click! click! click!

Monday, September 6, 2010

~ Hari ke-24 & 25 ~

Salam...

Dari tadi aku duk bukak tutup bukak tutup blog ni.. Time nak wat entry je, ada je cal fon la, nak itu la, nak ini la.. Sekarang ni br berkesampatan nak mengarang...

Hari ke-24 :

Hari ni aku buka pose berdua je ngan Ahnaf. Abg bukak pose kat luar. Tak de selera la plak nak makan nasi. Just masak tuk Ahnaf je. Aku lak makan kuih puteri mandi yg aku wat hari khamis tue. Lepas solat sume.. layan lak kerepek ngan Ahnaf sambil2 wat kuih raya.

Tuk sahur cam malas nk masak, so, aku order ngan abg nasi goreng kampung. Tapi sayangnya.. terkejut je dah kul 6.45 pg. Nak sahur apa nyer.. Bgn subuh jela.. perut dah start berbunyi, yelah, semalam x makan nasi...


Hari ke-25 :

Firsttime sepjg bulan pose thn ni x bgn sahur. Ikutkan hati, nak je pose tp abg x kasi sebb aku dah la x makan ns sejak semalam. Abg suh makan gak, so, dah x cukup sebulan pose aku thn ni.. Sedih woo...

Hari sabtu mmg hari operasi umah. Sempatla lap cermin n susun sofa. Vacuum n mop sekali.. Ingat nak wat kuih raya tp x sempat lak. Sebab misi mencari baju raya lum tercapai. Hari ni kitaorg menghala ke Wangsa Maju. Plan asal nk cr kat carefour je. Tp bila nampak Wangsa Walk, terus tuko plan. Byk gak pilihan, rege pun dah byk dia turunkan. Biasala, dah dekat2 ngan raya kan.. Pilih punya pilih, ada la satu jubah yg lebih kurang warna maroon gak walaupun color dia merah + hitam.. Huhu.. dah letih mencari, aku belasah gak la..

Dah dapat apa yg dihajati, kitaorg terus g Gombak amik maktok tuk berbuka pose. Hari abg belanja buka pose tuk family dia + nenek dia kat Muhibbah.. 2 mgg berturut g sana.. Hihi.. Ingatkan kul 6.30 br nak gerak dr Gombak. Tp maktok lak dah siap2, dia ckp jln jem la.

Sampai TTDI, trs ke Masjid Taqwa. Sebb lepas maghrib br gerak g Muhibbah.. Ahnaf ni mentang2 la masjid tu luas, sibuk dia berlari sana sini. Aku dah surrender. Walaupun x pose, tp aku just makn ns goreng pg tu je.. Huhu...

Lepas je maghrib, trs gerak g Muhibbah.. Dah namanyer makan ramai2 ada je yg x kena la.. Itu x kena, ini x kena.. Aku malas nk masuk campur, aku tunjuk je makan.. pening r kepala, bising je memanjang, hbs lauk , aku suh abg amik, habis air, aku suh abg letak... Akhirnya, dalam duk complaint itu, complaint ini, habis gak makan.. Huhu

No comments: