Masa g klinik tu ingatkan demam je. Tapi bila doc check, ada bintik2 merah ckit kat perut dia. Adoi la.. so, doc bagi jugak la ubat sapu selain dari ubat basic cam demam, selsema n batuk. Padahal Ahnaf tak batuk n selsema pun. Aku mula2 cam berbelah bagi samaada nak teruskan perjalanan ke tak. Tapi bila doc cakap, boleh, cuma jauhkan dia dari air cond. Lagipun barang2 sume dah dalam keta. So, tawakal jela. Sampai umah mak pagi jumaat tue. Panas balik badan dia, masukkan ubat ikut bontot. Kat tangan, n kaki dah start ada bintik2. Sah, berjangkit ngan mak cik dia time raya hari tue.. Sehari suntuk duk balut badan dia. Kejap2 towel basah kering. Mak + ayah aku siap sediakan air campur daun bunga raya, air rendaman biji ketumbar n air zam2 tuk turunkan panas. Ayah aku lak cari air kelapa tuk bagi campak tu keluar habis. Memang kesian giler tgk. Satu hari tu rasanya susu ada la dalam 4 oz je yg masuk dalam perut Ahnaf. Makan pun lgsg x nak. Muka letih je..
Malam tu MIL aku call, dia cakap suh berjaga, coz bahaya budak2 ni kalau demam panas, takut kena sawan. Lagi satu, dia cakap, yang sepupu Ahnaf hari tue bukan campak, tapi kena penyakit Kaki, Tangan dan Mulut. Bimbang giler aku, mintak jauh la anakku kena sakit tue. Dah la simpton2 dia ada pada Ahnaf, iaitu, demam sehari, naik ruam kat badan kecuali muka n air liur menitik. Malam tu nak bawak g klinik tp tutup. Makcik aku cal gak, dia cakap, jgn bimbang, just habiskan antibiotik. Malam tu lepas minum air kelapa. Satu malam dia x leh tdo. Kejap2 merengek. Agaknya rasa miang. Tergaru2 dia..
Sabtu tu, alhamdulillah, panas badan dia dah hilang.. Dan kat muka pun dah naik. Mak aku cakap, ni memang campak la ni..lega ckit hati aku. Ahnaf lak mentang2 demam dah hilang, start la mengemas umah nenek dia. Habis dia selongkar. Makan pun dah banyak. Mak aku cakap kemaruk lepas demam.. Hahaha.. Siap bertambah lagi bubur. Agaknya lapa sangat la tue. Yela, jumaat tu susu x nak, makan pun x nak.. Bila pakai baju n suar, dah pandai dia turunkan suar, sebab dia nak garu.. Huhu.. Sedar2 suar dah kat lutut. Habis merah kat peha, dia garu. Kalau tak pakai baju suar, lagi la dia menggaru.
Sekarang ni, yang kat tapak kaki n perut dah kurang, cuma tinggal yang kat paha n muka cikit2 lagi..Adeh.. habis ler encem anak ibu..Nak kena cari bio oil kasi hilang parut.. Hehehe.. Buat semua yang jaga, cal bertanya khabar ahnaf, thanx a lot.
Buat Mak, ayah, mil, pil, aunty ida, k.neng, maktok n sume2 r.. Jasa kalian tak terbalas.. Almaklumlah, first time berhadapan dengan masalah camni..
***** Datang keje semalam lak, opismate aku lak tiba2 MC seminggu coz kena chicken pox.. Adoi la.. Tapi hari tu memang doc tu cakap, sek ni musim penyakit2 nie..
2 comments:
salam.. lorrr cian ahnaf kne campak yer...tp alhamdulillah bkn penyakit yg kuku tgh mulut tu..
da sembuh ke dia ain, ade bekas x?.. kire skrg ni tggal aqil je la yg blom kne campak kan..
tula kak.. masa tu bimbg gak..sek ni tgl parut sebab dia garu.. huhu.. merah2 dah kurang.. aah, aqil lum kena lg kan?
Post a Comment