click! click! click!

Tuesday, January 26, 2010

~ Lepak2 di kedai keta & pusing2 cr mkan~

Activiti ni sebenarnya dah berminggu pun. tapi x masuk dalam blog je, sejak akhir2 ni cam malas lak nk update umah ni.. Act, weekend tu x de program apa2, lepas je kemas2 umah, seperti biasa aku akan mintak excuse ngan abg untuk masak.. Yola, dah letih kemas umah bagai kan.. Hahaha.. padahal umah sekangkang kera je.. So, abg decide nk g cozy corner kat Ampang Park. Dah lama abg mengidam nak makan kat sana, tp x de masa je. Yelah, x kan nk g sana, semata2 nk makan kan?

Alkisahnyer, bila dah sampai Ampang, tiba2 abg ajak g Great Eastern Mall, lgpun kat sana ada Cozy gak. Memandangkan aku tak pernah sampai sana, setuju jela. perut pun dah berkeriuk... Erm.. bagi aku, mall tu tak de la besh sgt, tp untuk org yg tak sukakan kesesakan, leh la lepak2 sana. Dengan penuh confiden kitaorg masuk la Cozy house, ingatkan adik beradik, menu yg ada pun sama la.. tapi hampa la plak, dlm list menu x de sharkfinsoup. Yang ada kat more to nasi2.. Dah sampai situ, dgn perut lapar, takkan nk kuar g ampang park lak. So, order jela nasi goreng n lauk2. Not bad gak rasa dia. Cuma tak habis mengidam lg la. Dah hbs melantak, abg roger2 membe dia, aku lak dah tau, klu g kedai keta, mesti berjanggut la tunggu. Aku roger kak T, ingt nk lepak2 ngan dia, tp kak T kat maluri lak.

Agenda pertama abg, mula2 g Brothers, duk dlm tu punya la lama, sampai aku siap hafal nama2 brand tu air filter.. last2 belinyer wiper je, coz wiper lama dah berbunyi.. Pastu, g lak kat kedai ekzos, dulu tukar belakang je, ni nk wat tgh & depan lak. Nasib baik la sebelah tu ada mini Carefour, ulang alik la membeli air & jajan.. Dah siap wat ekzos, terus ke Kampung Baru, membe abg ajak g makan rojak kat sana. Sedap, tp perut dah kenyang, so, makan pun serba ckit la, aku yg tak pernah makan tauhu bakar, leh suka lak ngan benda alah tue. Kitaorg order pun rojak buah, tauhu bakar n kangkung sotong.. yummy..

Masa kat kedai keta tu, aku terbaca ada offer susu Ahnaf, so, lepas makan2, terus gerak g Carefour Ampang, niat hati nk beli susu je, tp ada gak kebas benda lain.. Sampai2 umah, terus selamat..





Friday, January 22, 2010

~ duitku melayang lagi~

Petang ni, after keje, before g amik mak & ayah. kitaorg kena g cari kipas. Umah kitaorg mmg x leh pakai kipas syiling kecuali kat living hall je, som kitaorg pakai kipas kaki tu je la. Nasib baik tersedar tgh tdo. Masa tu dalam kul 3 pagi kot, tiba2 aku rasa panas giler, pastu terbau lak bau hangit. Teruk gerak abang. Tengok2 kipas dah tak berpusing, terus abg g off n cabut plug. Nasib baik x meletop.. Bau hangit mmg kuat giler. Aku dah kecut perut. Peluh sebab panas + peluh berdebar.. Abang pun g amik la kipas kecik yg lg satu. kalau tak, mmg tdo kat living hall jela.. Disebabkan my mum & my dad nk datang, petang ni nak kena g cr satu lg kipas la. Ades, bulan ni, byk betul belanja... Nasib baik company trip ke Bali cancel...


~ My mum & my dad coming! ~

Petang nnt, mak & ayah aku sampai KL.. sukernyer.. rindu giler.. si kecik tu pun asyik sebut atok jer.. hihi.. Time mak ada ni, nk kena control makan, x leh makan bedal je.. Yela, aku kan still dalam pantang.. mak dah byk kl pesan, pantang gugur lebih teruk dari pantang bersalin.. Huhu..

Monday, January 18, 2010

~ Cuti2 Malaysia ~

Salam all, sebenarnya ni entry tertangguh, disebabkan masa yg non ado, sebab tu br je nak membebel dalam blog ni. Last 2 weeks, bersamaan 9 - 10/1/10, kitaorg bercuti di Cameron, unplanned nyer holiday sebenarnya. Perginyer pun sehari je.. Jumaat ptg abg msj tny nk g tak, coz apartment bank ada kosong. Act, mmg dah lama kitaorg rancang nk g, konon2 nk tunggu Ahnaf leh jalan dulu, sebb senang ckit nk berjalan. Tangguh punya tangguh tak sampai2 gak. Tiba2 dapat offer besh lak tue. Apa yg tak besh, apartment rate yg 3++ dapat hanya dengan rate RM 10 jer! dah la nk tunggu kosong punya la susah. So, kitaorg grab jela peluang tu, sampai ibu sanggup korbankan 1st kelas Ahad tue..Huhuhu.. tak pela, demi bersama keluarga.. hik hik hik..

