click! click! click!

Monday, August 23, 2010

~ Hari ke-13 ~

Alhamdulillah.. sedar tak sedar, dah hampir ke pertengahan Ramadhan. Kejap je masa berlalu. Buat diri aku sendiri, aku bersyukur sangat2 coz masih lagi berdaya tuk meneruskan ibadah ni.. Semoga aku terus diberi kekuatan menunaikannya.. Memang aku akui, kadang2 aku seakan mahu beralah, tetapi dgn sisa2 semangat yang ada. Aku teruskan. bagi aku, bukan senang nak dapat peluang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.. Apa2pun, aku akan tetap utamakan anakku yang sedang membesar di dalam rahimku ini..

Setakat ni pergerakan bb masih aktif. & carta yang diberi tu pun belum ada skip lg. Cuma masa start jela x tentu.. Nak2 time weekend... Faham2 sndiri jela k.. weekend, ibu bangun lambat ckittttttt.... Hihihi

Ahnaf lak sekarang mmg teramat manja... hari tu kat umh PIL, jap2 "ibu...." pantang ibu hilang jap, "ibu...". Time buka pose lak, nak duk di riba ayah... Dalam keta sekarang ni, x mo baring kat belakang dah.. rela dia duk tengah2 antara seat depan tu, kadang2 sampai tertdo.. Time bangun tdo klu x de sapa2 sure melalaknyer...

Tapi yang dia x tgl, cium & peluk perut aku. Sambil tu pgl "baby..." So touching la.. Harap hubungan mereka adik-beradik akan erat buat selama-lamanya....

~ Hari ke 10, 11 & 12 ~

Salam...

Hari ke-10 :

Hari ni aku buke pose ngan opismate kat One World Hotel. Byk sungguh dugaannyer tau.. mula2 book tuk 10 org, pastu ada yg cancel, book tuk 7 org lak. Sepanjang hari tue, kejap jadi, kejap cancel. Mood excited pun makin berkurang.. Semuanya kes masing2 nk tunjuk ego.. Huhu.. End up, kitaorg just pergi 6 org je. Makanan not bad la.. Byk pilihan & sedap2 gak... Gambo? Aku sempat amik gambo round 1 je.. nnt la klu aku dah transfer, aku upload k ( klu rajinnnnnnnnnnn) ;) sibuk makan la.. Malam tu je, aku rasa dekat 5 round gak la aku g amik makanan.. kata buffet.. harus cuba semuakan.. Hihihi.. Cuma satu je yg x besh.. x jumpa ais krim goreng, huhu.. Dalam paper cakap ada.. x pela.. nnt balik raya, pjg umur, nak ajak abg g Batu Buruk, pekena ais cream goreng... Hihi...

Hari ke-11:

Hari ni aku bukak pose ngan family Along, Mak & Ayah.. Disebabkan mak & ayah aku ada lg kat umh Along, ktorg g buka pose ramai2 kat sana.. Meriah giler.. Yelah, dah lama x bukak pose ramai2 kan.. Yang paling meriah air la.. Air kelapa, tebu, cendol & tea.. Kembung air je semua.. Hihi... Menu lak besh2... Masing2 lepas berbuka x larat nak bangun.. Yang abg lg besh.. lepas je maghrib, terus terbongkang.. Haha.. Konon2 lepas tu nak balik umah Pil lak.. Ahnaf apa lg, ada kakak2 yang melayan, x duk diam la.. Berlari sana sini.. mata dah merah pun tahan lagi tue... Last2 kul 12 lebih baru bertolak balik umah pil. Nasib baik dekat je kajang-seri putra..

Hari ke-12:

Hari ni turn bukak pose umh PIL.. Aku just tolong k.rona masak ckit2.. Ahnaf lak wat perangai lak hari ni. Tak leh berenggang lgsg... Abg siap inform k.rona lg, msk lebih coz nak bawak blk lauk tuk sahur.. Hihi.. Senang keje aku.. Thanx abg, coz memahami... :) Bukan setakat lauk bawak balik, ngan nasi2 sekali bawak balik. Time sahur, tgl panaskan je...


~ Day Out Ayah & Ahnaf ~

Salam Ramadhan!

Hari ni Ahnaf kuor jalan2 ngan ayah dia.. Baru adil kan.. Semalam ayah bawak ibu soping & today, bawak anak la soping.. Act, dorang g KL coz nak tuko suar Ahnaf..Semalam tersilap beli daaa... Ingatkan S dah ok, balik umah, panjang ok tp tang perut x leh nak butang.. Huhu.. Anak ibu gemuk rupanya.. Hihihi.. Terus ayah dia sambar sz L.. Amik ko, dari S ke L..

Dorang g naik komuter je & first time Ahnaf naik train taw.. Punye la excited.. Rugi lak aku x ikut tp nak wat camne, kat opis byk giler keje. Nak kena ajar org ganti lagi.. Ayah dia ckp, suka giler dia.. Sampaikan nangis x leh nak naik train coz train tu g arah lain.. Hihi.. Ahnaf2... chayak la..

Petang tu aku just amik dorang kat KTM Sg.Buloh. Dah alang2 kuar kan, terus g bazar la.. Cam letih lak nak masak. Pecah record la tahun ni. Tp g bazar kecik je. Nak g bazar beso x de parking la plak.. Aku beli nasi ayam n abg beli nasi kukus ayam berempah. Ada la rezeki dari bbstr Ahnaf, bg laksa penang semangkuk. Alhamdulillah...