click! click! click!

Friday, September 3, 2010

~ Projek kuih raya 2010 part 1~

Projek kuih raya datang lagi! hihi... Kali ni edisi 2010.. Setakat ni aku baru je siapkan 2 jenis kuih. Tu pun jenuh nak siapkannyer.. Tapi kan, beli brg2 kuih cam nk wat 10 jenis.. ekeke.. InsyaAllah, weekend ni pulun habis-habisan.. Tupun, aku wat malam2.. kul 9 lebih br start bancuh sume.. Biasanya aku wat biskut jenis bulat2, tp tahun ni cam rajin lak nak mencanai n wat bentuk2.. Meh kita usha kuih raya yg dah complete:

1)

~ biskut Marmar Carries ~

Biskut ni mmg feveret aku dr dulu. Dapat resepi terus try wat. Rasa dia leh tahan.. Hihi.. lemak2 sebab ada susu tepung, dulu mak kau selalu order ngan arwah makcik sedara coz dia wat sedap giler.. sek ni ssh nk cr biskut ni yg sedap.. Better try wat sendiri, walau x sedap tp puas hati.. cumanya aku tak berapa nak puas hati, coz comot, acuan yg aku pakai kecik kot, lagi satu, topping dia x cantik coz x guna gula icing.. Cair lak tu, bila dah meleleh ke tepi senang la hangus gula tue.. Tak pe, 1sttime try.. Ada masa, leh try lg.. Hihi

Resepi tuk biskut tu aku amik kat cni.. Mohon copy & paste yg chef..

BISKUT MARMAR CARRIES
125 gm mentega
100 gm gula aising
1/2 sudu teh vanila
40 gm susu tepung
250 gm tepung gandum }

80 gm tepung jagung } ayak
½ sudu teh serbuk penaik }

Bahan hiasan
1 biji putih telur
120-140 gm gula aising }diayak (berasingan)
15 gm tepung jagung }
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat

1.Pukul mentega, gula aising dan vanila hingga sebati.
2.Masukkan sedikit demi sedikit susu tepung dan bahan ayak.
3.Uli hingga menjadi doh lembut.

4.Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk ‘hati’.
5.Sapukan hiasan ke atas biskut. Lorek dengan lidi koktel membentuk garisan.
6.Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
7.Untuk hiasan: Pukul putih telur dan gula hingga pekat.
8.Masukkan tepung jagung, kacau sebati.
9.Ambil 1 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna.

2)
~ Biskut Irish ~

Biskut ni firsttime aku dgr, tp tgk bhn2 dia sonang je, kebetulan ada lg bal shortening time wat karipap pusing hr tue. Tu yg aku belasah buat. 1 adunan leh dapat satu balang plastik tue. Biskut ni bila makan, cair di mulut.. Tu yg besh... Org x de gg pun leh makan..

Resepi tuk biskut ni aku amik dari dapur CMG.. mohon copy & paste yer..


Bahan A:-
180 g mentega
20 g shortening (lemak sayur)
130 g gula halus
1 kuning telur
1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)

Bahan B:-
200 g tepung gandum
100 g tepung sagu ubi
1/2 camca teh serbuk penaik
40 g nestum, dikisar halus

Bahan Hiasan:-
Kuning telur untuk sapuan
Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Insya Allah lepas ni, akan menyusul kuih2 lain... Itupun kalau keadaan mengizinkan.. hihi

2 comments:

Unknown said...

ain,shima wat gak mama caries....tp tang topping atas x jadi ar...biskut dh lawo...haha. nyum3..nk cuba lagi..

mesti ain wat byk kuih nie,nnti leh la terjah...ekeke

Ain said...

aah, topping atas tu kena adjust sndr.. x leh pekat n x leh cair sgt..

sila2 terjah ke teratak kecilku.. hihi