaf muntah-muntah tanpa tahu puncanya.. Petang tu balik dari umah bbsitter mmg dah nmpk dia x bermaya mcm biasa. Aku ingatkan dia ngantuk. Sampai umah, dia mintak bukakkan cd kat kat comp. Sementara aku solat, mandi n msk, dia duk diam je atas kusi depan comp tue. Dia diam je.. biasanya bising dia crt psl cerita kartun tue. Ayah dia sampai je umah, barula menjerit panggil ayah. Terus melekat je kat ayah. Bila aku dah siap masak, mcm biasala, aku suap dia sekali, tp dia x mo mkn lak.. Tiba2, dia dtg kat aku, sempat sebut ibu je n then terus uweekk... Tapi x de la byk sgt. Tak lama lps tu lg sekl.. Kitaorg dah start bimbang. Lepas maghrib, ktorg bwk dia g klinik. On da way ke klinik tu, muntah lg dlm keta. Hbs keta. Kali ni mmg byk giler, kuar cam nasik2 lak. Nsb baik x kena sgt bj dia, so, aku just lap mcm tu n trs g klinik. Orang lak ramai giler mlm tue. Aku doa jela hrp2 dia x muntah kat klinik. Tapi apa kan daya, aku hny leh berdoa, 5 minit before msk jumpa doc, Ahnaf wek lg.. Kali ni air je kuar.. Maybe dah kosong perut dia kot. Msk jumpa doc n doc ckp perut dia active sgt, n maybe tersilap makan. So, doc suh monitor if esok dia still muntah2, kena bwk g hosp trs. Ms tu Ahnaf dah lembik giler. Balik pun berdukung je.. Sampai umah, trs tukar bj tdo n lap bdn dia ckit2. Dia mintak susu tp aku tkt dia muntah. last2 aku buatkan jugak susu, dia minum x mcm selalu. Before tu aku bg dia ubat kembung & mskkan ubat bontot yg doc kasi. Lepas je dia minum susu ckit, muntah lg, kali ni katil lak jd mangsa. Kesian giler tgk dia. Kali ni air yg color kuning tu lak. Mmg perit la klu sampai kuar yg cam tu kan.. Kt org besar pun dah perit, apatah lg budak2.. Lepas je dia muntah trs terbaring, x lrt dh nk bgn. Aku dh x bg dia susu, suh dia minum air suam je.. Dia letih n nk tdo tp x selesa kot. Dia nak tertonggeng je, x mo brg cam biasa. Tapi mata dia dah pejam, aku ingatkan dah ok la. Tgh2 nk tdo, uweekkk lg sekl, hbs bsh muka2 dia sebb dia tdo meniarap kan.. Lps je muntah tue, br la dia tdo lena. Tapi muka dia mmg letih sgt2.. Kesian giler aku tgk dia.. Dalam kul 3 dia terkejut n mintak susu, sampai 2 btl dia minum, huhu.. lapa sgt la tu kot. Pagi tu ingt nk amik cuti je.. bimbang takut dia msh x sht. Bila tgk dia bgn pg tu dah senyum n trs suh bukak hi5, siap lompat2 lagi, dah ok la tue. Alhamdulillah, hr tu pun x de muntah2 dah. Syukur padaMu Ya Allah...

Monday, May 17, 2010

~ Hepi 22 month's bufday my son! ~

Alhamdulillah, sudah 22 bulan aku bergelar ibu kepada putera kesayanganku.. Act, dah terskip sebulan. Disebabkan beban keje yg melampau. Walau apa pun, anakku tetap sentiasa di hati. Semakin hari, semakin byk akal yg dia dapat. Kadang2 membuatkan aku hilang sabar dengan kaletah-kaletah dia. Kadang2 buat aku tak kering gusi tergelak dengan lawaknya. Setiap hari bagaikan x puas peluk, cium n ungkapkan kata-kata sayang padanya. Kami cukup2 takut kalau satu hari nanti dia akan lupa kata2 sayang dari kami. Kami hanya mampu berdoa semoga hidupnya sentiasa dirahmati dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami tidak mampu memberikan dia kemewahan, hanya doa dan kasih sayang yang mampu kami berikan. Buat anakku, Ahnaf, ketahuila kamu bahawa ibu & ayah akan sentiasa menyayangimu sepenuh hati... We luv u baby..

