Pejam celik pejam celik, hari ni dah pun 15 Syaaban 1431. Tak lama lagi, kita akan bertemu dengan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al Mubarak. Semoga panjang umur untuk kita bertemu kembali dengan Ramadhan.
Disini, Ain ingin berkongsi tips2 untuk mengekalkan kecergasan sewaktu berpuasa. Jangan jadikan alasan gastrik untuk ponteng yer. Dan juga bagi anak2 yang baru belajar berpuasa. Ibu2 harus memikirkan pemakanan yang seimbang supaya mereka dapat bertahan sepanjang hari..
Tips :-
1) Sentiasa bersahur - sahur merupakan satu langkah yang penting dalam berpuasa. Mungkin ada yang tidak berselera untuk makan di awal pagi. Tetapi, dengan bersahur, ia akan memberikan bekalan tenaga untuk sepanjang hari.
2) Makan makanan seimbang & sihat - Tubuh kita memerlukan 40 nutrien setiap hari. Kalau boleh, pelbagaikan menu bagi mendapatkan zat yg cukup. Setiap hari, pilih makanan dari 5 kumpulan makanan di bawah :-
a) roti, bijirin & produk berasaskan bijirin
b) sayur & buah-buahan
c) daging, ikan, ayam
d) susu, keju & yogurt
e) lemak & gula ( ambil sedikit )
3) Tukar cara masakan - kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Kita boleh ubah dengan cara kukus @ bakar.
4) Minum air dengan banyak.
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat & ceria..
No comments:
Post a Comment