Kitaorg pergi 2 keta je, 2 family + 3 bujang. Syok la, jalan2 ngan membe2 sekali, Ahnaf pun ada gang coz ada bb gak sekl.. Apartment tu pun besh, ada 3 bilik n yg paling besh, dlm setiap bilik, ada bilik air masing2.. so, ada privacy la walau berkongsi satu rumah. Yang paling syok, si kecik tu la. Tak sedar x sihat, tetap ligat. Masa kat sana, tak de la terjah sume tempat, dah perginyer sehari je, pergi certain2 tempat jela. Yg paling ibu suka, g kat pasar malam Brinchang, stoberi dia murah2..mmg borong sakan la. Kitaorg sempat terjah ladang teh BOH, pasar sayur n pasar malam je. Kalau dah g ngan membe2, x leh la nk ikut plan sendiri.

Yang paling sadisnya, time balik, ibu mabuk! Lembik giler.. Kitaorg balik ikut Tapah, masa pergi tu ok je coz ikut Simpang Pulai, x de la teruk sangat bengkang bengkok dia. Masa ikut Tapah tu mmg surrender. Ahnaf lak wat perangai x mo ngan ayah. Nak ngan ibu je. Terus k.o sampai KL. Ibu dah serik nk lalu ikut situ lagi. Maybe klu duk depan kurang ckit kot. tapi ibu lebih rela, lambat + x save minyak, aslkan ibu x mabuk! Sehari dua gak br rasa ok.. Huhu.. Jom layan pics lak k..


~ my sweet candy ~












~ kat ladang tea ~









~ hehehe, ibu & ayah dera Ahnaf ~

Friday, January 8, 2010

~ Hepi New Year ~

salam.. baru berpeluang nak ucapkan selamat tahun baru.. Almaklumlah, balik kerja lepas cuti lama, sure bertimbun giler kerja2.. tambah lak salah setting blog, tu yg terpaksa diprivate buat sementara waktu.. Alhamdulillah, malam ni ada sedikit masa & baru je lepas setting balik blog..Nasib baik ada pakcik google.. SI kecik pun dah selamat beradu.. Kalau tak, duk melayan dia jela..

Sempena tahun baru ni banyak wishlist tau.. Semuanya berkaitan ngan diri ibu, family & kerjaya.. Semoga semuanya tercapai.. Aduh, dah lama tak berblog, x de idea lak... Okla.. next time berblog lg yer... Bubye


Tuesday, January 5, 2010

~ hepi 18 month's bufday my dear son ~

Tanggal 5/1/10 yg lalu genapla usia anak terunaku 18 bulan. Cuma ibu dia je yg lambat post entry coz x de masa. Ibu bersyukur sangat2, sepanjang ibu membesarkan Ahnaf, ibu tabah dalam menghadapi apa jua halangan. Ahnaf merupakan kekuatan ibu untuk ibu terus mengharungi segala onak duri dalam kehidupan, pada masa yang sama, memegang title isteri, ibu, anak, menantu, pekerja dan juga pelajar.. Buat suamiku juga, thanx a lot my dear...

Ahnaf, maafkan ibu ye sayang. Ibu ingat tahun ni Ahnaf akan bergelar abg, tapi takdir mengatasi segalanya sayang. Dia lebih menyayangi adikmu. Walaubagaimanapun, ibu tetap bersyukur dengan kehadiran Ahnaf di sisi ibu & ayah. Semoga Ahnaf akan terus membesar menjadi anak yang soleh, bijak dan berjaya ye sayang.. Ibu & ayah pasti akan merindui saat2 Ahnaf dilahirkan, bertatih, menangis...

Antara perkembangan Ahnaf selama 18 bulan ni :-

1) Dah boleh sebut aju, suar, kasut, nak(bila nk sumthing), nah (bg sumthing), 123, abc
2) cukup suka ngan music, like father like son
3) klu dgr azan, jari akan letak kat mulut, suh senyap..klu x sdr, dia tepuk2 tgn kita suh wat sama
4) dah leh harap, ibu suka sgt. Cthnya, amik sumthing, tutup@bukak tv, tutup@bukak kipas, kejut ayah, buang sampah
5) dah leh turun & naik tangga sendiri, so, ibu & ayah x yah dukung2 dah. cuma letih menunggu jela
6) time tdo, akan pergi kat tmpt susu & ckp "nak", dpt susu, slm ayah, ajak ibu masuk bilik, bukak kipas n baring atas katil.. so cute..tp nk tdo, ibu mesti peluk
7) time nk g umah bbstr @ nk kuar, akn amik kasut sendiri n try tuk pakai sndr. bila balik, bukak kasut, simpan kat rak kasut.. luv it..
8) dah leh show mata, teeth, nose, hand, leg...ear dia akan show kat kitanyer ear..
9) tapi yg paling ibu lemah, bab nangis pagi2.. Ahnaf dah pandai mengikut.. ish ish ish.. hilang macho la sayang...

Buat Ahnaf, ibu & ayah akan terus berdoa untukmu sayang.. Segala kasih sayang hadiah terindah buatmu sayang...

Lot of love :
Ibu & Ayah