Milestone Ahnaf:
- makin banyak celoteh n byk perkataan yang diungkapkan
- suka sembahyang, klu kita ajak semayang je, sibuk la cr sejadah dia
- makan lak ikut mood, klu mood makan dia dtg, siap bertambah nasi
  lauk feveret lak ikan n ayam goreng, siap dia leh amik sendr sekor ikan tu.. adoi la.. tulang nak oi
- berat maintain 10++ kg.. bila nak naik ni sayang oi..makan byk, tp membuang pun byk gak..x de simpan2 yer..
- dah leh tlg ibu kemas umah. before mandi, bukak baju n mskkan dlm laundry basket
- ckit2 pgl ayah, ayah n ayah.. ssh btl nk pgl ibu.. klu nk bodek br la pgl ibu dgn mendayunyer. huhu.. jeles ok.
- suka tgk gamba2 dia n kengkawan...




Lots of love:
Ibu & Ayah

~ i'm back! ~

Salam..
Lama sungguh rasanya x mencoret sebarang kata dalam blog kesayanganku ini.. Al maklumlah, terlampau bz.
Ada je benda2 yg nak kena wat.. Mula2 bz ngan exam, pas habis exam, sibuk ngan keje lak, bila ada masa lapang lak, buka je blog ni, sambil bc2 blog gang2 tp bila nk mula taip, blur giler.. x tau nak taip apa.. Hahaha.. so, rs2nya, dalam entry kali ni akan ada entry rojak la yer..

1 episode:Project Nasi Dagang

This year, aku hepi sangat2 coz my mum ada ngan aku time mothers day. Mulanya mmg konon2 nak celebrate sesama la. Konon2 nak wat cupcake lg, brg2 pun dah siap beli. Tapi ms x mengizinkan la plak. Kebetulan sabtu tu my PIL datang umah coz nk jumpa my mum n my dad. So, aku decide wat nasi dagang jela. Sebenarnya aku yg teringin nak makan nasi dagang my mum. Hihihi.. Jumaat tu after keje, aku ajak my mum n my dad g cr bahan2. Tau2 je la, kat kl ni kan ssh nk dpt rempah yg pure. So, terpaksa la my mum wat rempah sendiri demi anak kesayangan. Nasib baik la ada ikan tongkol, 2 pun tgl 2 ekor je. Dah beli brg2 lak, my mum membebel coz kat my house x de periuk besar n tempat nak harung nasi. Hahaha.. Mekacih la mak sebb sanggup pakai alatan alternatives yg ada di rumah anak mu ini... Oh ya, nak tau ms ktorg sibuk beli brg2 kat tesco tue, Ahnaf duk ngan atuk dia. Tau2 jela, dia bkn nak duk diam, mesti nak ke hulu ke hilir, x larat la aku nk ngejor nyer. Biasanya, ayah dia la duk kejo. Hr tu, aku umpan dia ngan ice krim, duk kat meja n suh atuk temankan. Leh la aku n mak soping ngan aman. Akhirnya jd gak la nasi dagang walaupun x sama mcm mak aku wat kt kg. Tp bg aku, ttp besh. Mak aku sendiri x puas ht, yela, rempah on da spot, beras siam x cantik, periuk kecik n santan x fresh.. hihi.. mekacih ye mak, lain kali wat lg...

2 episode :

Mothers day! Pagi2 lg aku bangun tdo, wish kat mak aku.. Syok sgt2, walaupun second person wish after my sis yg subuh2 dah cal my mum. Pastu aku suh Ahnaf lak wish kat aku.. hahaha.. siap dia nyanyi lagu " Bibu...Bibu.." ( lagu susu fernleaf tu ).. Yup, Ahnaf called me Bibu a.k.a Ibu.. mn dia dpt Bibu pun x tau. Mula2 nak bwk dorang kuar g makan ns Arab but my mum kurang ckit klu makan kt luar ni. So, makan kt umah jela n ingt nk bwk dorang g warehouse sale kt subang. Last2 lps makan, hujan lebat n sume layan tdo plak. Terus cancel program. Bangun pun dah ptg, along dh dtg amik mak n ayah. So, ktorg bertiga jela g warehouse tu. Sebbnya my anty suh belikan cadar. Mmg murah giler2. Nsb baik ktorg g dah last day, so, x byk pilihan sgt. Mn yg berkenan, sambar je. Lepas g sana, decide g The Summit. Orang yg plg excited sure la si kecik tu. Ke hulur ke hilir dia berjalan. Ada lak budak2 wat perform sempena hari ibu. Melalak dia nak naik pentas sama. Adoi la.. At the end, kita makan2 kat my faveret place, Johnys Stemboat.. Balik, pengsan terus...